Assalammualaikum KSU!

Bila Faizura bagi hint kata urusan rumah dah nak selesai je, saya dengan Encik Z pun memulakan pencarian rumah sewa.
Kira dalam pertengahan September 2015 la kitorang start cari.

Tapi semua pun saya serahkan pada Encik Z.
Kan ke tugas ketua keluarga untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarganya? Bukankah?
Saya ni tak kisah duduk mana pun.
Janji tak jauh sangat la dari office.

Memula Encik Z call 2 tempat.
Flat kat Danau Kota. Dengan flat kat Bandar Baru Sentul.
Tapi agaknya hot area kot.
Kali kedua call nak tengok rumah eh eh dah tak jawab dah?
Message pun tak reply dah.
Kot yer pun kan, reply la kata rumah dah ada orang ke kan.
Idak le kita ternanti nanti huhu.

Kemudian 2 tempat lain pula.
Rampai Court. OK la dah pegi tengok rumah semua.
Apartment, tapi apartment lama. 4 tingkat. Dapat tingkat 2.
Ada lif. 2 bilik.  Sewa RM1000.  Tapi tu la, kecik nau nau.
Kang family saya semua datang mana pulak nak duduknya ha.

At the same time Encik Z ada deal dengan 2 orang ejen untuk Kondominium Sentul Utama (KSU) yang letaknya di Sentul Utama, bersebelahan Taman Dato’ Senu.
Deal hari yang sama jugak. 19 September 2015.
Memula tengok dengan Ejen 1.
Dibawak pegi rumah yang masih ada penyewa.
Kita ni pegi nak tengok rumah la kan, boleh bila kitorang masuk dalam rumah tu, masing masing tutup pintu bilik.
Kita ni nak tengok dalam bilik betul tak? Dah kenapa kau tutup pintu??
Kensel ah.

WP_20150927_17_38_15_Pro

WP_20150922_18_46_15_Pro

Ejen 1 bawak tengok rumah kedua.
Owner duduk situ. Dia nak pindah tempat lain.
Tapi macam tak berapa sebab ada sangkar (ke kandang?) anjing di situ.
Walaupun anjingnya jenis putih comel tu tapi hmm hmm jugak lah saya di situ.

Dalam pukul 9 malam camtu jumpa pulak Ejen ke 2.
Melayu. Lelaki. Dia ejen tapi dia pun duduk situ.
Masalah yang ni pulak, tak boleh tengok rumah yang nak disewa.
Katanya kunci apa semua ada pada owner.
Owner pulak duduk Ipoh.
Tapi dia yakinkan kata rumah sewa tu sama macam rumah yang dia tengah duduk ni.

Tak lama lepas tu sampai la sorang lagi Ejen.
Ejen 3 ni kira macam boss kepada Ejen 2 lah.
Perempuan India. Pong pang pong pang gitu gini.
Katanya kalau betul nak kena bayar dulu duit booking.
Of coz lah saya ragu ragu di situ kan.
Tapi dia nak bagi sewa RM1200. Rata rata area sini sewa RM1500.

Sebab dah malas nak cari tempat lain, dengan tawakal di dalam dada, saya dengan Encik Z nekad je lah.
Terus transfer duit via Maybank2u depan dedua Ejen ni.
Harap takdelah kena tipu ke apa kan.
Sebab kat internet banyak betul saya baca kes menipu rumah sewa ni.

Lokasi ok. Nak pegi office 6.5km. Dalam 20 minit camtu la kalau tak jem.
Kalau jem dalam 35 minit jugak la.
Ada 3 laluan alternatif. Boleh lalu ikut Bandar Baru Sentul, Jalan Sentul atau Sentul Link.
Nak apa lagi kan? Ok la tu.

Deposit 2 bulan RM2400
Sewa sebulan RM1200
Deposit Api Air RM600
Agreement RM300
Akses card parking RM200
Akses card entrance RM20

Bengkok!

Minggu depannya, 22 September, barulah kitorang boleh tengok rumah.
Lega selega leganya. Selagi tak dapat tengok rumah, dag dig dug dalam hatiku tau nggak.
Cek apa lebih kurang, saya mintak Ejen tu upah orang untuk basuh satu rumah.
Ikutkan takdelah kotor sangat, tapi takpelah, basuh je la lagi sekali.
Owner tu baik hati bagi kitorang masuk awal.

Trip pertama perpindahan ialah pada 27 September 2015.
Dan setiap hari seterusnya macam yang saya cerita kat entry Selamat Tinggal Jasmine Apartment.

Kondominium saya duduk ni letaknya di Tingkat 2.
Ada 3 bilik 2 bilik air.
Keluasan lebih kurang dalam 876sf camtulah.
Dapur dah renovate, tapi takde la kitchen cabinet semua tu.
Tapi dia dah buat elok elok la top dengan sinki.
Grill semua pun cukup. 2 bilik air ada water heater.
Hall dan semua bilik ada kipas.
Dalam KSU ni sendiri pun ada mini market.
Swimming pool pun ada.

Kekiranya alhamdulillah la. No komplen gitu.

Cuma ada cerita sentap dan tak puas hati sikit pasal tangga, lif dan tingkat 2 ini.
Ok sila baca sampai habis entry ini ya.

IMG-20150927-WA0012

20150927_113518

WP_20150927_18_04_10_Pro : : Master bedroom : :

WP_20150927_18_04_00_Pro : : 2nd bedroom : :

WP_20150927_18_04_15_Pro : : 3rd bedroom : :

WP_20150927_18_04_35_Pro: : Bilik air luar : :

20150927_112321
: : Dapur : :

WP_20151003_22_06_01_Pro : : Bersepah ke tidak???? : :

Masa pindah angkut barang yang ujung ujung tu kan ke saya tak ikut Encik Z.
Sekali bila sampai KSU tengok, ya Allah… banyaknya barang!!!
Kat mana korang sembunyi selama ini haaaa???
Nampak nau pemalas piang kemas rumah kan?? Ntah hapa hapa benda je dok tersimpan selama ni.
Whatsapp kat Yaya. Dia tanya “Apa tu Mommy??????”
Dia pun gamak urut dada tengok apa ke hey banyak nau barang barang ni.

Ambik masa dalam 3 minggu jugak la nak bagi clear semua ni.
Oleh sebab banyak barang saya tinggal, so kena beli jugak la a few things.
Macam tempat sangkut baju dan tilam queen.
Oh peti ais dengan washing machine pun beli baru gak.
Tapi beli yang murah murah je. Dua barang ni tak sampai RM800 pun rasanya.

Washing machine semi auto. Lepas basuh kena la manually masukkan dalam tempat spin.
Ala dulu dulu dulu masa kecik pun pakai washing machine semi auto apa. So no hal.
Peti ais tu memula nak beli yang kecik petak tu je.
Tapi compare compare harga, ok la beli la yang 1 pintu tu.
Nasib baik gak la beli yang 1 pintu besar ni ha, tu pun jenuh sumbat sumbat barang.
Dah biasa peti ais besar kata kooooo.

Dan inilah rupa parasnya ruang depan dan ruang makan KSU, kondominium sewa ku.
Simple sesimplenya. Dah kata sofa semua pun tinggal kan.
Nasib baik jugak la meja makan kecik ni Encik Z suruh angkut.
Kalau tak, mau makan kat bawah beralaskan surat khabar je lah.
Langsir tu carry forward dari Jasmine. Sepanjang duduk Jasmine tak penah bertukar langsir kot?
Matiklaaa haha.
Basuh kering gantung. Begitulah diulang sepanjang 80ratus kali selama 8 tahun ini.
Kesiannya kau Normaya hahhahahaha *gelakkandirisendiri

IMG_3516

IMG_3515

Gambar bilik semua takyah la. Macam tak semenggah je nak share kat sini.
Katil almari apa semua pun takdok.
Tunggu la nanti I dah pindah rumah sendiri, dah boleh hias lawa lawa, I menciwi dengan uolls.
Hiks.

Dua hidangan pertama yang dimasak di KSU.
Kangkung tumis air. Ikan sardin goreng.
Udang goreng kunyit (amboi banyaknya minyak) dengan bendi goreng.

WP_20151108_12_43_54_Pro

WP_20151108_19_34_39_Pro

OK cerita yang tak puas hati tu gini.
Dapat Tingkat 2 tu saya dah happy dah la kan.
Nak nak pulak dekat dengan tangga dan parking.
Tapi boleh pulak elok saya dah pindah masuk, pintu kat tangga tu dikunci dari bawah.
Kata management untuk keselamatan sebab tu pintu rintangan api.

Maknanya lepas parking kereta tu, saya kena jalan jauh ke lobi lif.
Pastu naik lif atau tangga, then kena jalan patah balik untuk sampai ke rumah.
Kalau rumah tinggi yang memang kena naik lif sokayy la memang takde choice.
Tapi ni rumah tingkat 2 je pun. Dekat dengan tangga, tapi tak boleh naik sebab pintu dikunci dari bawah.
Pfftttt..

Faham tak agak agak saya tulis ni?
Kalau tak faham nah tengok gambarajah di bawah.

tangga

Keselamatan apa lagi saya pun tak faham.
Sebabnya nak masuk KSU ni sendiri pun dah sah sah kena lalu security semua kan.
Pastu pejalan kaki pun tak boleh sewenang wenangnya masuk.
Setiap penduduk ada akses kad sendiri.

Encik Z kata dah gitu style depa. Nak buat cemana.
Ikut je lah. Lagipun ok apa jalan jauh sikit, boleh kurus T______T

Diam tak diam dah 4 bulan saya duduk kat KSU ni.
Kontrak sampai hujung bulan September 2015.
Lepas tu mana agaknya saya nak menumpang teduh dari panas dan hujan kan?
Stay tune…… 😀

4 thoughts on “Assalammualaikum KSU!

  1. Owh..itu ceritanya.
    Meh nak gitau sbb apa depa buat camtu.
    Menda ni baru lagi buat. Dalam tgh tahun ke cemtu lah. Yg pintu depan lif ada grill tu pun baru gak. Dulu takde susah camtu nak masuk. Skrg ni, org nak dtg tak boleh nak suprise suprise dpn pintu. Sure kita kena jemput depa kat lif sbb kalau takde orang naik, depa tak boleh tumpang masuk.

    Menda ni terjadi sbb kami komuniti nak lebih keselamatan. Sebelum byk juga kes pecah masuk (pejabat mgt pun kena pecah gak). Banyak tu takde la maksudnya kerap, tapi mmg ada. Ada yg masuk ikut pintu belakang tu, terus ke naik rumah orang ikut tangga. Kadang orang yg dpt access masuk melalui gate (contoh kontraktor), tapi depa boleh terus access naik ke memana blok melalui pintu rintangan api tu.

    Jadi, JMB dan mgt decide buat gitu. Tak boleh masuk dr luar, tapi dari dalam boleh keluar (in case kecemasan mcm kebakaran).

    Takpe, nanti ada committee meeting boleh join. Sini aktif JMB nya, dan surau pun aktif. Kami pun dah lama masuk khairat kematian kat sini.

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif

  2. ending drama plak…stay tune hehehhe

    eh lawakan KSU ni…slalu lalu tepi duke je…n kdng2 lalu dalam tu….

    • stay tune nya tak tau la berjaman la lagi kot nak update haha..

      akak dulu pun selalu lalu tepi highway tengok cantiknya condo ni.
      alhamdulillah merasa tinggal kat sini 🙂

Comments are closed.