Yogyakarta : Lesehan & Ole Ole

Malam tu ingat nak dinner dekat dekat je sebab letih gila so malas nak menapak jauh jauh.
Kat depan The Cabin Hotel ada satu restoran.
Tapi macam ala ala western. Kira tidaklah menampakkan ke Indonesia an nya.
Oleh sebab malas nak jalan so hadap je lah.

Saya tak ingat dah exactly apa yang saya order, tapi lepas order food dengan drinks kan, tetiba dia datang balik kata drinks tu takda.
So saya nak cancel la the whole order.
Dia kata ‘Tapi ibuk sudah order food nya’
‘Ya, tapi drinks yang saya mahu tak ada kan?’
‘Kami ini baru saja tau yang drinks itu sudah habis’
‘Jadi, salah saya kah?’

Terus saya tolak kerusi ke belakang bagi signal mata ajak Encik Z blah.
Aku dah la letih. Lapau. Kau jangan macam macam.
Marah punya pasal tetiba eh ada pulak kudrat aku menapak pegi sampai Jalan Malioboro tu hahahaha.
Menonong je saya jalan kata Encik Z kah kah kah.

: : Ini satu je la saya sempat snap. Masbit Coffeeresto nama restorannya : :

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Nasib untung jugaklah drinks yang saya order tu takde, sebabnya Allah nak bagi saya merasa makan kat Lesehan Pojok yang terkenal di Jogja ini.
Sepanjang panjang Jalan Malioboro tu terdapat banyak Lesehan.
Rancangan Allah kita tak tau kan. Yang kita tau nak meroyannn je manjang bila benda jadi tak kena kat mata kita. Insaf 🙁

: : Menu makanan terpampang. Tap tap tap meleleh ayaq liuq : :

: : Senarai harga makanan dan minuman : :

: : Tu belakang tu kedai lain pulak, tapi disusun sebelah sebelah. Takde pun bergaduh rebut customer ke apa. Very good : :

: : Mat salleh pun pandai duduk bersila makan food Jogja. Tu belakang tu tempat orang prepare makanan. Saya lupa nak snap gambar ketam banyak gilaaa disusun bertingkek tingkek : :

: : Ni yang kami order. Ketam & gurameh bakar. Ulam dan jua sambal jangan dilupa : :

: : Air sampai 3 gelas haa : :

: : Gambar blur pun boleh laaaa : :

Sedap gila oiiii ikan dengan ketam tu. Saya punya korek isi ketam tu.
Menyesal ambik sekor. Dap dap sangat.
Kalau pegi Yogyakarta korang wajibbb tau makan kat Lesehan ni.
Haihh kalau kaya raya mau aku ambik flight semata mata nak pi makan kat Lesehan ni.
Begitu sekali penangan makanan mempengaruhi hidup kita ini.
Total makan Rp125,000.

: : Lepas tu jalan jalan cuci mata sekitar Jalan Malioboro. Memang meriah. Mat salleh merata rata kot : :

Saya takde shopping apa sangat pun kat sini sebab memang tak berniat nak shopping pun.
Usha jugak kot kot ada stokin tapi takdok.
Lagi pula saya kan tak beli luggage. Sat g tak muat beg kang naya je.

: : Beg telekung ni beli untuk Kak Aida & Kak Wan : :

: : Seluar panjang batik untuk diri sendiri. Buat basahan pakai kat rumah : :

: : Tshirts untuk anak anak saudara : :

: : Fridge magnet. Dan tshirts saya & Encik Z : :

: : Tshirt Yaya : :

: : Kuih Bakpia : :

WP_20151012_10_39_57_Pro : : Ginilah rupa paras kuih Bakpia itu. Luar tepun dalam tu ada filling. Ikutlah kita nak flavour apa. Coklat ke, cheese ke,. Rasa dia ok ok je la. Nak kata sedap sangat tu tak lah : :

 

One thought on “Yogyakarta : Lesehan & Ole Ole

Comments are closed.