Assalammualaikum semua,
Hari ni saya nak kongsi tentang kisah Jasmine Apartment, rumah lama saya.
Kalau soalan yang ditanya ‘Kenapa jual?’
Jawapan saya senang saja. Sebab rumah ni 2 nama, both S & P dan loan.
Nama saya dan bekas suami saya, FM.
So taknak dah la ada apa apa kena mengena, so decide untuk jual.
Kenapa baru sekarang nak jual?
Kenapa tak dari dulu, dari 8 tahun lepas bercerai dulu?
Tu nanti kalau ada kesempatan saya cerita dalam entry lain, tentang Harta Sepencarian.
Ok?
Saya contact sorang ejen ni mintak tolong dia jualkan sebab saya tengok kat mudah dia ada iklankan Jasmine Apartment. Tapi dari September membawak ke Disember 2014, tak de progress pun, so saya decide nak iklankan sendiri kat mudah.
Saya iklankan dalam mudah pada 6 Januari 2015.
Hari yang sama berderet deret ejen rumah call tanya, kata nak tolong jualkan.
Saya pun macam hmm ok je lah.
Ada ejen senang sikit kot? Nak handle gitu gini kan.
Rasanya dekat 20 ejen kot yang call dan message saya.
Saya pun forward je lah gambar dan info tentang Jasmine tu.
Ramai je yang siap repost balik letak kat mudah jugak.
Oh yer, saya letak harga RM298k.
Orang pertama yang datang tengok orang perseorangan, bukan ejen.
Mula mula tu saya ingatkan ejen. Dan lepas tu pulak, rupanya staff B** gak, kawan Encik Z.
Lorhh sabar je la.
Sembang gitu gini, dia mintak kurang 250k.
Banyak sangat tu kurangnya, maaflah, tak dapat la kan.
Lepas tu ada sorang ejen ni namanya Hugo.
Dia la yang paling aktif cari pembeli.
Rasanya dalam 5 orang jugak datang tengok.
Saya dah tak keep track dah huhu.
Memula tu masa saya kat Chiang Mai 27 Januari 2015 dah ada sorang ni memang dah confirm.
Tapi alih alih Hugo message kata tak jadi. Banyak sangat masalahnya.
Masa ni ding dong jugak la, dengan saya baru balik Chiang Mai.
Lepas tu saya nak pegi Manila lagi. Dan lepas tu nak pegi Medan lagi.
5 Februari 2015, ada 2 lagi potential buyer datang tengok rumah.
Letih jugak la kan sebenarnya nak tunggu orang datang tengok rumah apa semua.
Kena bersedia lah kan, kena kemas rumah elok elok.
Settle potential buyer yang pertama, potenteial yang kedua pulak.
Ingatkan nak tengok kejap je, rupanya macam lama jugak la dia duduk siap lepak bagai.
Saya nak buat air katanya takyah.
Husband and wife. Anak 2 orang, kecik kecik lagi.
Saya pun takde la push sangat ke apa kan.
Sebab beli rumah kot, bukan macam beli kain baju.
Kena fikir lapanploh kali.
Dia tanya boleh nego lagi tak harga. Saya kata apa apa saya bagitau Hugo.
Takkan nak caras ejen pulak kan. Not good.
Lepas tu saya bagitau Hugo, saya boleh nego setakat RM280k je.
Barang barang dalam rumah semua saya tinggal.
OK tak la semua, tapi yang besar besar semua tinggal lah.
8 Februari 2015, Hugo whatsapp tanya sama ada malam tu dia boleh datang tak untuk sign Booking Agreement.
Terperanjat la saya kan. Cepatnya?
Katanya potential buyer tu dah bayar duit booking dan esoknya nak bayar balance bagi cukupkan 3% tu.
So dengan rasminya rumah Jasmine Apartment saya ini akan dijual pada buyer bernama Saif.
Saya mintak Hugo datang kat office, esok nya 9 Februari 2015, pukul 11 pagi, Hugo muncul kat office saya.
Lalu sign lah Agreement to Purchase.
Saya memang from time to time update FM.
I have nothing to hide pun. Dah memang nama dia ada kat S & P dan Loan Agreement kan.
11 Februari 2015, Hugo inform saya yang FM akan hantar balik Agreement to Purchase pada Hugo pada 13 Februari 2015.
Dan hari yang sama ni jugak FM whatsapp saya mintak saya bagi dia RM50k bahagian dia.
Which is saya tak setuju lah sebab asalnya janji bahagian dia RM20k.
OK yang ni saya akan share nanti kat entry Harta Sepencarian.
17 Februari 2015. Hugo inform pada saya yang loan Saif dah lulus.
3 Mac 2015. Saya jumpa dengan lawyer S & P. Saya guna lawyer yang sama je dengan Saif.
Lawyer ni under firma tempat Hugo kerja.
Lawyer ni namanya Faizura. Janji dengan dia nak jumpa kat Lanai Kijang.
Nak jadi cerita rupanya husband dia staff B**. Keciknya dunia kan.
So settle sign S & P.
Faizura kata dia akan contact FM untuk mintak FM sign pulak.
FM taknak sign S & P tu selagi saya tak setju dengan amaun 50k yang dia mintak.
Oleh sebab dia taknak sign, so I have no choice.
Saya pergi Mahkamah Syariah dan failkan tuntutan pada 5 Mac 2015.
Ni pun akan saya share dalam entry Harta Sepencarian nanti.
10 Mac saya pergi office Faizura untuk sign Deed of Assignment.
Sebelum kes Tuntutan Harta Sepencarian saya disebut di Mahkamah, Faizura bagitau saya yang FM dah sign S & P tu pada 16 Mac 2015.
Ikutkan dah due lebih 2 minggu dah, gara gara FM dok hold sebab ugut kata taknak sign selagi saya tak setuju 50k tu.
Tak tau la Hugo yang slow talk ke, Faizura ke.. Tak kisah lah kan. Janji dia dah sign.
Tapi sign sign jugak la, dah jadi kes Mahkamah, nak tak nak kena hadap jugak la kan.
13 April 2015 – Faizura inform redemption statement dah diterima. Balance loan as at 10 May 2015, RM108,246.22
16 April 2015 – Saya pergi offic Faizura sebab kena sign additional documents. JMB Jasmine Apartment tak bayar lagi cukai tanah kat pejabat tanah walaupun saya dah bayar portion saya.
Faizura request JMB Jasmine Apartment untuk buat surat inform Bank yang diorang akan bayar cukai tanah tu nanti.
12 Mei 2015 – Faizura inform yang loan lawyer kata advice kena reject, tak tau lah sebab apa. So redemption tak boleh process. Kena request redemption statement yang baru.
18 Mei 2015 – Advice kena reject sebab loan documents yang Saif sign tu invalid. Lawyer dia salah prepare documents. Ntahlah, saya bukan faham sangat pun benda benda ni
28 Mei 2015 – Redemption statement yang baru dah keluar. Balance loan as at 10 Jun 2015, RM107,550.17.
24 Jun 2015 – Loan saya dengan Public Bank selesai. Dah tak perlu bayar bulanan lagi. Yahooo… #eh
28 September 2015 – Balance duit dah terima dari Bank. Ni kira klimaks lah ni kan.
Tapi bukan terus dapat kat saya dan FM sebabnya kan tak dapat lagi kata persetujuan untuk pembahagian tu.
So Faizura pegang dulu sampai selesai bicara kat mahkamah.
9 Februari 2015 – 28 September 2015.
Kurang lebih 8 bulan jugaklah ambil masa.
Kira ok lagilah ni. Masa saya beli Jasmine Apartment ni dulu, nak tau berapa lama?
Sign S & P Jun 2006. Start bayar Bank Oktober 2007.
Ambik masa 1 tahun 4 bulan nak selesai. Kau ghase?
Dari kahwin, sampai bercerai haaa.
Harga Jual RM280k.
Tolak Balance Loan RM107,550.17.
Tolak Ejen RM8,400.
Jumlah hasil jualan RM164,049.83.
Banyak bukan?
Haa inilah amaun yang menjadi pertikaian FM.
Dia insist nak jugak jugak 50k.
So I see you in court je lah.
Kena kosongkan rumah dalam masa 5 hari.
Saya janji dengan Saif nak serah kunci 3 Oktober 2015, hari Sabtu.
Tapi sebab tak sempat nak pindah semua barang on time, so saya mintak anjakkan ke hari Ahad pagi.
Sib baik Saif ok jer.
Saya start packing barang sikit sikit dalam pertengahan bulan September.
Tapi taulah rumah tak besar mana kan, bila nak nyusun nyusun tu cam sempit je.
So saya buat mana mampu dulu lah.
Konon bertenang tenang, tapi bila sampai masa nak pindah tak menang tangan nak berkemas.
Sebab saya plan konon macam nak kemas belek sesatu apa yang dah tak perlu, nak campak buang terus.
Tapi sebab masa dah suntuk, so saya sumbat sumbat je la dalam kotak dengan paperbeg huhu.
Seminggu sebelum pindah memang rumah dah macam tongkang pecah dibuatnya.
Barang barang yang saya tinggal ialah air cond, meja menulis, katil queen, almari, katil single, kipas dinding, sofa, meja makan, peti ais, washing mashine, rak hiasan, kabinet TV.
Sekali lah dengan kipas dinding, water heater, langsir semua tu.
Ni view dari laluan masuk ke rumah saya.
Malam terakhir bermalam di sini.
Saya tidur atas sofa, Encik Z alas toto, tidur kat lantai.
Sedih hiba pilu masa malam terakhir tu.
Ni pulak view dari balkoni.
Sempat la update status kat Facebook sob sob.
Actually lepas je clear duit rumah tu, saya dengan Encik Z dah pindah hangkut barang sikit sikit ke rumah sewa kat KSU tu.
Malam load barang dalam kereta, esoknya balik kerja singgah KSU hantar barang.
Makna memang kitorang tak sewa lori atau mintak tolong sesiapa pun.
Memang semua buat sendiri.
Takat seminggu ulang alik tu berapa nau lah barang yang boleh dibawak kan.
Jadi nya kehazaban tu memang tersangat dirasai.
Mula angkut barang secara jitu start hari Jumaat malam, 2 Oktober lepas kerja.
Sekeping ni je la gambar snap nya. Lepas tu dah tak kuasa sebab penat ya rabbi.
Nak heret kaki pun dah tak boleh.
Dengan berpeluh peluh segala.
Tak masuk dengan kena kemas dan basuh rumah.
Walaupun kita yang pindah keluar, takkan nak pindah dengan rumah kotor berdaki berabuk segala kan.
Saya vakum, buang habuk, mop dan basuh toilet jugak.
Hari Sabtu malam tu pukul 4 pagi kot kitorang tidur.
Dah tak terkira berapa kali ulang aliknya Setapak Jaya – Sentul – Setapak Jaya – Sentul.
Encik Z la dok bagi semangat. Boleh tu awak.. boleh tu.. Sikit lagi..
: : Mengambil masa 2 minit untuk bertafakur sebentar dan menelan segala kenangan suka duka di sini dan disimpan di sudut hati yang paling dalam : :
Keesokan paginya, janji nak jumpa Saif kat Jasmine pukul 10 pagi.
Tapi sebab saya sampai awal, so saya pegi Jasmine dulu angkut last kopek punya barang.
Tong gas, karpet, dan kain baju sikit.
Pastu gi makan kat Old Town dulu.
Malam tadi tu nak makan ke apa semua pun tak sempat.
Dan sampailah masanya untuk menyerahkan kunci rumah.
Sob sob sob sob………..
Saif dan wifenya, Zu.
Pemilik baru A-18-03, Jasmine Apartment, Setapak Jaya.
Terima kasih Saif beli rumah dari akak.
Kurang lebih mintak halal ya.
Harap awak dan keluarga gembira di rumah ini.
: : Menatapi pemandangan untuk terakhir kalinya : :
: : Mengunci pintu buat kali terakhir kalinya : :
1 Mei 2007 – 2 Oktober 2015
8 tahun 5 bulan
3 tahun menyendiri sebagai ibu tunggal
Rumah ini lah yang menjadi saksi dan peneman
Bila mana air mata berguguran menahan kerinduan
Rindukan seorang anak dan senyum nakalnya
Bila mana di kala malam termenung seorang bersendirian
Tetapi kembali tersenyum bila sudah berteman
Terima kasih Jasmine!
Berbakti sebaiknya pada tuan kamu yang baru ya!
Lepas selesai kes Harta Sepencarian kat Mahkamah Syariah dan dah dapat duit rumah, saya pergi Jasmine sebab nak bagi duit pada Saif.
Actually sebelum saya pindah keluar tu macam macam pulak kerosakan jadi.
Taktau lah rumah ni merajuk ke apa sebab saya jual ia.
Kan selalu orang kata kalau nak jual kereta jangan bercerita pasal nak jual tu dalam kereta, kan?
Nanti kereta merajuk.
Agaknya sama kes lah kot dengan rumah.
Dia tau je kita nak jual dia, dia pun merajuk lalu rosak macam macam.
OK jangan percaya lah bebenda ni. Sekadar pendapat orang je kot. Kan?
Aircond rosak, kipas syiling rosak, grill depan rosak.
Rasa bersalah dan serba salah pulak.
So saya memang dah niat nak bayar sikit gantirugi pada Saif.
Dia tak kisah pun je sebenarnya. Tapi takpelah.
Tak sempat nak jumpa ia personally, so saya drop je envelope dalam post box.
Lepas drop duit ajak Yaya buat photoshot sebentar.
Dulu takde pondok guard yang belah kanan tu. Baru buat.
Siap nanti ada palang segala. Ada akses card lah kot nanti.
Mak dengan anak sama je dedua feeling feeling Che Ta hehe.
Seronoklah ada anak perempuan ni sebab melayan je.
Kalau anak lelaki takdelah kot nak fefeeling macam ni kan.
Ke feeling jugak?
Buat kali terakhirnya, Selamat Tinggal Jasmine Apartment!
Thank you for everything!
wah..diam xdiam lama sy baca blog akk..
nnt akk cite pasal harta sepencarian ye..
saya berminat nak tau.tq
doakan akak punya kekuatan yang jitu dan kerajinan yang padu tau..
niat memang nak cerita tapi bila nak start menaip tu punyalah malas huhu
sebak plak baca cerita akak.
Semoga kehidupan akak lebih baik selepas ni.
Sogo members sale dah start tu tetiba
tq di!
aaaa lama tak gi sogo.
cantikk rumah ni kak…mmg rasa pilu dan sedih nak let go rumah yg kita sayang lagi2 dah stay kat situ kan..location pun prime…hehe
itulah tu.. kira dah sebati dengan diri gitu..
location wise memang win sangat
Terus along rasa sebak…tak sabar nak baca kes tuntutan harta sepencarian yang mana along yakin Mya berjaya…
doakan saya rajin nak update cerita ya.
memang nak share sangat dengan pembaca semua
Lama nya proses tu kan..
Takpe lah..lps ni bina memori di KSU pula 🙂
p/s : Gigih nya hangkut sendiri barang. Weols guna lori pun tak abis2 gak hangkut brg dr Kg Baru ms pindah tu ari. Penat toksah citer lah kan… huhu
itulah, berjanggut tunggu proses hah.
tak sabar nak membina memori kat KSU hehe..
punya malas nak sewa lori. konon rasa barang macam sikit.
alih2 tengok haa ambik huhu
ini baru baca half kronologi nak jual rumah. yg membaca ni pun mcm– aduuhhh mak serabutnya. inikan pulak akak yg mengadap benda ni. dugaan ye dak..
jual beli rumah memang perkara yang serabut perut huhu
alahaiii sedinhya tinggalkan rumah yg penuh seribu satu pengalaman.
moga u sekeluarga dpt menjalani kehidupan yg baru di rumah yg baru..
sedih sangat.. tp tu la, life goes on.
tq lyn 🙂
tak sabar nak baca cerita pasal harta sepencarian…semoga terus tabah…happy belated birthday…
tq julie.. 🙂
assalamualaikum….
kak…
boleh ke akak bg sy no.hp ejen rumah tu ( hugo )
nak jual rumah juga…
tq 🙂
afida
waalaikumsalam.
akak dah email ya
terima kasih kak…
????????????
alamak… kita nak letak smiley…
keluar gini ???? pulak… sori kak ????