Bye 2015. Hello 2016!

Malam tahun baru tu saya kat rumah TLJ, Taiping.
5 minit sebelum masuk 2016, kitorang anak beranak lepak kat luar.
Tepat pukul 12 tengah malam, bunga api terpercik sana sini.
Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk berjumpa dengan 2016.

Kenangan pahit manis 2015 kita simpan erat erat.
Yang baik jadikan teladan, yang tak baik tu kita jadikan sempadan.
Sama sama belajar dari kesilapan, let it go dan move on.

Kemain ha siap ada pencahayaan dari handphone Caca.
Macam maca la budak budak sekarang kan.
Qis tu pakai seluar apa tu kembang besau bawah.
Eh baru teringat, tu seluar Yaya kecik kecik dulu hehe.

Esoknya bawak diorang keluar pegi kedai buku.
Ada a few stationery Yaya yang belum beli lagi.
Saya memang selalu suruh dia beli 2 set.
Satu set memang bawak pegi sekolah, satu set lagi tinggal kat rumah.
So takde la bercampuraduk ke apa.
Beli stationery saja pun dah RM100. Haihh memang sekarang serba serbi mahal kan.

Oleh sebab masing masing dah kenyang makan nasi, laksa bagai kat rumah, so takyah makan dah.
Pegi AEON lepak pekena Starbucks je.
Untungla kan bebudak sekarang. Minum Starbucks bagai.
Zaman kita dulu minum kopi o je kan.
Tapi tu pun taknak minum, katanya kopi o air orang tua hehe.
Masing masing nak tulis nama sendiri. Hah yer lah.

img_1562.jpeg
img_1561.jpeg

Encik Z takde la suruh tulis nama bagai ni.
Saya je saja suruh tulis dah memang air dia kan.
Macam biasa, saya ni sedut sedut je air depa.
Being mak mak, tau bukan habis sangat pun depa ni.
So biar mak sedut yang ujung ujung sudah.

Kitorang lepak lama kat sini sebab Encik Z tengah dok godek handphone Qis.
Caca dengan Qis dok gaduh berebut handphone sebab dalam handphone Caca ada game yang Qis suka main.
Pastu Kaklong mintak belikan diorang handphone guna duit yang kata saya niat nak beli something kat Kaklong tu.

Derr?? Haruslah saya tak puas hati dan takmau kan.
Apa keperluan budak budak umur 5 tahun dengan 9 tahun nak pakai handphone mahal?
So cerita dengan Encik Z. Dia pun tak setuju.

Saya cakap dengan Caca & Qis, tunggu Mommy balik Taiping.
Bincang tengok macam mana.
Rupanya lah handphone Qis tu Made in China.
Takde Playstore.
Tapi berkat kesabaran dan ketelitian Ayah depa,  berjaya jugak la Encik Z godek ntah macam mana tah.
Dan terus install game itu.
Selesai masalah. Ni mesti Kaklong malas nak pikir, cari jalan mudah je.
No no no. Kenot like that. Kena usaha cari jalan dulu. Usaha tangga kejayaan.

Tapi last kopek, kalau kata tak boleh jugak, saya suruh Encik Z bagi je handphone Samsung dia tu pada Caca.
Saya beli handphone lain kat Encik Z.
Oleh kerana masalah selesai, so handphone baru Encik Z later later lah yer.

Depa lepak luar masa ni sebab dalam Starbucks tu kemain haa sejuknya.
Elok pulak dedua pakai sleeveless & short. Menggigil gigil dalam tu.

Selesai urusan menggodek, saya dengan Encik Z lepak luar jugak.
Masa ni dok explore belek belek iPhone 6s Plus saya tu.
Saya ni mana penah pakai handphone canggih kan. Bukan reti pun.

iPhone 6s Plus ni kan bila kita snap gambar, dia akan captured video dalam lebih kurang 6 saat.
Kira walaupun kita snap gambar, tapi bila kita long press kat gambar tu dia akan jadi video.
Haaa canggih ke idok. Tu yang kitorang dok terkagum dan dok eksperimen  bagai.


Lagi satu panorama. Tapi banyak je handphone yang ada panorama kan?
Tapi saya sampai sekarang masih senget benget lagi kalau nak ambik panorama ni. Sian.

Saya tunjuk kat diorang video Dewi Remaja dulu dulu.
Tahun 80an. Tengok kat Facebook.
Kelakar bila tengok Dewi Remaja tu semua buat catwalk.
Macam orang mabuk pun ada. Macam jalan baru lepas bersalin pun ada.
Memang terkekek kekek la kitorang dok gelak.

Singgah Daiso sebab Caca nak beli hadiah untuk Kaklong.
Boleh Yaya dok buat catwalk macam Dewi Remaja 80an tu haa.
Adoi la bila tengok balik lawak sungguh.
Malas saya nak upload kat sini.
Kalau korang nak tengok pi kat Instagram saya sana @normaya11
Baru je saya upload.

2 thoughts on “Bye 2015. Hello 2016!

Comments are closed.