Avani Gold Coast Sepang : Day 3


: : Malam tu dinner call room service. Makan pizza dengan soto ayam. Total dua ni dalam RM48 tak silap : :


: : Breakfast esok pagi. Makan buah : :


: : Cahaya keimanan sangat awak, Yasmin : :


: : Hari kedua breakfast duduk belah tepi luar. Masa tengah breakfast kawan saya AHS tu datang menyembang. Dia kata dia facilities kat Avani ni tak best. Tak setara dengan 5 star yang digembar gemburkan. Saya sebenarnya agak bersetuju jugak hmmm : :


: : Usai breakfast naik buggy ke Lobi sebab nak cuba nasib kot kot hari ni ada basikal yang ada tempat duduk belakang tu. Tapi takdo jugak huhu. Tapi sebab nak berbasikal jugak so kami ambik je basikal yang ada. Basikal single biasa ni free of charge je. Terkedek kedek tertonggeng tonggeng la si Yaya. Sian dia. Tu la sapa suruh tak pandai naik basikal. Hiks. Tu nampak jerawat batu saya tu sob sob sob : :

Memula saya kayuh berdua je dengan Encik Z, pastu kesian tengok Yaya haa.
Ambik la lagi seketul basikal. Encik Z gigih la mengajor nya ha.
Tapi nak ajar dalam masa yang singkat, mana la sempat nak pandainya kann.



Kitorang kayuh sampai kat pelepah.
Tapi satu pelepah je la pun. Sib baik la tak dapat bilik kat pelepah ni.
Jauh kot!


  

Saya balik bilik tapi Yaya dengan Encik Z nak swimming jap.
Yer lah, pegilah nak. Maksima kan sebaik mungkin. Mahal mommy bayar ni.
Pukul 11.30 pagi siap siap, pukul 12 nak checkout.
Sebelum tu bergambar dulu sekeping 2.


: : Dari sebesar lengan, dah sebesar ini awak Yasmin : :


: : Feeling je dua beranak ni kan hehe : :


: : Tak boleh bertogel togel kalau nak lepak kat luar ni sebab dekat je dengan bilik sebelah : :

Begitulah berakhirnya kisah percutian singkat kami anak beranak.
Kalau tanya saya Avani ni best ke tak hmmm saya macam tak berapa kot.
Patut 5 star facilities nya lagi meletup la kan, tapi bagi saya biasa biasa je.
Parking jauh, buffet breakfast tak sedap, basikal yang ada tempat duduk belakang takde, swimming pool kecik.

Tak datang dah la kot dalam masa terdekat ni.
Tapi ke depan depan taktau la.
Apa apa pun, terima kasih Avani!

Percubaan pertama edit video guna iMovie.
Mohon maaf di atas kekurangan hehe…

2 thoughts on “Avani Gold Coast Sepang : Day 3

  1. ha kan makan fail parking fail.. harap bilik ja ok.. apapun percutian singkat ni tetap best sbb dpt jumpa awak sekuarga 🙂

    • kadang tu takyah nak plan sangat kan.
      tunggu ernie zuraida balik, kita try plan mengejut2 camni pulak

Comments are closed.