Yogyakarta : Candi Borobudur

Saya ingatkan pakej Punthuk Sunrise with breakfast tu adalah breakfast di atas puncak bukit sambil menikmati matahari terbit.
Rupanya yang adooo.
Supir bawak turun terus ke Candi Borobudur dan breakfast kat kedai kedai makan tetepi tu.
Sabauuuuu je lah.
Makanan pulak tak boleh pilih, memang dah sesiap diberi roti sapu butter / nanas / strawberry, buah dan kopi / teh o.

Duduk setable dengan 3 orang minah salleh.
Yang muda ni travel sorang sorang je.
Dah la tak berapa pandai English. Rasanya orang Italy.
Kira berani lah kan jalan sorang sorang.
Yang lagi 2 orang warga emas ni orang Switzerland.
Pun English tak berapa.

: : Sporting ha siap peace : :

: : Boleh laaa alas perut : :

DSC_0040 : : Lepas breakfast ayuhlah kita explore Candi Borobudur ini : :

Borobudur adalah sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Lokasi candi adalah kurang lebih 100 km di sebelah barat daya Semarang, 86 km di sebelah barat Surakarta, dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Candi berbentuk stupa ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800-an Masihi pada masa pemerintahan wangsa Syailendra. Borobudur adalah candi atau kuil Buddha terbesar di dunia, sekaligus salah satu monumen Buddha terbesar di dunia.

Info lanjut boleh baca di SINI

Borobudur adalah objek wisata tunggal di Indonesia yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong dari serata dunia.
Dan dan dan Kompleks Candi Borobudur ini telah didaftarkan dalam Situs Warisan Dunia (UNESCO) pada tahun 1991.
Jadi kalau korang ke Yogyakarta, Candi Borobudur ni paling paling wajib untuk korang lawati k?

DSC_0041 : : Sebelum masuk ke dalam Candi Borobudur, kena merentasi satu kawasan taman, yang dimiliki oleh penduduk tempatan : :

DSC_0042 : : Bayaran masuk : :

Masa masuk ni kitorang dah nampak la ada 3,4 orang guide berkeliaran.
Saya tanya Encik Z, nak guna guide tak.
Encik Z kata ok jugak, at least ada la orang yang boleh story tentang Candi Borobudur ni dengan lebih terperinci.
Tengah terfikir fikir tu, sorang guide menghampiri kami, perkenalkan diri namanya Pak Sony.
Tanya harga. Katanya RP100,000. Memang harga yang ditetapkanlah untuk guide.
So oklah, kami setuju.

DSC_0043

DSC_0046 : : Fuhhh.. jauh tuuu nak menapak : :

DSC_0048

DSC_0051 : : Kemain bersusun kat tangga nak bergambar hangpa na : :

: : Pak Sony menceritakan tentang Candi Borobudur secara terperinci : :

Memang terbaik lah Pak Sony ni.
Kalau korang ke Candi Borobudur, sila lah cari Pak Sony.
Masa sebelum sampai kat tangga tu, ada dia sebut tentang sesuatu, tapi saya dah lupa tentang apa.
Yang pasti both saya dan Encik Z sama sama meremang bulu roma.
Satu yang saya ingat dia kata kebanyakan orang kata Candi Borobudur ni kepercayaan agama Buddha.
Dan Candi Prambanan agama Hindu.
Dia suruh kitorang tengok patung kat sini. Berambut kan?
Kalau Buddha Cina tu kan tak berambut, kata dia?
So kisah misteri di sebalik Candi Borobudur ni mempunyai versi Buddha dan versi Islam.

Tapi seriously memang ternganga nganga saya dan Encik Z dengar perkongsian Pak Sony ni.
Nak cerita balik ada yang saya dah lupa dan takut jugak tersalah info.
Candi Borobudur mempunyai 1001 macam rahsia.
Ada kisah tentang Nabi Sulaiman, Puteri Balqis dan kehidupan selepas mati.

DSC_0054

: : Ukiran ukiran patung yang menunjukkan kesan kesan jika berbuat dosa. Masa Pak Sony bercerita tu memang perasaan saya bercampur baur : :

DSC_0059 : : Kepercayaan mengatakan makhluk ini  merupakan haiwan tunggangan untuk ke langit : :

: : Yang bertanda paku tu bukan batu asal. Diletak untuk mengukuhkan batu batu asal dibawahnya : :

DSC_0062

DSC_0064

DSC_0067 : : Ukiran batu yang disusun mengikut bongkahnya. Aneh dan unik bagaimana agaknya dibuat ya.  Ada kepercayaan mengatakan ada bantuan mistik yang membangunkan Candi Borobudur ini. Wallahualam : :

DSC_0075 : : Kalau korang gi sini jangan lupa pakai baju warna terang tau. Baru cantik dalam gambar. Pengalaman saya ke Angkor Wat dulu telah mengajarkuuu : :

DSC_0077

DSC_0081

DSC_0083

DSC_0084 : : Kata Pak Sony yang satu ni memang dibukak penutupnya, nak bagi orang tengok patung kat dalam : :

: : Belakang tu merupakan perkampungan. Dipercayai perkampungan asal Nabi Sulaiman. Penduduk kat situ semuanya nama bermula dengan Su dan berakhir dengan Man. Suparman. Sudirman. Sulisman. Dan lain lain : :

DSC_0089 : : Cantik ah gambar ni. Suka suka suka : :

DSC_0092 : : Runtuhan bongkah batu : :

Dari Candi Borobudur nak menapak keluar tu punyalah jauh.
Dalam 25 minit kot jalan. Kena lalu kedai jual jualan ni semua.
Tapi saya tak beli apa pun.

DSC_0091

2 thoughts on “Yogyakarta : Candi Borobudur

Comments are closed.