Keep Calm. It’s My Mom’s 37 Birthday

Ini cerita masa cuti CNY hari tu.
Ingatkan taknak jalan ke mana cuti tu, nak rehat rehat saja.
Tapi Yaya kata dia nak datang KL. Saya ok je.
Nak datang OK, tak nak pun OK. Tiada paksaan, hidup punya pilihan. Gitu.

Dah dia kata nak datang, takkan nak duduk rumah je.
Kesian pulak la kat dia. So decide cam nak buat surprise la.
Nak belanja dia duduk hotel sebab kejayaan dia yang macam macam hujung tahun 2015 hari tu kan.
Tapi cam surprise la takmau bagitau dia lagi nak ke mana.

Sebelum itu ingat nak JJCM dulu.
Gara gara entry di blog Supermeng satu ketika dulu, lalu saya pun susunatur rencana.
Lunch di Ani Sup Utara. Kemudian makan kek pencuci mulut di Cake Jalan Tiung.


: : Restoran Ani Sup Utara sebelah kiri, Cake Jalan Tiung di sebelah kanan : :


: : Ani Sup Utara ni besar tapi tak ramai orang : :


: : Selfie dulu : :


: : Jemput minum : :


: : Yaya makan bihun sup. Saya dengan Encik Z makan sup dengan nasi : :


: : Up dengan keropok lekor  : :

Lepas kenyang perut, tunggu jap bagi makanan semua turun, lepas tu terus lah ke Cake Jalan Tiung.
Masa memula panjat naik tu macam ragu ragu sebab macam sunyi, tapi betullah tu.


: : Cake Jalan Tiung. Go Up! : :


: : Baiklah we go up! : :


: : Jemput masuk. Ada kartun burung tiung kat pintu tu. Comel je : :


: : Dalam tu tak besar sangat, just nice lah untuk lepak lepak kejap pekena kopi dan makan kek : :


: : Patung burung tiung warna biru yang comel : :


: : Pilih kek di kaunter : :


: : Air kosong disediakan percuma : :


: : Berry Sue Pavlova : :


: : Salted Caramel & Choc : :


: : Choc Chip Cookies : :


: : Kami tak order air. Dah makan kek manis manis elok minum air kosong je : :


: : RM33 : :


: : Boleh nampak signboard ni kalau datang dari arah kiri : :


: : Masa saya gi ambik air kosong, balik tempat tengok ada ni. Olololo sweet sangat ni anak dengan ayah buat surprise untuk Mommy. Walaupun masa ni dah 7 Februari. Dah lepas 3 minggu pun birthday saya. Tapi better late than never tak gitu? TQ kesayanganku…. : :



Kek kat Cake Jalan Tiung ni memang sedap lah.
Tapi nama pun kek kan, tak boleh makan banyak dan selalu, mau potong kaki nanti.
Masuk di tekak saya lah. Ada rezeki boleh pegi lagi. Tapi tu lah dia, nunnn jauh di Shah Alam sana.

Masa ni nak la ambik gambar bertiga guna GoPro.
Boleh pulak buat hal GoPro tu. Saya dah sentap dah.
Baru beli kot! Takkan dah rosak!
Puas la godek sana sini tapi still cannot jugak.
Wifi tak function. Tak boleh connect dengan handphone.

Kitorang singgah jap kat shopping mall area situ.
Tak ingat dah saya apa namanya. Cari cari kedai kamera tapi kebanyakan tutup sebab CNY kan.
Haihhh dah la nak pi jalan jalan tidur hotel ni.
Kalau takde GoPro cemana nak bergambar? Sob sob sob………

4 thoughts on “Keep Calm. It’s My Mom’s 37 Birthday

  1. tekak saye pulak kureng dengan kek jln tiong ni. tp pavlova n kukis dia sedap. kek lain tu hmm hmm hmmmm

    baru nak tanye sedap ke kopi dorg, akak x order la pulak hihi

Comments are closed.