: : Menunggu pick up : :
Untuk pakej ke Sunset Prambanan saya bayar RP200,000 untuk 2 orang for transportation.
Dan Entrance Fees Prambanan RP450,000 untuk 2 orang.
Masuk Candi Prambanan ni kitorang tak guna tour guide.
So ambik our own sweet time je lah untuk explore.
Kalau tadi Candi Borobudur orang kata Buddha punya.
Yang Candi Prambanan ni pulak orang kata Hindu punya.
Candi Prambanan adalah kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia yang dibangun pada abad ke-9 masihi.
Sama seperti Candi Borobudur, Candi Prambanan ini juga merupakan salah satu UNESCO’s World Heritage Sites.
: : Pintu masuk. Boleh minum air mineral dan kopi o di sini : :
: : Pernah mengalami kerosakan semasa gempa bumi pada tahun 2006 : :
Dari pintu masuk utama nak ke kawasan 3 Candi Utama adalah dalam 10 minit jalan.
Sepanjang jalan tu ada la lalu kawasan taman dan runtuhan bongkah batu.
Orang boleh tahan meramai. Ada rombongan sekolah bagai.
Masa ni nak kata panas sangat tu taklah, cumanya angin kuat dan pasir pasir tu semua berterbangan huhu.
Duduk sekejap dibawah pokok.
Lepas tu pepelan pusing kawasan tiga Candi utama yang mewakili tiga dewa utama Hindu.
Iaitu Brahma sebagai dewa pencipta, Wishnu sebagai dewa pemelihara, dan Siwa sebagai dewa pemusnah.
Boleh panjat naik jugak atas Candi ni.
Ada yang belah atas sempit, ada yang luas.
Saya naik yang luas ni lah. Pusing satu round.
: : Ni pun cemanalah orang dulu dulu boleh buat tinggi ceni kan? : :
: : Dalam ni sebenarnya gelap gelita ok. Encik Z je naik snap gambar. Saya tak naik sebab takut huhu : :
: : Lagi ukiran yang unik dan punya 1001 macam cerita : :
: : Rombongan sekolah yang punya la bising tsktsktsk : :
: : Kapalterbang yang terbang rendah di atas Candi Prambanan : :
Masa saya dok cari cari pakej Yogyakarta ni kan, kebanyakan itinerary takde letak pun Candi Prambanan ni.
Selalu pun yang letak Candi Borobudur je.
Boleh la nak add on Candi Prambanan ni, bayaran asing.
Bukan apa, macam peliklah kot.
Sedangkan Candi Prambanan ni pun tidak kurang hebat sejarahnya, sama seperti Candi Borobudur.
Makanya, menurut saya, kalau ke Yogyakarta, kamu wajib ke Candi Prambanan ini juga.
kat sini la along nak pi ni…bestnyaa…sebelum ni tgok citer the amazing race