Clever Girl

Fuhh berjanggut saya tak log in twitter.
Kalau tak dulu, asal meroyan je tweet.
Asal tweet je mesti meroyan.
Tapi no, saya tak salahkan twitter.
Saya blame diri sendiri yang jahil dan terhapa hapa di satu ketika dulu.
But sokayy.. people make mistake. So am I.
But I forgive myself, and I move on.
Gitu…

Last saya tweet yang bebetul tweet 8/12/2014.
Tu pun takat tweet Wuppps. Tah hapa yang diwuppskan ntah.

Lepas tu kebanyakan semua pun link dari instagram dan facebook.
Tapi tu pun last Jun 2015.
Lepas tu semua pun dah tak link dah ntah kenapa.
Tak ingat sama ada saya yang off kan ke cemana ntah.

  

25 Februari setiba tiba teringat lagu log in lalu tweet.
Ala takat bagi salam

OK sebenarnya bukan nak cakap tentang twitter sangat.
Tapi nak cakap tentang program Clever Girl.
1st episode saya tak tonton sebab masa tu saya kat Lombok.
2nd episode saya nonton kat Taiping.

Bermula dengan 3rd episode yang saya start meroyan balik kat twitter hahahahaha.
Cari hashtag #CleverGirlMY lalu bermeroyan bersama yang lain kuikui.
Sebenarnya takde la niat nak meroyan sangat, tapi sebab emosi dengan peserta Negeri Sembilan.
Dan sikit la kat peserta Johor.
Saya ada dengar la pasal yang salah jawab Jalur Gemilang dengan salah gambar Mother Theresa tu.
Tapi tak sure peserta mana. Johor kah?

Masalah peserta Johor ni macam kerek. Air muka macam kekwat je.
Ada Aliff tanya perasaan boleh jawab ke camtu la soalannya.
Dia jawab Wallahualambisawab. Aliff tanya balik “Excuse me?”
Wallahualambisawab jawabnya balik. Cara jawab tu aduhhh.. takde senyum takde apa.
Kurang sesuai la untuk program live di TV gitu.
Dia dah terkeluar pun last 2 weeks.

OK ni tentang peserta dari Negeri Sembilan pulak.
Seperti yang saya tweet di bawah.
Boleh tak sebelum tekan buzzer tu, sebelum jawab soalan tu, kau fokus tengok dulu pilihan jawapan.
A B C D tu?
Ni boleh dia jawab jawapan yang takde dalam pilihan A B C D tu.
Kalau sekali ok la kot tersasul ke apa, ni sampai 3 kali!
Nampak sangat cam kelam kabut tekan buzzer, pastu tak tengok pilihan jawapan tu, main hantam je.
Sampai Aliff pun dah buat muka pelik.

Bukan saya je meroyan k?
Ramai je yang meroyan. So pls.

OK tweet atas tu cerita 2 minggu lepas.
Tweet bawah ni pulak yang episod minggu lepas.
Masih berkisar pada peserta Negeri Sembilan.
Ada 2 soalan yang dia jawab, dua dua pun dia nak bagi penekanan yang dia confident dengan jawapan dia tu.
Kira macam siap nak bagi explanation laa pada Aliff.
Ujung ujung tetap la salah kau.

Yang peliknya, kenapa beria nak bagi penerangan bagai.
Kau jawab A ke B ke C ke D ke sudahlah.
Sampai Aliff terpaksa tegur suruh tunggu soalan habis dibaca dengan pilihan jawapan sekali, baru la tekan buzzer.
Kalau korang search hashtag #CleverGirlMY memang banyak ah yang kondem peserta Negeri Sembilan ni.

Sekarang masalahnya bukan sebab kau jawab salah atau betul.
Soalan memang ada yang susah pun.
Tapi sebab kekekwatan dan kekonfiden yang tiada bertepi tu yang buat orang annoy.
Wat lek wat pis sudah. Penonton pun faham kot.
  

Yang nyata peserta Negeri Sembilan ni terselamat lagi minggu lepas.
Gara gara dapat jawab soalan yang markah nya 15.
Terus senyap menikus dah tak try jawab lagi sebab kalau salah kena potong markah.
Soalan yang dia jawab pun senang kot, pasal Pandu Puteri. Saya pun tauuuu hehehehe.

Ada sorang peserta tu nervous sangat gamaknya.
Sampai terpanggil Aliff, Yang Arif. Kah kah.


Harap harap esok Yaya besar takde la dia nak masuk Clever Girl ni.
Kot dia pun jadi peserta over confident, mana la mommy nak sorok muka haha.

8 thoughts on “Clever Girl

  1. iLa tgk aritu pun psl orang kecoh2 pasal jalur gemilang tu lah..

    pastu tgk stu episod..
    mmg bab jawab selain jawapan yang diberikan tu..
    ila memang tepok kepala.
    Ya Allah..ko dah kenapa..pandai sangat kah sampai jawapan depan mata ko bg jawapan lain..h ah aha…nervous tak tentu hala ok

    • tu la tu. kalau salah kita boleh maafkan lagi.
      ni sampai pilihan dah bagi pun nak jugak tembak jawapan sendiri, acaner

  2. kami mmg tgk sedari minggu pertama.
    Haha.
    jadi lah utk dijadikan bahan bualan (dan kutukan) kami somi isteri. Kuikuikui.
    Bukan la kutuk sbb kita ni pandai bebeno kan.
    Tapi nya… kenapa ranc begitu dinamakan clever girl.
    Dan…
    yg saya tak puas hati, mana mentor atau cikgu2 yg digembar gembur tu. Yg vanida semua tu. Mana? mana? Mana?
    saya tak puas hati..

    • samalah. jadi bahan sembangan laki bini.
      sib baik laki sama melayan kan.

      betul betul. ingatkan kot ada mentor ke apa.
      so yg hari tu vanida semua tu utk promo iklan je la ek?

      saya pun tak puas hati. hmpfff…

  3. dah lama tak bertwitter. in fact, kat phone baru skrg ni pun takde upload pun apps nya..hahahah! betul..zaman dulu rancak bertwitter especially kalau tgk show tv live..masa tu mmg laju je lah meroyan kat twitter. muahahaha!

    • faktor usia kita ni.
      ok la tu, dari dah tua kebana tak sedar diri nak jugak bermedia sosial bagai kan.
      ni kira kita lite lite je la ye dok hihi

Comments are closed.