Shopping Part I

Cerita shopping ni cerita santai santai aje yer.
Jangan ada rasa negatif ke apa k.
Nanti awak dosa, saya pun dosa. So takmo lah.
Hidup ini mudah, so kita lapang lapangkan dada.
Baca cerita cerita saya kat blog ni dengan positif, insya Allah hidup kita semua lebih tenang.
Gitu tazkirah. Tapi saya serius ni tau.

OK sambung. 4 hari berturut turut keluar sebab nak cari barang itu ini.
Siap saya dah buat list tempat dan barang yang nak dibeli.
Tapi biasalah kita merancang, Allah jua yang menentukan.

19 Disember, Sabtu.
Keluar pun dah lewat. Terus gi lunch nasi campur kat Titiwangsa.
Dan teruslah menuju ke destinasi yang pertama.

Memula yang wajibnya nak cari barang sekolah Yaya.
Baca kat blog Kak Red, dia shopping barang sekolah anak anak ia kat area Sri Permaisuri Cheras sana.
So ajaklah Encik Z. Saja ubah angin.
Walhal plan asalnya nak pegi Klang.
Tahun lepas saya beli barang sekolah Yaya kat Klang.
Tu refer kat blog Zaza dulu. Memang murah barang barangnya.
Cumanya bercintalah dari KL nak ke Klang kan.
Tu yang saja nak tukar angin.

Kedai kat Sri Permaisuri ni kecik je.
Tapi peningnya sebab ramaiiiii orang.
Pastu baju baju display tak banyak.
Kalau kata nak sekian sekian saiz, kena mintak kat pekerja, which is lambat lah kan.
Kasut sekolah pun tengok tak banyak choice.
Tapi alang alang dah sampai tu dan baju putih kurung plus kain pink biru semua saya dah mintak dari pekerja, so saya beli je lah.
Tengok harga, boleh tahan gak la. Takde la murah nau pun huhu.

img_0181.jpeg

Lepas tu terus pegi Midvalley.
Saya nak cari barang barang kat Uniqlo.
Winter coat, long john, sweater segala lah.
Hari yang sama gak beli GoPro Hero4 Silver tu.
Tapi lupa pulak nak snap snap gambar huhu.

Gi beli jeans Levi’s gak selai.
Sekarang saya ada 2 helai je jeans yang muat.
Tu pun dah kusam pudar dah. So up lah selai sebabnya kalau travel nak tak nak kena gakla pakai jeans untuk pergerakan yang lebih mudah.
Gitu..

img_0188.jpeg

img_0186.jpeg

img_0197.jpeg

img_0183.jpeg

Lapar, lalu makan di Nandos.
Yaya tak pernah lagi makan kat Nandos.
Tapi katanya dia lagi suka ayam kat Kenny Rogers.
Yer la, kat Nandos ni ayam ia macam kering sikit kot?

img_0200.jpeg

img_0199.jpeg

Kenyang perut, sambung shopping lagi.
Barang sekolah Yaya tak settle lagi kan.
Ke Jusco nak cari kasut sekolahnya.

img_0202.jpeg

Memang plan nak beli kasut sukan jugak.
Lalu depan Bata, tengok ada kasut brand Power.
OK lah kekecik pakai Power sudah.
Yang penting dia pakai saiz 7 ok.
OK benarnya dia pakai saiz 5 atau 6 tapi Encik Z suruh ambik besar sikit.
Sudahnya saya pun boleh sarung kasut tu tau.
Pengsan.

img_0203.jpeg

Dia tak berkenan beg sekolah kat Jusco, so ke Metrojaya dalam Midvalley tu gak.
Yaya ni berjiwa vintage vintage gitu.
2,3 tahun lepas punya beg sekolah ia semua pun unsur unsur vintage.
Yo yo je la saya ni. Walhal vintage tu apa bukannya saya tau sangat pun haha.
Sib baik ada beg yang Yaya berkenan kat Metrojaya tu. Selesai satu hal.

img_0204.jpeg

By this time dah pukul 9malam lebih dah, so ayuhlah gerak balik.
Esok sambung lagi agenda agenda yang tak kesampaian.
Sebelum balik rumah lepak mengopi jap kat Old Town Rampai Biz Park.
Oh rindunya Setapak Jaya….

Ingat Yaya tak lapar, tapi lapar jugak ha.
Habis dingap roti dengan kari kentang.
Kalau tau lapar boleh order berat berat kan.
Saya makan roti sajork.

dfa3917a-44d7-4105-b11d-5a4d2ba0d546.jpeg

img_0212.jpeg

img_0211.jpeg

Selesai shopping di hari pertama.
Esok sambung lagi…

img_0216.jpeg

6 thoughts on “Shopping Part I

  1. saiz 7?
    huhu..

    cikda pakai saiz 4 atau 5. Tapi kalau 5 mesti besau..susahnya nak carik kasuttt… http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif

  2. leh tahan besar kaki yaya padahal baru darjah berapa
    bab shopping mmg I suka hehe so xde hal

Comments are closed.