Nur Balqis turns 5

Jumpa Abang Long dengan anak anak sedara saya semua kat workshop.
Ejas balik tayar kereta Encik Z tu, pastu terus ke AEON Equine.
Terus ke Secret Recipe. Senang situ boleh makan, boleh beli kek sekalian.


: : Sayang sangat kat 3 kenit ni : :


: : Satu kek untuk Qis. Satu untuk Aisya. Kang amukan pulak takde kek untuk dia : :


: : Happy Birthday Nur Balqis binti Khiruizam yang ke 5 tahun. Mommy doakan yang baik baik untuk awak ūüôā : :

Qis ni baik dan behave budaknya. Banyak buat hal sendiri.
Cumanya jenis memberontak dalam diam.
Kalau kena marah ke apa dia tak nangis, tapi diam keras.
Sindrom anak kedua barangkali.
Tapi kalau kita cakap apa sekali dia senang faham.


: : Sekarang Pomegranate Peach ni favourite saya. Kalau pegi Secret Recipe  mesti nak order ni je. RM8.80 : :


: : First time order Crispy Chic Salad. Portion besar sungguh. Sedap dan mengenyangkan. RM16.00 : :


: : Olololo sweet sangat nak suap Mommy katanya : :


: : Beli kasut sukan Caca : :


: : Qis nak yang kasut beroda 1. So beli la untuk dia gak yang warna biru oren tu : :


: : Kecik beso kecik beso je Mommy tengok awak Aisya. Dia kalau amukan, suara tuuuuuu  macam kena cubittt. Orang keliling dah pandang pandang dah. Geram  betoi. Walhal bukan ada apa pun. Saja je nak buat perangai eieieiieieiei : :


: : Kakak kakak mencuba kasut baru : :


: : Suruh Aisya bergambar kat patung ni, lagi kuat dia meraung pfftt. Yang Qis pulak geleng geleng kepala. Takut kot : :


: : Malam tu dinner Abang Long masak mee goreng. Up dengan sayur. Terror ooo Abang Long saya masak. Selain mee goreng, beliau jua hebat memasak asam pedas : :


: : Kaklong isi mee goreng dalam mangkuk, terus dia ambik duduk tepi dinding. Comel sangat ni. Pandai pulak bawak diri yer. Tapi bila amukan rasa nak picit picit je : :

Lama jugak lepak rumah Kaklong sebab nak tunggu malam sikit terus nak pegi Downtown kat belakang Giant Equine tu.
Layan Aisya lukis lukis tangan dengan kaki.
Waktu  memanja tu kemain terlentok sana terlentok sini gelak menyakat kita.
Geram sungguh Mommy dengan awak tau tak.


: : Downtown Equine. Katanya yang dari Mines pindah ke sini : :


: : Encik Z dok tanya pasal rawatan tapak kaki. Encik Z tu kulit dia sensitif sikit. Bila panas ja mula melepuh lepuh tapak kaki dia. Taktau la kot darah dalam badan kotor ka apa. Kesian jugak la huhu. Doktor ada bagi ubat makan dengan ubat sapu, tapi kering kejap, pastu kalau panas, jadi lagi : :


: : Mula mula Abang Long dukung Aisya. Tapi lepas tu apa dia sentap dengan Abang Long ntah, terus tunjuk kat Encik Z. Depa tangan suruh Encik Z dukung. Adoii laa. Drama sungguh : :

 


: : Sebelum balik Kaklong bagi pencuci muka Himalaya ni. Ia baru balik dari New Delhi. Katanya produk Himalaya kat sana memurah. Compare kat sini memang beza sangat harganya. Saya pun dah mula berjinak jinak guna produk Himalaya ni. Tapi taktau la serasi ke idok. Cuba je la dulu sebulan 2 tengok cemana. Haihhh India, India.. Bila la kita nak bertemu yer : :

4 thoughts on “Nur Balqis turns 5

  1. Happy birthday Qis! awak boleh berduet dgn AN la..bila dtg perangai ntah apa2nya suka amukan tanpa sebab.

    org kalau ke SR mmg itu je la dok ngoder nya.. crispy chic salad

      • Qis behave.
        Aisya tu yang maciam2..
        Tapi AN dah besar. Pun buat perangai meh?
        Anak sorang mmg camtu la kan..

Comments are closed.