Blog Maya Dot Com

Sebelum Pulang

Payiet & Kemal nak gi IKEA. Eh eh sibuk la saya pun nak ngekor jugak hehe.
KakTin naik dengan depa, so nak taknak kena ikut jugak la kan.

Rumah yang Kemal beli dah siap, so dia dalam proses deko deko la ni.
Sama la dengan KakYa awak ni. Tapi bezanya rumah KakYa masih dalam proses pindah milik.
Tapi takpe kita pasang angan angan dan berangan dulu takpe kann.


: : Perbincangan serius untuk memilih kerusi komputer : :


: : Simple je tempat TV ceni kan : :

Jalan dalam IKEA ni tak penah nya membosan kan?
Berapa puluh kali datang pun tetap la nak belek satu satu.
Sambil belek sambil berangan nak hias rumah ceni, nak deko rumah camtu.


: : Dalam lif pun bolehhh. Selesai acara belek membelek kami pun berpisah di situ : :

Saya dengan Encik Z terus ke Gardens.
Akhirnya… bertukar jugaklah handphone Encik Z.
Samsung A8 pilihan hatinya. Sila lah bang.


: : Special Edition Galaxy Note 5 warna pink. Comel je : :


: : Staff semua pun pakai tshirt warna pink : :

Balik rumah tapau lauk dulu kat area TSU.
Pegi la makan kat hipster cafe mana sekalipun, tapi tetaplah lauk pauk Melayu kita menjadi idaman di hati.
Kembung goreng, taugeh masak lemak, sambal udang petai, ulam dan sambal belacan.
Syurga!
Yang atas kanan tu ikan bilis goreng garing pedas krup krap sedapnya.
Tu beli kat Syikin. Sedap!!

Lepas makan apa lagi, membadak je lah!
Krohhh..

    2 thoughts on “Sebelum Pulang