Avani Gold Coast Sepang : Day 1 & 2

Oleh sebab migraine berdenyut denyut, saya rasa nak tak nak kena lena jugak sejam dua ni.
Sementara saya lena, Encik Z & Yaya keluar pegi tengok kawasan keliling.
Depa siap pegi pantai berphotoshoot. Ni kira private beach Avani.
Orang luar tak boleh masuk.


Terjaga sebelum maghrib tengok tengok rupanya saya datang bulan.
Patut la migraine teruk. Plus jerawat besar tumbuh berleluasa huhu.

Malam tu memasing makan maggie dengan bubur nasi je.
Dah kata saya tak larat nak keluar kan.
Mula ingat nak room service tapi dah Yaya nak makan bubur nasi Knorr tu je, so Encik Z kata dia nak makan maggie.
Saya memang tak berapa lalu nak makan.

Encik Z berjaga dok godek belek apa kena la dengan GoPro tu.
Uninstall, install balik. Synch dengan handphone dia bagai.
Alhamdulillah, akhirnya ok.
Encik Z kata kena update apps. Tapi tu la macam pelik benau nak gegodek tu.
Ni mokata pegi Avani je, kalau kata tengah travel oversea bersalji salju bagai tetiba GoPro tak function, tak ke menangis air mata darah huhu.

Gitulah berakhir malam pertama di Avani Gold Coast Sepang.

Keesokan harinya..
Selamat Pagi Avani!
Alhamdulillah sakit kepala dah hilang.
Tengok view di luar hati terasa girang!

Siap siap nak pegi breakfast.
Dari bilik ke tempat breakfast tak jauh sangat sebab bilik so kitorang menapak je pepelan.


: : Dalam tu la tempat breakfastnya : :


: : Swimming pool depan tempat breakfast haa : :


: : Bukan tak bersyukur, tapi sorry to say, breakfast spread kat Avani ni tak best lah. Tak meriah dan tak berasa. Meaning tak sedap di tekak saya huhu. Tak sepadan dengan status 5 star mereka : :

Lepas breakfast balik bilik tukar baju.
Semangat la saya ni beli swimming suit sebab nak swim swim dengan Yaya.
Sebab seselama ni pegi memana mana la penah saya mandi kolam sejak dah bertudung kan.
Macam kesian la pulak kat dia sebab dok tanya bila nak swim sesama.
Mohon jangan kecam saya. Hiks.


: : Swimming pool kecil sangat. Campur je dewasa dengan kanak kanak. Tapi view mengadap laut lepas tu memang lawa la : :

Nampak tak lelaki botak dalam gambar belah kanan ni?
Senior sekolah saya masa kat SMBBS dulu. Saya namakan dia sebagai AHS.
Saya form 2, dia form 3. Dia tegur masa saya duduk sorang sorang kat meja time breakfast tu.
Hari ke 2 breakfast dia tegur lagi, siap salam salam dengan Encik Z.
Encik Z ni satu la saya tengok, dia bukan jenis nak cemburu ke apa.
Dia bab bab kawan kawan lelaki ni dia steady.
Mungkin dia percayakan saya la kot? Eh saya pun percayakan dia jugak k. So pls.

Sempat saya cerita dengan Yaya, Uncle ni dulu rapat jugak dengan Mommy.
Believe it or not, dia pernah sampai rumah Mama saya kat Taiping sana.
Paling win saya dengan dia pernah jalan kaki berdua dari Puduraya sampai Vista Angkasa Bukit Kerinchi nun.
Cer kira berapa jauh kilometernya haa berjalan. Masa tu rasanya saya balik cuti weekend Politeknik kot.
Tapi nak kata bercinta tu tak lah. Cuma rapat la kot.

Tengok dia pun dah kahwin ada anak 3 orang.
Suka tengok dia layan anak anak dia. So fatherly gitu.
Saya pun friend friend dengan dia kat Facebook, follow dia kat instagram.
Bagi saya no issue lah. Dah dewasa kan, boleh fikir mana baik mana buruk.
Masing masing pun dah happy dengan life sendiri.
Yang dulu dulu tu  kita simpan jadi kenangan masa muda remaja 🙂


: : Begitu serius memerhatikan anak ku mandi. Walaupun ia tau swim, tapi mana la tau terpelekot terkejung kaki dalam air ke kan : :

Sebab GoPro dah ok, bermaharajalela la bergambar dalam air.
First time la ni kiranya bawak GoPro masuk air hehe.
Ada video Yaya swim saya campak kat instagram sana.

  

Saya ni memula swim lite lite je.
Setiba tiba eh eh naik sheh pulak haku.
Terus terkeluar segala skill berenang ku dulu.
Skill yang tak berapa nak skill la hahaha.
Please k, jangan kecam saya #modedefensiveon

4 thoughts on “Avani Gold Coast Sepang : Day 1 & 2

  1. Dah tido hotel apalagi nak buek mmg swimming jelah.
    Kemain jalan dr puduraya smpi kerinchi jauh kot. Cer skrg dr Bnm gi sogo pun dah semput hehehe

  2. Koko macam abg mi. no hal lah benda2 ni. selalu je pun akak sebut nama tuttt depan dia kan..dia buat slumber je

Comments are closed.