Leha Kelfood

21 Februari 2016 hari tu genap 11 tahun dah saya berkerja kat B**.
Alhamdulilllah.
Terima kasih Allah di atas segala galanya

Cakap dengan Encik Z, jom keluar gi makan makan.
Konon meraikan anniversary dengan B** walaupun macam perlu ke pun? Haha.
Tapi suka hati la kan. Lagipun dah lama jugak tak keluar makan makan di hari minggu.

Selalu nampak Ina dengan Kak Gina up gambar nasi kerabu kat instagram makan kat Leha Kelfood.
So ajak lah Encik Z ke sinun.
Selalu je pun lalu sebab kedai tu kat tepi MRR2 je.
Tapi tak terfikir nak try makan ke apa. So kali ni lets lah.

DSC_0141
: : Gambar kredit norseila.blogspot.my : :

 Sebenarnya saya ada je baca yang ramai komplen kata food kat Leha Kelfood ni mahal.
Tapi sebab tengok gambar kat instagram macam menarik tertarik je, lalu harga mahal itu ku tolak ke tepi.
Ginilah romannya kalau dah kaki makan.
Agaknya sebab ramai komplen mahal, so depa letak sesiap harga kat sini ha.
Saya rasa termasuk GST la kot sebab tu ada sen sen tu.


: : Encik Z makan ini : :

img_3790.jpg
: : Saya makan set Nasi Kerabu ini. Biasa biasa je kot? 2 out of 5. Sedap lagi nasi kerabu kat Nasi Kerabu Keramat sana huhu : :


: : Up dengan keropok ini : :

Total makan RM28.85. Mahal ke murah?
Saya rasa macam mahal jer. Oh yer termasuk kopi ais & limau ais jugak.

img_3798.jpg: : Depan kedai ada orang jual Sotong Gergasi : :

img_3833.jpg
: : Teringin, lalu beli. RM5 kot tak silap saya. Pun biasa biasa aje : :


: : Siapa suka ikan pekasam? Boleh cari kat Leha Kelfood ni : :

: : Saya beli satu. Dalam ni ada 3 ketul. Harga RM8.25. Encik Z tak makan ikan pekasam ni. So memang saya bedal sensorang la. 1 hari 1. Makan ni dengan nasi putih panas panas. Up dengan sambal belacan. Fuhhh..  : :

img_3802.jpg: : Siapa taknak makan nasi, ni yang light light pun ada. Next time datang saya nak try Laksa Kelantan dengan Laksam pulak. Hmm…. : :

5 thoughts on “Leha Kelfood

  1. Nasi kerabu yg agak best nak makan pagi2, beli dpn sekolah batu muda sanun. Murah dan banyak. Kalau buat breakfast, kenyang smpai lunch.
    Try lah kalau hari minggu.

  2. mmm dulu cam ok gak rasa dan harganyaaa

    tapi tak tahulah kenapa sekrang memang mahal giler…
    baik ila makan kat kedai depan rumah ila ni je..hehehe

Comments are closed.