Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 2015

Terlebih dulu nak mohon ampun dan maaf dari anakanda saya, Cik Yasmin sebab kelewatan mengupdate cerita dia ini.
Kisahnya ni berlaku pertengahan November 2015 hari tu.
Haa dah 4 bulan lebih dah ha.

Yang jadi tertangguh tu sebab kan PC rumah saya tu rosak.
Nunggu nak transfer gambar la apa semua, pastu sebab nak buat video lagi.
Tu yang jadi tertunggak tertonggeng punya la lama.
Ampun yer Cik Yasmin. Tau la kan Mommy awak ni semenjak 2 menjak ni mood ke laut dah nak update blog.
Tu yang Coffee Bean pun bertukar jadi Starbucks. KakTin & Yaya je la yang tau lawak ni hehe.

OK pada 14 November 2015 yang lalu berlangsunglah Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 2015, SK Convent Kota, Taiping.
Nama nya untuk Tahun 6 tapi macam biasalah pelajar dari setiap Tahun yang cemerlang pun dijemput sama untuk naik pentas dan ambil hadiah termasuklah si Cik Yasmin ni.
Kejadian berlaku di Hotel Taiping Perdana.

WP_20151114_13_46_35_Pro

WP_20151114_11_52_44_Pro

WP_20151114_09_27_57_Pro

: : Pukul 9 pagi dah ada dalam dewan : :

: : Cik Yasmin dan rakan rakan : :

DSCN1901: : Hai Cik Yasmin : :

Dipendekkan cerita Cik Yasmin kita ni telah membolot 4 anugerah.
Phewitttt..
Makanya 4 kali la dia turun naik pentas.
Tiap kali dia naik tu saya ke depan la nak rakam video.
Encik Z snap gambar.
Kali ke 4 tu ada sorang lelaki pandang saya lepas tu dia cakap “Hebat anak awak ni Puan. Kecik kecik cili padi ni”
Heee.. maceh Encik.
Dalam hati saya, tu semua usaha gigih dia Encik.
Saya ni sebagai Ibu apa aje la sumbangannya. Dah la duduk jauh. Sob sob sob..

Cik Yasmin telah menerima…

1.  Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 5.  Bahasa Melayu Pemahaman

2.  Anugerah  Khas NILAM. Naib Juara Peringkat Negeri Perak

3.  Anugerah Sahsiah Terpuji Tahun 5

4.  Penang International Story Telling for Kids. Pingat Emas

: : Assalammualaikum Puan Normah yang menten awet muda lagi jelita hehe : :

WP_20151114_10_04_22_Pro: : Ada persembahan tarian. Ni kawan kawan Yaya semua ni : :

IMG-20151114-WA0001
: : Cik Yasmin si Tokoh Nilam : :

WP_20151114_12_59_52_Pro: : Makan time : :

Selesai semua boleh bergambar pakai jubah dengan topi kat luar.
Canggih yer budak budak sekarang.
Saya dulu macam takde je. Ke ada? Rasa rasa memang takde.
Darjah 5 pulak tu kan.

: : Besar nau jubah tu : :

: : 3 generasi : :

: : Tahniah sayang! Mommy bangga angat angat dengan awak  : :

WP_20151114_13_24_40_Pro: : Tukar jubah kecik sikit. Tu pinjam scroll budak Darjah 6 tu hehe : :

resave: : Gambar hardcopy yang dah siap : :

Taken with Lumia Selfie
: : Hotel Taiping Perdana ni dekat je dengan rumah Mama : :

WP_20151114_14_44_25_Pro: : Balik rumah tukar baju terus berdesup ke AEON Taiping nak nonton filem James Bond Spectre. Eeiiei tah hapa hapa la James Bond ni. Menyampah saya. Sib baik la ada tempat tempat menarik dan cantik dalam cerita ni. Kalau tak kan, macam terhapa je la pffttt : :

IMG-20151115-WA0002: : Ini keputusan akhir tahun Cik Yasmin. Semua ok kecuali Rekabentuk Teknologi tu la. Kenapa dapat C Yasmin? Awak tak minat ek? : :

Alang alang dah update tentang pelajaran Cik Yasmin, saya update lah sekali dengan keputusan lain.
Tak perlu saya nak tulis 2, 3 entry lagi.
Ni keputusan UPKK Cik Yasmin hujung tahun 2015 hari tu.
Wow! Semua A. Clap clap clap. Tahniah tahniah.

kafayaya

Dan yang ni paling terbaru.
Keputusan Ujian baru baru ni.
Kira ujian pertama tahun 2016 ni lah.
Berdarah pulak mata Mommy tengok Matematik awak dapat C, Yasmin.
Cuba awak bayangkan kalau keputusan UPSR ceni, 5A 1C.
Macam tak lawa je… macam tak comel je… Kan?

yayaexam1

Yasmin,

Walau apa pun, macam Mommy selalu bagitau awak.
Awak belajar ni untuk masa depan awak.
Bukan untuk Mommy, bukan untuk Ayah, bukan untuk Opah.
Mommy sentiasa sokong dan doa yang mana terbaik untuk awak, k?
Kurang lebih 5 bulan je lagi nak UPSR. Fuh…

Nah ni lah video yang saya dok tunggu Encik Z editkan.
Anugerah pertama tu saya terlewat rakam, so tak dengar anugerahnya, Augerah Sahsiah Terbaik.
Sahsiah tu kira macam keperibadian diri la kan?

Anugerah ini diberikan pada murid yang mewakili sekolah untuk pemilihan Tokoh Nilam.
Antara ciri Tokoh Nilam yang dikehendaki adalah pencapaian akademik yang cemerlang serta keputusan peperiksaan dari Tahun 1 hingga Tahun 5.
Penglibatan aktif dalam ko kurikulum, berketrampilan dan perwatakan yang menarik, ceria dan keyakinan diri yang tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi contohnya boleh berhujah berdebat dan mengupas isu isu semasa, menguasai kemahiran perpustakaan, khususnya matematik, buku, sistem dan sebagainya
Mempunyai pemikiran yang luar biasa di luar kotak bagi seorang murid tahun 5 dan bersedia menghadapi sebarang cabaran.
Anugerah ini diberikan kepada Yasmin BIN FM.
Beliau telah terpilih mewakili Daerah Larut Matang dan Selama ke Peringkat Negeri Perak dan berjaya mendapat Naib Johan dalam pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Perak.

Rasa nak menangis tik tik tik masa dengar pengacara majlis baca ni ha.
Dan bertambah nak nangis bila pengacara majlis sebut BIN instead of BINTI.
Dah kenapa kan. Sekolah perempuan kot. Itu pun boleh tersasul ke. Sabooo je la haku.

 

14 thoughts on “Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 2015

  1. Hebatnya Yasmin!!
    Auntie erin proud of you…
    kena tunjuk kat anak auntie ni result gempak mcm ni… dia baru darjah 5.
    mudah-mudahan dia dpt semangat utk study hard, utk dpt result mcm ni….

    Congrats to mya jgk!

  2. Rajin membaca Yaya ni ..
    keep on good work Yaya n tahniah…
    Moga dpt keputusan cemerlang UPSR nanti 🙂

  3. Well done Yaya! yang mana lemah tu masih boleh diperbaiki. Auntie doakan yang terbaik untuk awak.

Comments are closed.