Blog Maya Dot Com

Shopping Part II

Keesokan hari, 20 Disember 2015, hari Ahad.
Keluar awal sikit. Awal tak awal la dalam 11.30 pagi camtu.
Terus je ke Setia Alam sebab nak lunch kat Restoran Kidz And Creme.
Dalam sejam jugak la perjalanan dari KSU.

Kedainya atas Cafe Zawara Coffee.
Tapi Zawara Coffee ni belum beroperasi lagi.
Esok esok nanti bersainglah secara sihat yo.

Signboard Kidz and Creme ni tak jelas sangat.
Guna yang bunting tu je. Taktau la kot tengah dalam proses nak pasang signboard ke.
Pastu ia kat tingkat atas kan.
Lagi la macam ragu ragu betul ke idok tempatnya.
Tapi betullah tu. Boleh naik tangga atau lif ke tingkat 2.

Dah lepas order tu, sementara tunggu food sampai, meronda la kawasan sekitar.
Sebelah tu ada butik, wife Aaron Aziz punya. Diyana Halik tu lah.
Tapi baju jubahnya semua banyak pun saiz S. Sentapsss.
Yaya tu duduk sama je style duduk macam kat Suka Sucre hari tu.
Macam anak orang ada ada. Walhal mommynya yang adoooo hehe.

img_0221.jpeg

img_0220.jpeg

Buku menunya pun simple gini ajer.
Makanan pun tak banyak choice.
Rasanya dia memang jenis fokus pada signature dish je kot.
So senang, boleh make sure signature dish tu dimasak dengan sempurna gitu.

img_0229.jpeg

Fresh Orange RM8.90. Jusnya sedap manis segar.
Salted Caramel Latte Ice RM12.50. Pun sedap manis lemak berkrim.
Saya minum air masak je demi menjaga kesihatan. #tipu

img_0223.jpeg

Encik Z makan Carbonara Soft Shell Crab RM23.90.
Saya makan Baked Salmon RM27.90. Sedappppp sangat Baked Salmon depa ni.
Yaya makan Olio Seafood RM21. Pun sedap.
Saya takde la kata Carbonara Soft Shell Crab tu tak sedap, cuma mungkin kureng di tekak saya sebab benda rangup tetiba bercampur kuah carbonara tu, jadi macam kureng kick sikit lah rasanya.
Tapi siapa yang rasa ok tu, ok je lah kan.
Macam Encik Z dia kata ok jer.

img_0226.jpeg

img_0227.jpeg

img_0225.jpeg

Up dengan Nutella Tart yang selalu digembar gemburkan dalam instagram Kidz n Creme.
Memang sedap pun. Tapi saya ni bukan pemakan kek dan manisan sangat, so 2,3 suap cukup buat rasa.
Habis la licin Encik Z & Yaya makan.
Harga RM14.50.

img_0224.jpeg

img_0230.jpeg

Kidz & Creme, Jalan Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Patut plan asal semalamnya tu nak pegi kedai pakaian barang sekolah kat Klang tu lah.
Tapi sebab dah settle semua kat Cheras & Midvalley, so ingat tak jadi.
Tapi setiba tiba Encik Z berkeras nak pegi jugak jugak.
Katanya nak beli kemeja kerja. Situ murah.
OK lah, set waze. Tapi tersilap set lah pulak.
OK fine dibawak ke kedai tajuknya sama, Pasaraya MU.
Tapi yang HQ kat bandar Klang. Hazab jugaklah redah jem dan pusing nak cari parking.
Sampai sudah takde parking, so Encik Z je lah pegi.
Saya dengan Yaya tunggu dalam kereta.

Selesai kat Klang, kami terus ke Sunway Putra Mall.
Cadangnya nak nonton movie In The Heart of the Sea, tapi shownya lambatlah pulak.
Malas nak tunggu.
Terus ke Uniqlo sebab semalamnya pun Encik Z tak selesai lagi cari baju winternya.
Saya dah selesai kan, so tunggu je lah ia shopping.
Boleh tahan cerewet jugak husband saya ni.


Selesai kat Uniqlo, singgah kat kedai Samsung pulak.
Nak beli handphone untuk Mama, Yaya & Adil.
Ni pun memang dah niat jugak.
Handphone Mama tu dah 3 tahun usianya. Nokia putih.
Ingat lagi saya beli kat Pavilion dulu.

Handphone Nokia tu bukan smart phone, jadi payah nak install whatsapp segala.
Memandangkan line phone Mama sekarang ada internet 3GB, so rugilah kalau tak boleh whatsapp kan.
Tu yang kena tukar jugak ke smart phone.

Yang Yaya punya pun dia pakai samsung Hello Kitty tu.
Dah 2 tahun lebih jugak usianya.
Nak tukar bukan apa, snap gambar tak cantik.
Pastu whatsapp pun adoi halus halus nau tulisannya.
Dia pun cemerlang kan belajar, exam, aktiviti segala, so okaylah bagi dia reward.

Dan untuk Adil pulak, sebab handphone dia memang dah ala ala kedaung.
Dia sembang dengan Abang Long kata nak beli handphone baru semua.
Dan saya pun memang dah niat nak belikan something kat adik beradik saya sebab dapat duit jual rumah tu, so yaa inilah yang sesuai untuk Adil.

J1 Ace untuk Mama. J2 untuk Yaya. Dan J7 untuk Adil.
Ada gak tanya kat Encik Z dia nak tak? Dia kata nanti nantilah.
Nanti nanti kalau duit I habis, u jangan menangis di sini, pergilah menangis di sana.

By this time dah dekat Maghrib.
Rasa semua barangan dah beli, cek balik cinema online, eh In The Hear of the Sea ada kat MBO KL Festival (dah tukar nama Setapak Central pulak), so ayuhlah ke sinun.
Tapi masa ni dah lapar, so makan dulu kat Restoran Hayaki.
Encik Z macam biasa dengan mee rebus ke mee jawa ntah.
Saya biasa ambik nasi je, tapi hari tu teringin laksam.
Yaya yang makan nasi.

img_0244.jpeg

In The Heart of The Sea ni ok jugaklah ceritanya.
Baru saya tau orang dulu dulu ambik minyak dari ikan paus ek?
Punyalah seksa nak dapatkan minyak ha.
Kena bunuh ikan paus dulu.
Sehinggalah seekor ikan paus raksaksa mengamuk dan menyebabkan kapal karam.
Lalu bermula lah episod mereka yang terselamat untuk meneruskan hidup di tengah lautan.

Hasil shopping di hari kedua.
Yang hari ketiga tu hari Isnin tu lah, yang sebelum pegi makan kat Restoran Hidangan Lalapan tu.

Kita jumpa lagi hujung tahun ini untuk sesi shopping menyopping..
Kalau ada rezeki dan panjang umur. Amin…

    6 thoughts on “Shopping Part II

    1. Masy

      sy pon x sampai2 lg kedai aaron aziz ni, walhal tidaklah jauh mana kot. nantilah hehehe http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif

      setapak sentral?? kemooonnnn sedap lg nama KL Festival kot. haduihhh