Avani Gold Coast Sepang : Day 2. Jumpa Ayu!

Baca blog Ayu, ia tanya mana nak pegi jalan jalan cuti CNY ni.
Saya pun komen kata saya nak pegi Avani, tapi book via booking.com sebab kalau kat website Avani dah fullhouse.
Tak sangka Ayu proceed jugak nak pegi Avani ni.
Lalu berwhatsapp whatsapp lah kami bila Ayu sefamily dah sampai.
Janji jumpa kat private beach Avani ni terus.



: : Lama dah tak jumpa Ayu. Ni jumpa masing masing dah mendobok ha : :


: : Dah besar Rania. Kakak Yaya layan dia main pasir : :

  
: : Tapi kang kejap kejap dia datang kat mommy dia : :


: : Mommy dengan auntie Mya sibukkkk la nak bergambar sesaja. Sabar yer Rania. Dunia memang macam ni hehe : :


: : Husband Ayu, Ajak gi ambik ambik gambar. Encik Z layan Yaya slo mo. Mak mak lepak tepi sembang cover cerita macam macam. Best : :

Tak puas sembang kat pantai sebab Rania ajak balik, saya sambung melepak kat bilik Ayu pulak.
Tunggu sampai sunset.
Yaya kata Rania ni comel sebab petah keletah.
Memang pun hehe.

Dok plan kata nak pegi jalan jalan dengan Pae & Ernie.
Taktau la bila nak tercapainya.
Masing masing sibuk katanya kan.
Tapi saya ni sokmo on je. Korang decide tarikh, I follow…

5 thoughts on “Avani Gold Coast Sepang : Day 2. Jumpa Ayu!

  1. haha lawak gambar rania ngekoooorr je mak beliau! cepat pae n ernie jom coti2 jom!!

    hi D awok jumpa kak maya awak je semedang yeeee

  2. ai tak sibuk. jadual ai selalu je free. org tu la selalu nau2 fly ke sana sini. almaklumlah pekerjaan = melancong
    hahahaha 😛

Comments are closed.