Yogyakarta : Museum Mini Sisa Hartaku

WP_20151009_16_22_34_Pro : : Pesan Merapi. Siapa faham sila translate : :

On the way turun tu kami singgah di Museum Mini Sisa Hartaku.
Asalnya muzium ini adalah cuma sebuah rumah biasa milik penduduk tempatan.
Tetapi diubah menjadi Museum Mini Sisa Hartaku sebagai peringatan tentang peristiwa Gunung Merapi meletus.
Juga sebagai peringatan kepada dirinya di mana harta yang pernah dimilikinya kini sudah musnah sama sekali.

: : 5 November 2010, lebih kurang jam 12.05 tengah hari. Ketika itulah awan panas besar dari Gunung Merapi menutupi kawasan ini, dan menghancurkan segalanya : :

WP_20151009_16_30_07_Pro: : Saya faham yang last tu je. Waspodho. Mesti maksud dia waspada. Kan kan kan? : :

WP_20151009_16_36_44_Pro : : Deep. Apa yang kita ada boleh direntap sekelip mata. Jadi renungilah erti hidup ini : :

Ni semua gambar gambar yang sempat saya snap dalam muzium ni.
Barangan yang telah musnah akibat dari letusan Gunung Merapi.

: : Antara yang mistik. Yang atas kiri tu katanya wajah penunggu Gunung Merapi?  Yang bawah kiri tu nampak macam wajah manusia : :

: : Ni pun deep. Merapi tak pernah ingkar janji : :

: : 4 unsur yang bisa jadi penyebab bencana. Bumi/Tanah, Api, Air dan Angin/Udara : :

: : Yang tengah pakai serba biru tu ialah Mbah Marijan. Beliau merupakan pemegang kunci dan penjaga Gunung Merapi. Semasa peristiwa Gunung Merapi meletus pada 2010, beliau telah terkorban dalam keadaan bersujud. Dikatakan beliau enggan turun menyelamatkan diri walaupun telah dipujuk oleh penduduk kampung. Begitu setia dan amanahnya beliau pada tugas pemegang kunci Gunung Merapi. Info lanjut korang boleh google k : :

: : Habis Sudah Semua : :

: : Dan ingatlah, Bencana Bukan Akhir Segalanya : :

Selesai di sini, terus gerak semula ke rumah Andy.
Siap dijamu minum teh ha. Mekasih Andy.

WP_20151009_17_05_17_Pro

 

 

 

: : Langkah berjaga jaga yang diambil oleh kerajaan Indonesia yang saya nyatakan di entry sebelum ni ialah mereka telah membina rumah yang dipanggil menara ini untuk meninjau Gunung Merapi dari kejauhan. Mereka juga mempunyai alatan khas yang boleh mengukur bacaan gempa : :

: : Terjerit sekejap bila puncak Gunung Merapi kelihatan. Sebab dari mula sampai tadi memang tak kelihatan langsung. Macam Mount Fuji tak? : :

 

: : Ni lagi jelas. Nyata keindahan puncakmu membawa kebinasaan wahai Merapi : :

: : Merapi kembali kelam dan berkabus : :

: : Encik Z, Tatang, Andy dan Aham : :

: : Matahari mula mengundur diri. Tanda senja menginjak malam. Saya tinggalkan Merapi dengan 1001 macam rasa. Merapi, kau takkan ku lupai! : :

3 thoughts on “Yogyakarta : Museum Mini Sisa Hartaku

  1. Pesan Merapi…
    “Aku tak bisa mengalah dan tak bisa juga dikalahkan…”
    Yang lain nggak paham… hagahaga

Comments are closed.