Port Dickson 2015 – Part II

Lepas lunch/Zohor terus ke PD Ostrich Farm.
Rasanya ni kali ke 2 kot saya datang sini.
Abang Long & Adil sefamily pun dah penah datang, tapi PD kan, mana lagi nak bawak anak anak bergembira, so repeat pun takpelah.
Lagipun dulu datang masa depa kekecik lagi.

Harga tiket semua korang google lah yer.
Saya lupa nak snap gambar harga tiket yang dipaparkan.
Dia macam ada 2 seksyen. Sama ada nak masuk PD Ostrich Farm saja, atau nak tambah bahagian bahagian lain untuk tengok haiwan lain.
Kitorang ambik yang ostrich saja.


: : Walaupun namanya PD Ostrich Farm, tetaplah ada kambing jua : :


: : Info tentang ostrich : :


: : Yasmin, awak tido kenapa? Bangun bangun. Beli rumput rumput ni konon nak bagi ostrich makan : :


: : Sudahnya ketakutan. Lalu dihulur dari  kejauhan saja : :


: : Yaya bagi pada Ayahnya untuk dihulur. Takut lettewww : :


: : Kaklong hulur pada kambing. Pastu kambing tu dok follow follow Kaklong. Takottt : :


: : Tengah happy happy jalan setiba tiba seekor ostrich datang mendekati : :


: : Dah semua bertebaran lari ketakutan hehe : :


: : Keldai : :


: :Yaya mencabar diri sendiri untuk menunggang ostrich : :

IMG-20151212-WA0017

IMG-20151212-WA0018

IMG-20151212-WA0024

IMG-20151212-WA0027


: : Reban itik : :


: : Mama bengang ostrich takmau makan rumput hehe : :

IMG-20151212-WA0014
: : Rabbit pun ada : :

IMG-20151212-WA0019
: : Ular pun ada jua : :

Lepak rehat dan minum kejap.
Masa ni panas lit lit I tell you.


: : Tetiba ada ostrich port baik punya kat sini : :


: : Try makan sate ostrich. Tak ingat dah berapa harganya sebab Kaklong yang bayar. Rasa dia biasa biasa je kot : :

IMG-20151212-WA0020
: : Ocah dah Maamar yang masing masing keliru Kakak yaya pijak telur apa itu : :

WP_20151212_15_15_06_Pro
: : Lalu Maamar mencubanya tapi lepas tu ketakutan hehe : :

Dah puas tawaf dalam ni ayuhlah kita pulang ke resort.
Cadangnya nak main tepi laut dan sambung swim swim.

DSCN2036
: : PD Ostrich Farm ni mengadap belah tepi Politeknik Port Dickson. Diam tak diam dah dekat 20 tahun dah saya tinggalkan zaman Politeknik haaa : :

Saya nakn bergambar 3 beranak, tetiba eh eh si Ocah datang nak menyelit.
Nampak sikit gambar ia belah kiri tu. Gambar ni Caca yang snap, pandai dia ejas.
Ocah ni bila ajak bergambar dok lari lari, bila tak diajak mengada pulak nak nyelit.

Tshirt kitorang tu saya beli kat Yogyakarta.
Baru ada kesempatan nak pakai.
Tapi Yaya sentap la sebab panas berdenting suh pakai baju lengan panjang kan.
Ala Yaya, kita kan nak mengaburi mata Opah je he he.

IMG-20151212-WA0007

2 thoughts on “Port Dickson 2015 – Part II

Comments are closed.