Day 1 : Avani Gold Coast Sepang


: : Tadaaaa.. sampai sudah! Surprise ke idok Yasmin? Heee : :

Sepanjang perjalanan Yaya tertidur.
Bila dia terjaga dia tanya, kita nak pegi PD ke Mommy?
Sampai la nampak signboard Bagan Lalang tu.
Tapi dia tak boleh teka sebab saya tak penah sebut pun pasal Avani ni kat dia.

Encik Z drop saya dengan Yaya kat Lobi pastu ia pergi park kereta.
Park kereta nunnnnnnnnnn jauh di sinun.
Lepas tu kena naik van shuttle pulak untuk ke Lobi.


: : Parking luas tapi jauh dari lobi hotel hmmmm : :


: : Q untuk check in. Masa ni dah pukul 3.55 petang dah pun : :


: : Sempena CNY pelbagai program disediakan. Tapi satu pun kitorang tak join hehe : :

Sukacita dimaklumkan dari Lobi nak ke bilik kena naik buggy ni.
Melainkan kalau bilik korang depan depan Lobi ni boleh la nak menapak.
Kalau tidak, jangan mimpilah nak menapak yer.
Tambah kalau korang duduk kat belah pelepah daun sana. Lagi la jauh bakhang.


: : Tapi buggy ada banyak. So don’t worry be happy : :


: : Tengok orang belakang tu pun selfie hehe : :


: : Bilik. Ada 4 ni. 2 atas 2 bawah : :


: : Sib baik dapat bilik bawah : :


: : Your Key to Avani : :


: : Kami dapat bilik 089. Boleh dikatakan tengah tengah jugak la. Dan dekat batang : :

Saya book bilik ni via booking.com
RM1,784.91 untuk 2 malam. 7 – 9 Februari 2016
Bayaran tambahan RM144.90 untuk extra bed.


: : Bilik luas : :


: : Katil pun empuk. Gila kau hotel 5 star tilam tak empuk. Mau kena hempuk dengan customer hehe : :


: : Sofa yang akan ditransform menjadi katil sebentar lagi : :


: : TV atas meja tulis : :


: : Nak cek apa apa boleh cek kat TV ni. Buku panduan apa semua takde. Kelakar sebab malam kitorang nak order room service, cari cari buku menu takde. Siap dah call Operator. Memalukan sungguh haha : :


: : Air mineral, kopi dan teh : :


: : Iron board dan iron : :


: : Shower yang see through. Waktu mandi jangan lupa turunkan blind. Kalau tak nanti jadi free show pula : :


: : Toilet : :


: : Toiletries : :


: : Ruang melepak lepak : :


: : View : :


: : Ada tangga. Saya saspek mungkin untuk dihulurkan kepada sesiapa yang jatuh dalam air kot? : :


: : Housekeeping datang set up kan sofa bed jadi extra bed : :


: : Extra bed : :


: : Bawak bekal roti, ikan bilis goreng dengan sambal kosong untuk mengalas perut : :


: : Nah ni sebagai panduan view dari atas. Tu yang saya maksudkan batang dan pelepah pelepah daun tu : :

Lepas makan roti dengan sambal ikan bilis tu kepala berdenyut nyut nyut.
Aduhh nak migraine la ni.
Dah la GoPro rosak, bertambah tambah la migraine nya haishhh….

14 thoughts on “Day 1 : Avani Gold Coast Sepang

  1. tak pernah pergi lagi avani ni.
    igt tu ari macam nak pergi carik yg memurah kat matta fair.
    pastu cam …. nenati lah.
    jadi.. nenanti lah pergi nya. next next year .. hihi

  2. Mahalnya rate awak dapat. Time MATTA boleh dapat lagi murah. Tak pe la no. Dah lepas pun… Dan tangga buluh tu untuk sidai baju basah yg benornya.

    Saya suka pie sini sebab banyak aktiviti utk anak2. Suasana pun aman tenteram. Macam kat kampong2. Nak buat cano. Ahkak tak de kampong. Feeling2 kampong pun jadik laa… hihihi. Lepas ni try Philea pulak. Pun best gak. Tapi beli masa MATTA atau carik kat Groupon…

    • lagipun sebab CNY kan. tu lagi jadi mahal kot?
      suka hati je saya assume untuk orang lemas ek tangga tu haha.. bengong normaya..

      aha memang menyimpan angan angan nak pi philea dengan grand lexis.
      tapi tahun2 depan pulak laaa. bengkok dah acik ni hihi

      • Ooo.. ye la. Mungkin sebab CNY. Tak bengong ahhh… Konpiden level tinggi je…keh keh keh

        Philea masa MATTA boleh dapat RM399 per nite with breakfast. Extra bed lupa berapa. Cumanya breakfast dia kurenggg…

        Grand Lexis harap kat individual pool je la. Service kureng, makan kureng, environment apa tah lagi! Bilik pun bau hapak. Mungkin sebab lembab dek pool. Tak pe… try jer laaa…

        • haha.. macam clever girl je kan. konpidennnn..

          teringin grand lexis tu sebab nak berkubang dalam swimming pool tuuuu.
          try sekali jadi la kan..

  3. homaigudnesss harga *terpitam dan tergamamku seketika tak sangka ini jadinya nampak sangat ku seorang bertepuk sebelah tangan ke manakah hendak aku selindungkan airmuka yang kau malukan malam ini janggal ku rasakan* ahhh sambunglah sendirik hahahhaha

  4. tahap level konpiden akak pasal tangga tu mmg tinggi syabas! kekeke

    Grand lexis tu harap private pool je lah kak,,lain2 idokle best sangat.
    Better avillion pd..byk xtvt, bilik pun selesa..ada daybed..mmg sesuai untuk small family.

Comments are closed.