Zawara Coffee

Kalau tahun lepas birthday saya siap check in hotel bagai, tapi tahun ni sebab birthday jatuh hari Selasa, so takyah nak check in sangatlah.
Lepas habis kerja 19 Januari tu, terus ke Zawara Coffee kat Platinum Walk untuk sesi mini celebration birthday bersama suami berdua.

First time saya masuk Zawara Coffee ni.
Sekarang kan begitu banyak lambakan cafe cafe hipster gini kan.
Tapi Zawara ni asalnya jual jubah tudung saja, lalu melangkah setapak lagi lah ni masuk bisnes cafe pula.

Masuk masuk je semua staff jerit dan menggreet ‘Welcome to Zawara!!’
Tanjat ok.
Macam style Sushi King, McDonalds semua tu lah.
Dah la masa tu takde orang, jadi semua pun tertumpu kat kitorang 2.
Tanjat plus segan kot sebab kitorang jalan lalu je melulu masuk. Hiks.

Menu simple je.
Kertas A3 laminate depan belakang.
Gambar food semua pun takdok.
Tapi kalau korang nak tengok gambar food semua boleh je pegi kat website depa.
www.zawaracoffee.com

img_2892.jpeg

img_2889.jpeg

Lepas dah belek menu dan memilih food idaman hati, pergilah ke kaunter untuk mengorder.
Yerp, sini adalah self service.
Lepas dah order bagai, akan diberi butang dibawah.
Bila order dah siap ia akan bernyala dan bergetar.
Bawak lah butang ini ke kaunter dan ambiklah food anda.

img_2893.jpeg

Ini yang kami makan.
Saya ambik Kacang Pool. Dikawankan dengan Mojito Passion.
Encik Z ambik Spaghetti Spicy Crab. Dipadankan dengan Tamar Machiatto Iced.
Pastu kami up dengan Churros Butterstoch.
Believe it or not, ni first time saya makan churros yang sering disebut sebut di media social.
OKlah, boleh lah.
Saya makan 2 ketul je, tak boleh pegi. Manis sangat kot?

Yang bagusnya depa buat style macam ni.
Kira kalau kita tak habis makan, boleh terus je bungkus dengan kotak, siap bawak balik.
Tak payah nak mintak tapau ke apa.
Bagus bukan?

Total makan di hari kejadian.
Pengsan. Makan simple simple je RM70 kau.
Ni sesekali bole la. Seselalu kalu, koyak poket.

Dari rumah pakai shawl style lain.
Sampai office tukar style lain.
Lepas Zohor style lain. Lepas Asar nak balik dah style lain pulak.
Bersungguh jugak buat style terbang kepuk kepuk.

Encik Z geleng kepala je tengok ha.
Katanya ingat awak ni muda lagi ke feeling pakai tudung hijabista bagai ni.
Alaaa bagi la cann. Hari jadi kot. Pffttt..

Keluar je dari Zawara Coffee ni hujan terus turun dengan lebatnya.
Masuk kereta, terus je lah pulang. Dah pukul 7 lebih dah pun masa ni.

Balik rumah, cek post box.
Ada sampul poslaju. Yaya hantar kad birthday.
Katanya patut ada hadiah sekali tapi Opah lupa nak letak.
So dia whatsapp gambar je.
Takpe, later kita jumpa awak bagi kat Mommy k?
Ucapan Korea tu tak boleh tahan T______T

img_2917-1.jpeg

Saya tidur memang suka guna penutup mata ni.
Expecially kalau travel. Untuk kelenaan yang lebih jitu.
Saya ada satu yang favourite, jenama Doraemon.
Tu jenis yang lembut ada air tu. Memang sedap pakai.
Tapi ntah taktau mana saya campak. Hilang sudah huhu.
Mekasih sayang. Awak memang seorang anak yang prihatin 😀

Encik Z pulak bagi saya hadiah hand blender ni.
Rasanya dia kesian tengok saya tertonggeng tonggeng terbalik balik tumbuk sambal belacan guna batu lesung.
Tapi memang senang pun guna hand blender ni.
Dah 3 kali dah saya buat sambal belacan.
Campak je cili merah, cili padi, belacan, garam.
Pastu blend. 3 saat siap!Campur air asam jawa.
Terus boleh makan dah haaa.
Macehhh awak. Awak memang suami yang memahami.
Muahciked.

img_2805.jpeg

6 thoughts on “Zawara Coffee

  1. Haah kan kak zawara tu mahal la..pokai la kalau dok ulang selalu..sesekali nak merasa bolehlah
    Comel je yaya masa kecik.
    semoga doa nak ke Korea dimakbulkan aminnnnn

    • sebab menu dia pun tak banyak sangat kan.
      boleh la sesekali try lain2 menu.

      tu la masa kecik comel macam cina.
      insya Allah.amin…

  2. Baru plan nak blnja asben kt sini masa bufday dia bln Feb ni. Tetgk Mya da buat review. Bagus gak la..senang bajet. Hihi.
    Dkt pun ngan umah kita sini. Slalu kafe hispter ni byk kat S.Alam lah..Damansara lah.. Huhu

Comments are closed.