Blog Maya Dot Com

Ola Bola

Cuti CNY hari tu Yaya & Mama datang KL.
Saya bawak Yaya cuti cuti Malaysia, tapi tu nanti entry lain lah.


: : Ada 1 hari bawak Yaya datang office. Ini lah port biasa dia : :

Memandangkan promo yang begitu meluas tentang filem Ola Bola, makanya ayuhlah kita pegi menonton.
Ambik 1st show kat TGV Wangsa Walk.
Sebelum tu breakfast dulu kat Nice Place Cafe.
First time try makan kat sini. Sedap jugak foodnya.


: : Yaya makan nasi lemak kari ayam. Saya bukan peminat kari ayam, tapi yang ni ok la sedap : :


: : Encik Z makan roti telur : :

Saya makan telur separuh masak dengan roti sapu jem.
Lama kot tak makan telur separuh masak ni.
Dan tiap kali makan pun mesti nak Encik Z yang pecahkan telur ni.
Bukan apa, teringat first time dating dulu Encik Z bawak gi makan kat Firdaus Jalan Kuching nun.
Inilah menu yang saya makan hehe.


: : Dap dap dap : :

Bestlah Ola Bola ni.
Kelakar, sedih, gembira, semangat kekeluargaan, persahabatan semua bergabung meletup di dalam ini.


: : Singgah Carrefour beli barang dapur. Dan beli Yee Sang pek. Yaya teringin nak rasa. Encik Z thumbs down tu sebab ia tak suka lettewww : :


: : Pastu makan kat Sushi King. Dedua ini pencinta Piri Piri Chicken. Takmau langsung cuba yang lain. BTW, saya dah ada member card Sushi. Jomm sapa nak makan Sushi King dengan saya jomm : :


: : Saya makan Kinoko Soup dengan California Roll je. Pun kenyang : :

    One thought on “Ola Bola