Yogyakarta : Kraton

Seterusnya.. tahan beca menuju ke Kraton.
Kraton ni pun antara tempat yang wajib pegi la kalau ikut bacaan dalam blog sana sini.
Beca dari Taman Sari ke Kraton sama jugak, RP25,000. Naik bukit katanya. Iya iyalah.

Kraton merupakan istana rasmi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat,
Kompleks bangunan ini berfungsi sebagai tempat tinggal Sultan yang masih menjalankan tradisi kesultanan sehingga hari ini.
Kraton ini juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Kota Yogyakarta.
Sebahagian dari kawasan Kraton ini merupakan muzium yang menyimpan berbagai koleksi milik kesultanan, termasuk hadiah pemberian dari raja raja Eropah, replika pusaka Kraton dan gamelan.

WP_20151009_10_24_16_Pro : : Ini kawasan sebelum masuk ke tempat beli tiket belah kanan tu : :

DSC_0283 : : Bayaran masuk sorang RP12,000 : :

Sini ada tour guide gak. Diorang approach tanya nak guna khidmat tour guide tak.
Saya kata takyah la kot. Muka tak puas hati je perempuan tu.
Yang sebenarnya saya letih dan mengantuk. Cuaca panas sesungguh.
Saya nak duduk la! Pfftt!

Encik Z je la jalan pusing pusing baca segala mala sejarah.
Pastu dia snap la gambar gambar bawah ni semua.

DSC_0294

DSC_0298

DSC_0286

DSC_0289

DSC_0290

DSC_0293

DSC_0295

DSC_0297

DSC_0303

DSC_0304

DSC_0307

DSC_0309

Lepas saya bergambar kat sini kan, melulu sorang staff perempuan datang ke arah saya.
Dia tanya tadi bergambar mengadap mana? Dia nak tengok gambar yang Encik Z snap.
Bila tunjuk je gambar, dia jeling pastu dia terus blah.
Eh eh kau???
Sorry takde, explanation apa takde. Kurang ajar kamu ya?

Mungkin tak boleh bergambar membelakangkan la kot.
Fine. Cakap la elok elok. Ni dari jauh melulu terjah, pastu sorry apa takde apa.
Eh pendek kata Kraton ni boring kot! Tak pegi pun takpe.
Tapi kalau korang nak pegi jugak, ah gasakkk.
Jangan kata Kakak Ostajah tak warning.

WP_20151009_10_19_10_Pro

DSC_0314 : : Singgah beli seluar batik dan tshirt kat sini. Seluar batik 2 helai. Tshirt 4 helai. RP140,000 : :

One thought on “Yogyakarta : Kraton

Comments are closed.