Blog Maya Dot Com

Movie(s) & Bangi Sentral

Masa dapat tau Syamsul Yusoff keluarkan filem baru, Munafik tu, saya cakap dengan Encik Z, wajib ni bang kita kena nonton ni.
Last filem Khurafat dulu kan best sangat.
So kali ni pun mesti best jugak ni.

Minggu yang sama tayangan tu, hari Sabtu bangunlah kami pepagi alam sebab nak nonton show awal.
Breakfast kat rumah je sebab saya sempat buat nasi goreng bagai. Semangat kann..

Jubah dress dari Ruccimodisch. Instant shawl dari SHE.
Dan dan dan beg baru cantik lawa meletup itu dari Sometimes.
Ada cerita di sebalik pembelian beg ni. Nantilah kalau rajin saya cerita.
Kalau tak cerita tu makna tak rajin la tuuu.

Seperti yang dijangka memang best ah Munafik ni.
Kakak ostajah bagi 5 Ha!
Memula tu macam confuse apa la sebenarnya yang jadi ni.
Tapi towards the end tu saya boleh agak dah mesti si Nabila Huda yang langgar si Syamsul ni.
Tapi tak la sangka rupanya sengaja dilanggar.

Moral of the story, kita kena sentiasa maafkan orang.
Walau apa juga kesalahan orang kat kita, kita kena berlapang dada.
Maafkan. Maafkan. Maafkan.
Selagi kita tak maafkan selagi itu jiwa kita tak tenang.
Selagi itu kita tak boleh teruskan kehidupan.

Lagi satu, berapa ramai yang kata percayakan Allah tapi dalam masa yang sama hati masih berbelah bagi?
Bila ditimpa musibah masih tak boleh terima. Tak percaya qada dan qadar.
Masa scene last tu, waktu si syaiton munafik tu mengejek ngejek Syamsul aka Adam, rasa cam aduhhh sakitnya tu di sini.

Makanya, mari kita belajar untuk memohon kemaafan dan memaafkan antara satu sama lain k?
Muahciked.

Tengah hari gi singgah makan kat Lanai pastu saya cuba nasib ajak Encik Z pegi  Bangi Sentral.
Dia jeling tanya ada apa? Saya sengih je. Dia kata nak beli tudung la tu.
Tak tak tak. Kali ni bukan tudung tapi blouse heeee. Hijabs by Hanami buat sale.
Dia diam je. Diam tanda setuju lettew. Heeeee.. So ke Bangi Sentral lah kami.

Ya ampun nak masuk dalam building Bangi Sentral tu je ambik masa sejam kau.
Punya la banyak kenderaan keluar masuk. Dengan ada butik yang buat launching bagai.
Nangis.
Tapi berjaya jugak la sampai on time.
Terus je ke butik Hijabs by Hanami. Depa baru bukak cawangan kat Bangi ni.
Yang HQ nya kat Alam Avenue Shah Alam sana.

Jumpa la lagi Khadeeja. Tokey butik ni yang duduk kat KSU jugak.
Memang bagus dia ni. Peramah ramah tamah melayan customer.
Saya beli 2 helai blouse Roudhah dan 2 helai blouse Hana Sakura. Suka suka suka.


: : Gambar ni pinjam dari instagram Hijabs by Hanami. Tu saya bawah kiri dengan Khadeeja, tokey Hijabs by Hanami : :


: : Sekarang Hijabs by Hanami ada blouse baru. Lawanyaaaa. Huwaaa macam nak semuaaaa : :

Encik tunggu dalam kereta saya berlari jap pegi Mono.KL pulak.
Nak cari chiffon skirt. Dulu dulu saya beli online kat @scheefon.
Tapi dia dah tak meniaga online, dia join Mono.KL ni lah.
Saya suka sangat kot chiffon skirt ni. Banyak dah koleksi saya.
Ingat nak tambah koleksi warna hitam.
Sekarang ni senang pakai warna hitam, nak mix and match tak yah pepening.

Tapi tengok tak de warna hitam.
Warna gelap pun semua saya dah ada.
Ada warna maroon, so saya ambik je la warna maroon.
Dulu beli online RM35 je. Ni beli kat butik dah jadi RM43.
Huhu pasrah…


: : Beli Ayaq Botol. Semua pun sedap tapi saya paling suka Kopi dengan Teh tu. Minum  sejuk sejuk sedapnyaaa : :

Dah on the way balik tu baru teringat ada satu lagi butik online yang ada jual chiffon skirt ni.
@thesupernini . Duhh lupa pulak.


Nanti ada masa saya snap semua collection blouse Hijabs by Hanami dengan chiffon skirt ni k?
Nak menciwi dengan korang he he.

Lepas tu terfikir nak pegi butik Fynn Jamal pulak.
Saya suka lah tudung sarung yang Fynn Jamal ni keluarkan.
OK fine saya tak suka suara dia, tapi saya suka imej dia berhitam bertudung bersarung ni semua.
Rasa dah penah bagitau kan? So please jangan kecam saya. lol.
Tapi butik dia the other side of building, so kena drive keluar.
Jadi adalah malas sebab kereta bersesak sesak masa ni.
Nanti la sebelum puasa nak gi seshopping lagi. Heeee…

OTW balik tu tanya Encik Z nak tak gi nonton The Gods of Egypt?
Hari hari tengok kat billboard otw ke office.
Dia kata oklah. So pegi tonton kat AEON AU2.
Dulu dulu tak diapitnya nak tengok filem filem ceni.
Tapi sejak balik dari Mesir ni rasa penasaran pulak nak tau sejarah Mesir. Gitu..

OK la cerita ni. Ada serius dan ada lawak jugak.
Orang orang Mesir dulu kepercayaannya memang dewa dewi.
Ada dewa laut, ada dewa langit.
Tapi tapi tapi pemahaman saya kan, cerita ni macam ada watak yang digambarkan sebagai Tuhan jua.
Takut rosak pemikiran budak budak je la.
Kita yang tua ni takpela boleh fikir kan.
Tapi kalau cerita ni terpesong mesti dah kena ban kan?
Hmmm ntah lah.


: : Balik dinner kat sini. Ingat nak makan steak tapi dah habis, so makan lamb chop. Tak menepati citarasa tekak ku huhu : :

Sampai rumah dah baring nak siap siap tidur saya fikir fikir macam ada benda aku nak buat hari ni tapi tak buat.
Apa ek?
Fikir punya fikir, laaa… saya sepatutnya nak pergi Hari Kraftangan kat Wisma Kraf sana.
Adoiii boleh pulak lupa sedangkan seharian kat luar. Tsskk..
Sorry awak!

    6 thoughts on “Movie(s) & Bangi Sentral

      1. Mya Post author

        tu la gamak @scheefon tu tak larat handle sorang sorang kot.
        so join je la butik ceni lagi senang

    1. Ida Puanstoberi

      Haha… ini lawak… boleh plak terlupa kan..
      tkpe..tggu next year lah. mengkalau bangunan kami tak roboh lagi utk pembinaan mrt. Hehe.

      Oh. Tokey Hijabs by Hanami tu duk KSU gak.. kesahnyaaa….

      1. Mya Post author

        walhal dah bersemangat nak pegi tau.
        setiba tiba plan bertukar jadi lain pulak. saboo je la dengan diri sendiri.

        aha dia duduk blok sama dengan awak 😀