Blog Maya Dot Com

Boboiboy

Rutin bulanan saya apa lagi, balik Taiping lah!
Ni balik masa bulan Mac hari tu.
Minggu selepas saya balik dari Lombok.

Keluar beli barang barang Yaya kat AEON Taiping.
Taktau nak makan apa, sudahnya pegi The Chicekn Rice Shop je.


: : Ada promotion Takhrai Chicken untuk limited time only. Rasa ia macam ayam golek : :


: : Ambik set B : :


: : Gigih anak dara saya berdiri atas kerusi konon konon nak buat ala ala flatlay : :


: : Saya try 3 Layer Tea tu. Sedap memang sedap tapi nak dekat RM8 kau. Sob sob sob : :



: : Untuk 3 orang punya makan. Nangisssss : :

Sebelum tu pegi nonton Boboiboy dekat Taiping Sentral dulu.
Punya la berdesup Encik Z drive sebab nak kejarkan waktu tayangan, 10 minit dari TLJ dah sampai Taiping Sentral ish ish ish.
Dapat first tayangan, fuhh. Tau la cuti sekolah kan.


: : Tak jumpa poster Boboboi. So bergambar depan Hall pun boleh laaa : :

Eh best sangatlah filem Boboiboy ni.
Walaupun saya tak pernah layan yang episod episod tu tapi saya tau la ada watak nama Yaya.
Tapi takat tu je la.
Pastu saya ingatkan Boboiboy ni nama kumpulan semata. Rupanya ada watak jugak nama Boboiboy yer hehe.

Grafik, animasi memang kakak ostajah boleh bagi 5 Ha.
Pastu suka sebab diorang gunakan bahasa pasar yang memang difahami oleh semua peringkat umur.
Watak Mr Papa @ Cikgu tu kadang kadang annoying jugak tapi kelakar.
Kedamaian. Kepelikan. Dia suka guna Ke dengan an kat depan.

Nama watak pun kelakar. Ochobot. Tengkotak. Kikita.
Yo yo Oh. Gaganaz. Ciciko. Tetiba jadi Kokoci. Haha.

Cuma kuasa yang depa ni ada macam melampaui batas je.
Kuasa tendangan halilintar lah, taufan melintang lah, kokon taufan lah.
Siap ada yang kuasa 3.
Kuasa gerakan bayang, kuasa , tumbukan super padu, seribu cakaran laju.
Dah kenapa hebat sangat kuasa korang ni???? Pfttt..

Tapi overall menghiburkan lah. Saya suka je.
Memang sesuai untuk tontonan sekeluarga.


: : 5D ni baru bukak kat Taiping. Berdekatan dengan The Gate Cafe. Nanti nanti la singgah bila semua orang balik ke : :

Hari Ahad selain layan Running Man bersama sama, kitorang layan main Saidina ni.
Berzaman dah kot saya tak main Saidina ni.
Dulu kecik kecik ada arwah abah belikan Monopoly.
Kira Saidina version Melayu lah kan.
Best lah main ni. Best sebab saya menang. Encik Z kalah teruk haha.
Nanti Mommy balik Taiping kita main lagi k?

 
: : Yaya bagi saya buku ni. Mementang mommy dia blogger yer. Tapi pusing belakang tengok penulis nya umur 13 tahun. Rasa nak sembunyi bawah meja. Kelas kau nak boleh tulis buku ceni. Acik ostajah kau ni, nak mengarang entry blog pun punya la kemalasan tahap unta padang pasir. Keep it up nak. Acik doakan awak terus sukses. Yaya, nanti Mommy baca buku ni ek. Tak berkesempatan lagi : :