My MyClear Girlfriends @ Swensen’s

Selalunya kalau plan awal awal nak buat apa apa mesti end up tak jadi la, tak cukup korum la apa la.
Kalau plan mengejut ngejut ni sokmo mesti jadi je.
Dalam bulan lepas la, My Girlfriends whatsapp whatsapp ajak Jomm Lunch!
Saya ni sokmo free and available je, depa la bz sokmo.
Janji apa bagai, so set esoknya tu nak lunch.

Saya ditugaskan cari tempat. Sunway Putra Mall je la yang paling senang sebab dekat kan.
Tempat makan pun masing masing kata tak kisah.
Saya pun cari punya cari, lalu suggestkan kat Swensen’s.
Semua setuju. Saya bukak website mintak depa pilih food sesiap nanti senang sampai sana terus order je.

Pegi naik kereta Remember & kereta Naza.
2 kereta sebab Kak Ejan & Kak Shida pun ada.


: : Saya punya. Creamy Mushroom RM13.70. Peach Tea RM9.90 : :

Sebelum makan bergambar dulu.
Gigih saya bawak GoPro sebab takyah nak mintak orang snapkan gambar.
Ni nampak gelap sebab memang area sini suramgani.
Saya pulak kemalasan nak edit gambar. Makanya terimalah apa adanya.



: : Saya nak snap gambar food saya. Sibuk la masing masing nak letak tangan. Layankan ajer ler : :


: : Ni Kak Shida ni snap. Sibuk nak pegang GoPro tu hehe : :


: : Pun saya punya. Caesar Salad with Prawn RM25.90 : :

Kenyang sesangat saya order Creamy Mushroom dengan Caesar Salad ni.
Creamy Mushroom tu dalam roti. So sambil hirup sup tu, sambil korek makan rotinya.
Caesar Salad ni pulak portion besauuu. Ada pulak udang dengan roti tu memang kenyang sesangat.
Yang penting healthy you…


: : Black Pepper Seafood Pasta RM27.90. Ini Kak Ejan punya. Saya nak snap food je, sibuk la dia tersenyum senyum hahaha : :


: : OK la saya snap jugak gambar Kak Ejan hehe. Kak Ejan & Hasin : :


: : Naza dengan Chili Crab Pasta nya RM31.90 : :

Kak Shida, Remember & Hasin memasing makan Fish & Chips.
Lupa pulak nak snap gambar food depa. Tapi boleh nampak dalam gambar di bawah.


: : Food sampai bergambar lagi : :


: : Tu Kak Shida sibuk nak menciwi cherry atas banana split tu. Sorry Kak Shida, u lambat sangat. I snap picture zass zass zass gitu hehe : :

Masa masing masing pilih food kat website tu, situ takde harga tau.
Saya pulak dah tulis siap siap dalam kertas menu diorang, so sampai terus bagi je kat waiter.
Takde la pulak bother nak cek harga.
Sekali tengok harga Banana Split RM26.90.
Apa lagi berdekah kah kah kah la semua gelak. Mahal kot haha.
Sib baik iolls tak order. Phewww..
Iolls kan tak suka pisang. So pls.


: : Ini ler rupa parasnya dalam menu : :


: : Kak Ejan, Kak Shida & Remember order. Saya rasa mahal sebab aiskrim gred AAA++ ni : :

Pada yang taktau, diorang ni semua officemate masa saya kat MyClear dulu.
In fact Naza, Hasin & Kak Ejan masa saya masih kat JDSP lagi.
Way back, disebut sebagai JSP. Eh Payiet pun dulu sedepartment dengan saya kat JSP 😀

Lepas MyClear dah fully disubsidiary, kami pun berpecah la mencari haluan di department berlainan.
Gitulah kekiranya.
Dan dah lama gila kot tak keluar ramai ramai makan ceni.
Last lama dulu pegi Wong Solo kot. Ada saya angkut  Yaya sekali masa tu sampai sesat sesat jalan dibuat dek Kak Ejan hehe.

Dah lama tak jumpa so update la cerita memasing.
Paling menjadi tumpuan kisah Hasin beranak dalam kereta.
Duhh.. memang pengalaman tak boleh lupa seumur hidup tu.
Kak Ejan pulak jadi bahan mengusik. Lawak la Kak Ejan ni tau.


: : Macam style aiskrim Baskin Robbins gak ni. Bukan cecalang aiskrim. Nanti bebila nak beli birthday cake boleh la try test kat sini pula : :


: : Secalong tu tak silap saya dalam RM10 gak. Elok je susun macam tu takde pun cair ke apa kan. So saya yakin memang aiskrim gred AAA++ ni : :


: : RM307.20 : :

“Maya, kenapa kau bawak tempat makan mahal haaa?”
“Apa pulakkk.. Dah korang semua kata tak kisah, mana aku nak tauuu”

“OK next we go makan kari kepala ikan”
“Murah ke?”
“Don’t know”

Dapnya kari kepala ikan!

4 thoughts on “My MyClear Girlfriends @ Swensen’s

  1. seronoknya makan beramai2 macam tu ha…tp mmg kelakar la Banana Split RM26..giler mahal kowt…apapa pun respect ngan korang…jalinan persahabatan kekal walau dah lain department..

Comments are closed.