Medan Tergempar Part I

Rentetan dari entry INI.
OK la sebenarnya takde la tergempar sangat hehe.
Tergempar lite lite gitu.
Kitorang beli tiket on 26 Mac 2016.
Rasanya last day promo Air Asia. Ke 2nd last day.

Asalnya saya saja tanya Kak Aida, bila kita nak pergi trip shopping shopping ni?
Masa tu hari Jumaat. Lunch time belek belek website Air Asia, terus cam ok setuju.
Tapi nak tunggu jawapan Kak Gee dulu.
Sabtu malam tu Kak Gee whatsapp kata ok, terus zasss proceed beli tiket.

Tapi harga tiket nak kata murah tu takde la murah nau pun.
RM763.24 untuk 3 orang. Sorang RM254.40 termasuk luggage 20kg.

9 Mac 2016, flight pukul 8.55 malam.
Encik Z hantar sampai KLIA2 sana. Terima kasih bang.


: : Makan dulu di Marrybrown : :


: : Flight delay 35 minit huhu : :


: : Eh eh sempat pulak yang belakang tu enterframe yer : :


: : OK sudah selamat di dalam perut kapalterbang. 9.20 malam waktu Medan kami sampai di Kuala Namu Airport. Dari KL ke Medan ambil masa 55 minit je. Atas udara dalam 30 minit sajork. Dekat kan… : :

Assalammulaikum Medan!
Ketemu lagi kita ya. Ini kunjungan saya kali ke 4 di Medan hehe.
Dah boleh jadi tourist guide dah ni. Hiks.

Dari airport tahan teksi. Macam risau jugak la kan sampai malam malam.
So untuk keselamatan ambik je lah teksi airport.
Tapi menggigil nak bayar. Punya la mahal. RP350,000.Kalau yang kereta sewa biasa tu standard baru RP150,000.
Tapi tu la kitorang tak berani nak ambik teksi sebarangan.
Takpela, pasrah je la membayar. Perjalanan ambik masa 1 jam.

Kami stay di Hotel Kesawan. Hotel yang sama masa saya pergi kali ke 2 dulu.
Website diorang memang dah ghaib.
Ni saya  book via booking.com.
Saya ambil Deluxe Room RP460,000 untuk 3 hari 2 malam.
Tambahan RP200,000 untuk extra bed.
Jumlah RP660,000. Sorang RP220,000. Bersamaan RM66.


: : Saya dengan Kak Aida tidur atas : :


: : Kak Gee volunteer nak tidur bawah : :

Malam tu saja la nak order room service.
Dulu masa saya datang sini ada je room service nya.
Tapi bila belek belek buku menu, laaaa yang tinggal cuma air je.
Makna nak order air boleh diorang hantar.
Makanan semua dah takdok huhu.
Agaknya tak berbaloi kot diorang nak standby prepare food ni semua?
Sebab ramai orang makan kat luar? Hmmm.. barangkali la kot no?


: : Sudahnya order air je. Saya minum susu panas tu. Dapnyaaa. Teringat kecik kecik dulu Mama selalu buat susu Nespray panas panas bagi kami adik beradik minum. Kak Aida turun bawah ambik air panas sebab nak makan maggie katanya. TQ Kak Gee sebab belanja 🙂 : :

Keesokan harinya, 9 April 2016.
Bersemangat waja nak pi shopping ni.
Kita breakfast dulu. Breakfast kat Restoran Tip Top berdepan je dengan Hotel Kesawan.
Tapi urut dada nak lintas jalan haaa.
Punya la banyak kenderaan huhu.


: : Teh Manis Es saya punya. Memang manis melecas. Tapi biasa Indonesia memang air teh diorang manis manis  belaka : :


: : Saya makan ni. Nasi Goreng Tip Top. Sesuai namanya. Memang tip top. Ayam goreng tu sedap sungguh : :


: : Makan dengan bawang jeruk dan cili padi jeruk. Begini! : :


: : Hidangan kami. Kak Gee makan Bihun Goreng Seafood. Kak Aida makan Nasi Goreng Seafood. Total makan RP140,000 : :



: : Baju saya tu dari HijabsbyHanami. Saya ada 4 warna hehe. Tudung dari Cloverush. Yang sebenarnya saya tertinggal tudung warna hitam. Dalam berhati hati pun tertinggal jua huhu. Nak tak nak terpaksa la sarung je tudung tak matching warna haaa. Sib baik gak ada bawak extra. Kalau tak, merasa la recycle tudung semalam : :

2 thoughts on “Medan Tergempar Part I

Comments are closed.