Medan Tergempar V

Macam lipas kudung packing kain baju dan bersiap.
Terisi jugak la beg PVC saya itu akhirnya.
Tapi tak sempat nak kira berapa total dah saya beli kain.

Pinjam penimbang dari hotel.
Alamak! Terlebih sudah!!!


: : Beg yang nak hand luggage 11 kg sudah! Apa citaaaa : :


: : OK jangan panik. Boleh tukar dengan beg Puma ni sebab beg Puma ni 7 kg lebih sikit je : :


: : Beg PVC 13 kg! 13kg + 11kg dah 24kg. Saya boleh 20kg jer. Duhhhh : :


: : Tak masuk dengan beg  beg lain lagi haaa : :


: : Untuk ke airport, Roy tolong uruskan transport. RP150,000 saja : :


: : Singgah beli ole ole : :


: : Beli kat Bolu Meranti. Punya la ramai orang : :


: : Tong tong dengan Kak Aida beli Bika Ambon dengan Bolu Gulung untuk RSA : :

Sampai sampai kat airport, sebelum wrap beg, Adik wrap ni tolong timbangkan.
Haihh memang terlebih sudah. Lebih 6 kg.
Nak buat cemana kan, bayar je lah. Saya bayar untuk 2 kg, Kak Aida bayar balance 4 kg.
Barang Kak Gee memang tak sebanyak kami, so takkan nak suruh dia bayar pulak kan. Not fair.


: : Bayaran bungkus untuk 1 beg, RP50,000. Saya terpaksa check in kan beg tarik tu dengan harapan jangan lah pecah. So wrap lah jugak. 2 beg RP100,000 : :


: : Dah bungkus beg PVC tu jadi comel pulak. Korang kalau plan nak wrap beg, jangan lupa print label siap siap. So boleh tampal atas beg tu. Takde la hilang or tertukar nanti : :


: : Bersiap sedia untuk drop luggage : :


: : Adik kaunter yang baik. Terlebih bagasinya Ibu. Terlebih 1 kg kena bayar RP155,000.  Darab 6 kg. Kena lah bayar RP930,000.  Bersamaan RM282.00. Lesson learn. Lepas ni nak shopping tu pikir dulu muat ke tak muat huhu : :


: : Lunch kat Bakso Lapangan Tembak Senayan Jakarta. Kali kedua dah saya makan kat sini. Kak Gee teringin bakso : :


: : Memula saya order Bakso Kuah je. Tapi macam tak cukup je, so up lah dengan  bihun. Masa mintak up bihun tu si waitress tu buat muka tak puas hati. Eieieiei tampo kang : :


: : Bakso Bihun. Harga sama je pun dengan Bakso Kuah : :


: : Kak Aida makan nasi goreng seafood. Ni up ayam masak cabai : :


: : Ingat nak order Es Teller sebab Kak Aida dengan Kak Gee tak pernah rasa, tapi dah habis pulak. So tukar Es Lapangan Tembak pun boleh laaa : :


: : Tudia Kak Aida tengah calculate untung rugi. Kitorang beli extra kain untuk meniaga. Takde la nak untung mana sangat pun. More to suka suka je. TQ Kak Aida belanja makan ni : :


: : Last kopek bergambar di Bandara : :

Sebelum fly tu saya whatsapp Encik kata jangan lupa bawak beg Kak Aida.
Beg Kak Aida ni terpaksa tinggal dalam kereta sebab masa timbang berat, dah jadi 10 kg lebih hand luggage Kak Aida tu.
Sampai sampai KLIA2, tengok whatsapp masuk.
Encik Z whatsapp gambar bawah ni. Lucu ah. Suami sapa la ni.

Itulah dia trip gempar ke Medan dengan Kak Gee & Kak Aida.
Harap ada rezeki lain boleh arrange lagi trip begini.

Nanti next entry saya up gambar gambar kain yang saya beli ek.
Dan ada jugak kain yang saya nak let go.
Ada sebahagian dah settle jual kat office.
Yang tak terjual tu nak up kat blog.
Kalau tak terjual jugak, no worries, pakai sendiri je sudah.
Sebab tu saya beli semua kain ikut cantik kat mata saya, sebab kalau orang tak beli, saya boleh pakai.
Kang beli berkerawang bersulam bagai, rugi je sebab saya memang tak pakai 🙂