Blog Maya Dot Com

Subway

Last pernah up entry makan Subway kat ENTRY NI.
Punyalah lama nya. tahun 2010 kau. Masa ni saya tak bertudung pun lagi ha.
Takpe, mari kita up entry baru cara cara nak order Subway bagi yang tak reti dan tak berkeyakinan macam saya ni wakakaka.

Roger KakTin & Payiet, jommm pi makan Subway.
Meredah la kami ke Quill Mall sana.
KakTin ditugaskan untuk order. Saya snap gambar untuk tatapan dan panduan di masa depan hehe.


: : Pertama tamanya perlulah memilih jenis jenis Subway yang korang nak makan. Nah saya listkan : :

Premium

1.  Subway Melt
2.  Italian B.M.T
3.  Subway Club

Favourites

1.  Tuna
2.  Turkey Breast & Chicken Slice
3.  Chicken Size
4.  Roasted Chicken
5.  Roast Beef
6.  Turkey Breast

Classics

1.  Spicy Italian
2.  Steak & Cheese
3.  Chicken Teriyaki
4.  Meatball Marinara
5.  Seafood & Crab
6.  Veggie Delite

Saya tak gemar chicken. So ambik ler daging iaitu Roast Beef.
Bila belek entry lama, eh dulu pun ambik Roast Beef jugak. Cisss.
OK next time kalau pergi nak try Steak & Cheese pula.


: : Step 1. Pilihan menu. Ada roti, salad dan wrap. Kami ambil roti. Rotinya sama ada Footlong atau 6 Inch. Kalau Footlong tu boleh dikerat 2 : :


: : Step 2. Pilih Roti. Saya ambil Parmesan Oregano : :


: : Step 3. Pilih Cheese. Eh tapi ada satu je cheese ni. So sama ada korang nak cheese atau tidak, sila lah buat pilihan kerana pilihan di tangan anda, bukan di tangan orang lain. Berkahwin atau ijazah? Kamu pasti temui jawapannya #tibatiba : :


: : Step 4. Pilih sayur sayuran, Nak letak semua pun boleh : :


: : Step 5. Pilih nak sos apa. Kalau boleh jangan la letak semua, kang mau pening pulak perut anda. Walaubagaimana pun, pilihan tetap di tangan anda. Rasanya hari tu Payiet pilihkan sesiap Mustard, Mayonnaise, Chili & Thousand Island. Kalau salah sila betulkan wahai Encik Payiet : :


: : Kalau nak up dengan drinks, boleh aje. So automatik dijadikan Meal Set. Lebih jimat dari beli air asing asing. Dan lepas tu ada hidangan sampingan jua. Boleh pilih Chips atau Cookies : :


: : Ada 5 pilihan air : :


: : Saya pilih Cookies. Tapi tu la, cookies Subway ni memang jenis tak cruncy eh? : :


: : Senang snap gambar resit terus : :


: : Roast Beef saya. Sedap dan mengenyangkan. Memang saya pilih! Cuma nak makan hari hari tu tak dapat laa. Mahal kot! Haha : :


: : Maceh tawan tawan teman ite iniew makan. Muahciked : :

    10 thoughts on “Subway

    1. diyanadi

      Lepas makan subway terus jadi pelat dah kenape
      Kita pun kalau g subway mmg amek roti parmesan oregano tu. High 5 skek.

    2. angel_baik

      Tak crunchy la sedap. Dia macam liat2 gitueee.. Hehee..

      Tapi dekat subway la sedap, kalau cookies lain, mesti dah menyumpah sebab masuk angin ke apa.

      haha #dasardoublestandard

      1. Mya Post author

        kan kan kan..
        kalau tempat lain mesti dah dpt maki dah kenapa biskut lembik haaaa…
        haha..