Blog Maya Dot Com

IOI City Mall

Saya dengan Encik Z pegi jalan kat tingkat bawah.
Kat HomePro. Dapat tau pasal HomePro dari blog Kak Red.
Seronok ah jalan jalan cuci mata.


: : Select the right carpet size that suits you : :

Saya more berminat nak tengok kitchen cabinet dengan flooring.
Dalam kepala memang dah berangan angan nak buat kitchen cabinet warna hitam putih.


: : Nak buat macam ni jugak plisss : :


: : Jenis jenis kitchen cabinet : :

Dah cakap dengan Encik Z, apa nak jadi pun jadilah, nanti rumah baru I nak jugak jugak lantai kayu.
Begitu mengada walaupun mana nak cekau duit ntah haha.


Lepas tu diorang pegi makan kat KFC kot.
Saya dengan Encik Z jalan jalan lagi.
Jumpa semula kat depan toilet ni ha. Depan toilet pun depan toilet lahhh.

 


: : Lepas tu masuk dalam Tesco cari barang : :

Masa kat Tesco ni kan, saya perasan handphone saya takde.
Memula saya letak dalam poket belakang. Lepas tu saya ada mencangkung nak tengok periuk.
Setiba tiba ‘Eh mana handphone Mommy ek?’
Anak anak dah panik.
Encik Z terus call.

Dan jeng jeng jeng…
Bunyi datang dari celah ketiak.
Rupanya saya kepit handphone kat ketiak!
Kah kah kah.
Apa lagi kena camlek la dengan anak anak hahaha..
Mommy ni memang dah nyanyuk tahap apa ntah laaaa…