Yogyakarta : Taman Sari Luar

“Tok tok tok”
Bunyi ketukan di pintu.

Aik sapa pulak ni?

Breakfast Bu.

Oh, ada breakfast ya?

Ada, Bu.

Saya memang tak bajet ada breakfast.
Sebab dalam website takde pun tulis kata include breakfast ke apa.
Lagipun hotel ceni kan, takkan la ada breakfast.

Yang semalamnya tu takde breakfast aterr kitorang keluar pun pukul 5 pagi kan.
Celah mana pulak nak dihantar breakfastnya.
Alhamdulillah syukur di atas nikmatNya. Di atas breakfast ini.
Dapat la jugak mengalas perut.

: : Roti bakar sapu butter dan jem strawberry : :

Rencana untuk hari ini ialah ke Taman Sari.
Kalau tengok tour package pun, mesti ada itinerary ke Taman Sari ini.
Dan hasil google di blog travelogue pun, mesti ada depa pegi sini.
So let’s lah pegi.

: : Naik becak dari The Cabin Hotel ke Taman Sari. Jarak 3km. Tambang RP25,000 : :

: : Anak anak mau ke sekolah : :

Hasil pembacaan kata Taman Sari ni bukak pukul 8.30 pagi.
Pepegi tengok eh eh rupanya pukul 9.30 pagi.
What the fish lah sangat kan.
Sedang kitorang termangu mangu kat situ, tetiba ada sorang Pakcik menyapa kami.

Katanya lambat lagi bukak ni.
So dia ajak pusing sekitar Taman Sari belah luar ni.
Oh yer, Taman Sari ni senang kata macam taman tempat istirehat Raja dulu dululah kekiranya.

Saya tanya Pakcik tu, kena bayar ke?
Dia kata tak perlu. Dia orang sini. Memang suka je bawak pelancong pusing pusing kawasan katanya.
Jangan ujung ujung kau mintak duit pulak. Awasss kau.

 

Taman Sari ni memang besar dan luas.
Dan rumah rumah kawasan sekitar ni kata Pakcik tu semua pun rumah rumah pekerja ia.
Dibawaknya la pusing belah luar Taman Sari ni.
Memang besar betul. Dah la cuaca panas. Terponggeh jalan.
Sambil jalan dia dok cerita la itu ini tentang sejarah Taman Sari.
Sejam jugak la kitorang berjalan haaa.

: : Lalu bawah ala terowong : :

DSC_0232 : : Dulu sini pun pernah kena gempa bumi dan banjir hebat sehingga rosak kawasan ni : :

DSC_0237 : : Dalam proses baikpulih : :

DSC_0251 : : Ditahan dengan besi ini, gegaya macam dah tak kukuh je ha : :

DSC_0233 : : Macam pelik kan ada kawasan rumah rumah keliling Taman Sari ni : :

: : Encik Z mencapap dari atas : :

DSC_0236 : : Saya dan Pakcik di bawah : :

: : Ni dah macam building kat Mesir : :

: : Beria ria Pakcik ni menerangkan gambarajah dan susunatur Taman Sari : :

DSC_0239 : : Turun tangga, jalan kena tunduk kepala, kang tak pasal terhantuk. Kalau dah terhantuk baru nak terngadah tiada gunanya lagi #apantahkenamengena : :

DSC_0253 : : Tempat Raja beradu : :

DSC_0241 : : Katanya ni tempat Bilal azan : :

DSC_0243 : : Tempat Raja solat kot? : :

DSC_0245 : : Toilet diRaja : :

: : Tah mana mana dibawaknya kami pusing ha : :

: : Taman Kampoeng Cyber. Perkampungan ni ada wifi : :

: : Perkampungan Cyber yang tersusun rapi : :

: : Special bamboo Cotton Tshirt katanya : :

Korang agak agak Pakcik tu mintak duit ke tak lepas selesai sesi tour-lah-sangat ni?
Yer betul.
Setiba tiba bayaran ikhlas katanya. Pffttt..
Kita ni bukanlah kisah sangat nak bagi duit ikhlas ke apa, tapi kenapa tak bagitau awal awal?
Kenapa awal awal kata tak payah bayar, cuma nak tolong bawak jalan bla bla bla.

Malaslah nak kecoh kecoh. Saya suruh Encik Z bagi RP20,000.
Memanglah RM6 je tapi still la kan. Boleh tak jadi seorang yang berintegriti?
Begitu kemarahan memuncak pada Pak Cik Taman Sari pembongak. Hiks.

: : Yaa udahlahhh Pakcik. Terserah aja lah kalau mau membongak. Kamu yang dosa. Bukan aku : :

5 thoughts on “Yogyakarta : Taman Sari Luar

  1. dah pernah kena masa kat Lombok ari tu…mula2 kata tak perlu bayar..at last mintak plak seikhlas kita je bagi..xde duit kecik ku bagi je duit Malaysia RM1 dua keping sorang…

  2. Bab2 mengepau ni, tak kira tempat. Pengajarannya, kalau ada sesiapa offer, tolak je elok2. Tak pun, buat tak nampak & jangan pandang mata depa!

Comments are closed.