Blog Maya Dot Com

Ironi

31hb Januari dalam maghrib camtu dapat inbox dari Naim.
Katanya mama Chelly meninggal. Mula mula macam tak berapa sure sebab message dari Kakak Naim macam tak clear.
Cek tengok kat Facebook Chelly, confirm mama nya meninggal.

Janji janji dengan Naim nak pergi melawat esoknya.
Memandangkan dekat dan esok tu pun cuti Hari Wilayah, macam tak manis pulak kalau tak pegi.
Esoknya pagi pagi Naim jemput saya kat rumah dan kami terus tuju ke Masjid Kem Wardieburn.

Jenazah dah ada dalam Masjid.
Tunggu segala urusan selesai sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota.

IMG_3110

IMG_3113

Saya, Naim dan Chelly kenal dan berkawan dari umur 16 tahun.
Hampir 21 tahun lamanya.
Sekolah Vokasional Taiping yang menemukan kami.
Dah lama jugak saya tak jumpa diorang.
Takat baca update depa kat Facebook dan Instagram saja lah.

Mama Chelly ni memang saya kenal baiklah.
Tapi Naim lagi rapat dengan family Chelly sebab rumah depa kat Taiping boleh kata dekat jugak.
Kat KL pun Kakak Naim berjiran dengan Kakak Chelly.
Parents Naim dengan Chelly pun memang rapat.
Kitorang memang panggil Mama Chelly dengan panggilan Mama.

Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya hadir di majlis pengkebumian.
Jadi perasaan tu lain benar rasanya.
Dan yang lebih membuatkan tersentuh hati bila sekian lama saya tak jumpa dengan Naim & Chelly, kami ditemukan di rumah Allah.
Dan kemudian membawa ke tanah perkuburan.

Semasa di tanah perkuburan, kedengaran loceng sekolah berbunyi.
Saya berpaling, sebelah ini Sekolah Menengah Setapak Indah.
Mengingatkan kembali kenangan kami di sekolah dulu.

Ironi.

Al Fatihah untuk Mama Hasnah.

Saya dan Naim meneruskan perjalanan ke Sunway Putra Mall.
Makan dan berbual. Berbicara tentang masa lalu. Dan masa depan.
Naim nampak berbeza dari dulu. Dia kelihatan lebih matang.
Dan mendengar cara dia bertutur pun membuatkan hati saya merasa lapang.

IMG_3121

img_3726.jpg

Senyum sorang sorang bila teringat kenangan dulu.
Kelakar pun ada jugak. Sweet 17. Memberontak je la kerjanya.
Asal weekend melepak kat Food Court Bus Stand buang masa.
Dah tak wujud pun food court tu.

Pastu pegi karaoke. Suara tak sedap pun apa kisah.
Nyanyi je la sampai terkeluar anak tekak. Lepas tu gelak gelak.
Orang lain pegi latihan sukan, kitorang pegi karaoke.
Cikgu jejak sampai ke tempat karaoke.
Cikgu tendang pintu. Kitorang sembunyi. Tapi kena tangkap jugak la hehe.

Berlima kena masuk mengadap Pengetua.
Kes conteng kain. Toreh tangan. Toreh nama boyfriend. Puii sangat perangai ok haha.
Konon cinta mati. Tapi ujung ujung yang adooo.
Asal Cikgu tegur, menjawab je kerjanya. Saya la paling kuat menjawab.
Konon protective kawan kawan.

Lepak Mcd, lepak Taiping Jaya. Lepak Taman Tasik. Mandi sungai Kat Bukit Jana.
Naik motor berlima. Saya duduk paling belakang, habis kain terselak hehe.
Nonton wayang lepas habis sekolah. Bukak tudung sangkut kat seat depan.
Keluar wayang sarung tudung balik.

Pegi camping kat Trong.
Camping untuk student yang dapat Pangkat 3 dengan SAP masa peperiksaan percubaan SPMV.

Mandi sungai. Pastu nampak ada benda lain tumpang bergambar. ‘Objek’ berkepak bersayap kat belakang kitorang.
Dulu saya simpan gambar tu, tapi lepas tu buang sebab setiap kali tengok mesti rasa seram.

Haishh..

Saya tulis ni jangan lah ada salah faham pulak kata saya bukak pekung di dada ke apa.
Sekadar mengimbau kenangan saja. Yang buruk jadikan tauladan.
Allah SWT tak tengok siapa kita yang dulu, Allah tengok kita yang sekarang. Kan?
Senakal nakal kami, alhamdulillah kami jadi ‘orang’ jugak.
Terutamanya Naim tu. Dia paling nakal, tapi dia lah paling berjaya.

Walaupun segala kenangan manis zaman persekolahan dulu tak boleh diulang semula, tapi semuanya tetap saya pahatkan di dalam hati.
Saya lipat kemas dan simpan di lubuk hati yang paling dalam.
Yang takkan hilang sehingga hujung nyawa.

Semoga kawan kawan saya ini beroleh kedamaian di dunia.
Dan meraih cinta abadi di syurga.
Biar apa pun yang telah terjadi, sengketa dan air mata, saya percaya, tiada suatu pun yang Allah SWT jadikan itu sia sia.
Tiada dendam di hati. Semuanya saya dah let go.
Harap mereka juga seperti saya. 🙂

tumblr_nu59n2IuuX1ufblnxo1_1280

P/S : They call me Kakak because I’m the eldest in the group. Tua bulan je pun 😀
Tapi dengan panggilan tu buat kami lebih rapat sebenarnya. Rasa dekat.