Yogyakarta : The Cabin Hotel

Ingat ENTRY ni?
Aha.. Entry tu 4 bulan lepas.
Dan baru ni lah saya berkesempatan nak update.
4 bulan ni kira cepat jugak lah kan.
Kan ke pernah sampai setahun baru saya update. Lol.

Saya beli tiket nak ke Yogyakarta ni pada 31 Ogos 2014.
Setahun sebulan menunggu nak travelnya.
Biasalah, nak dapat tiket murah memang cenggitu lah kan.
Return dan airport tax untuk 2 orang RM306.
Travel dari 7 – 10 Oktober 2015.

Yogyakarta atau Jogja ni memang dah lama masuk dalam wishlist saya.
Tujuan utamanya tentulah nak ke Candi Borobudur dan Candi Prambanan.

Ada je yang hairan sebab awal bulan Oktober tu kan saya sibuk dengan pindah rumah.
Tetiba eh eh sempat lagi tu pergi bercuti.
No no no yer. Dah plan lama kan.
Masa plan tu tak terfikir pun nak jual rumah, pindah rumah segala ni.
Itulah, kita merancang, Allah SWT jua yang menentukan.

Flight pukul 3.15 petang.
Saya cuti satu hari sebab pagi tu pegi buat macam macam urusan.
Nanti saya share cerita urusan tu kat entry lain k.

Selesai urusan terus aje ke TBS.
Park kereta kat situ dan naik ERL ke KLIA2.
Lunch dan solat, terus boarding.
Kali ni tak check in luggage.
Masing masing bawak beg sendiri je.
Alah cabin bag yang saya dengan Encik Z dapat masa annual dinner hari tu lah.

Perjalanan dari KLIA2 ke Yogyakarta ambik masa 2 jam 35 minit.
Flight smooth, takde delayed ke apa.
Dalam pukul 5 petang waktu Indonesia dah mendarat dah.
Beza waktu cuma 1 jam ke belakang.
Standard lah tu. Korang pun tau kot kan.

WP_20151007_18_12_18_Pro : : Welcome to Jogja, Normaya! : :

Penginapan di Yogyakarta saya pilih The Cabin Hotel.
Macam biasalah, setiap kali nak cari hotel bila pergi bercuti, memang terjuling juling bijik mata nak cari hotel.
Oleh sebab masa ni kewangan saya tak begitu memberangsangkan, so saya memang cari hotel memurah je.
Nasib baik ada hotelscombined.com. Cari cari dan compare compare, lalu terjumpalah The Cabin Hotel.
Tengok lokasi apa semua, ok setuju.
Harga IDR525,000 untuk 3 malam.

Dari airport ke The Cabin Hotel naik teksi.
Tambang RP75,000 dan cuma ambil masa dalam 45 minit.
Check in dan terus cek bilik.
Nak kata terkejut sangat tu tak lah sebab memang dah tengok dalam website kan.
Tapi… itulah dia.
Nama pun The Cabin Hotel kan.
Memang saiz kabin lah biliknya hehe.

: : Bangunan The Cabin Hotel : :

: : Berdepan dengan The Cabin Hotel, ada Hotel Sriwijaya : :

: : Sebelah The Cabin Hotel ada travel agency. Sesiapa yang tak sempat buat arrangement awal, boleh je walk in terus tanya kat sini : :

: : Pintu masuk : :

: : Belah kanan tu reception. Belah kiri lobi. Terus ke bilik. Bilik saya tingkat 2, so memanjat tanggalah : :

: : Tangga pusing : :

: : Laluan ke bilik pun kecik nau nau : :

: : Maskotnya adalah koala bear yang sedang tidur : :

: : Bilik untuk 2 orang lah. Cumanya kena tarik tilam bawah tu untuk tidur. Takde tingkap sob sob sob : :

: : Ada cermin. Tapi towel tu. Adoii. Bukan towel mandi. Kecik nau nau : :

: : Ada TV : :

: : Bilik ni ada aircond tapi tak kuat huhu. Ada la kipas kecik ni dalam bilik : :

: : Biskut, air mineral, buku nota, tisu dan coklat diberi percuma : :

: : Laluan ke toilet : :

: : Toilet share. Ada 4 toilet kat luar kiri kanan tu : :

: : Termenung memikir nasib diri : :

: : Malam tu kami dinner Pop Mie dengan Air Teh Botol saja. RP15,000 : :

: : Kalau lapar boleh je turun beli kudap kudapan di sini : :

: : Nak air panas pun ada ni ha. Air mineral tu setiap hari dibagi satu botol sorang : :

WP_20151009_18_49_53_Pro

The Cabin Hotel ni ada a few kat Yogyakarta.
Saya stay yang dekat Jl. Gandekan Lor No. 2, Daerah Istimewa Yogyakarta 55271, Indonesia.
Ni yang paling dekat dengan Jalan Malioboro.
Nak tau lebih lanjut korang boleh ke website The Cabin Hotel.

Recommended?
Kalau sorang then ok kot.
Kalau berdua macam saya ni, dan badan pun dah serupa koala, memang tak digalakkan lah.
Tambah lagi kalau bertudung macam saya ni, leceh kot sharing toilet.
Tepuk dada, tanya selera!

6 thoughts on “Yogyakarta : The Cabin Hotel

  1. patut la ku cari2 entri jogja ni kat category tapi tak ketemuan. rupa2nya ‘invisible by owner’. kahkahkah! ok kak..teruskan. macau tahun bila pulak la dia nak up ntah..hehe 😛

    • pepelan kayuhhh gitu. janji update dari tak update kannn..
      of coz bagi laluan pada entry mesir dulu. tak start apa pun lagi adoiyaii..

Comments are closed.