Sanah Helwah Zuraihan Mukhtar!

17 Januari 2016 hari tu genap umur Kaklong 39 tahun.
Lagi setahun nak masuk 40 dah ha huhu.
Memandangkan hari tu hari Ahad dan Kaklong pulak off, so berjanji janjian lah nak jumpa.

Mula ingat saya nak pergi area Seri Kembangan sana.
Sebab plan nak belikan Kaklong water heater.
Saya memang dah bajetkan dalam 1k nak belikan something kat Kaklong sebab dapat duit rumah.
Hari tu dah belikan Adil handphone harga RM999.
So nak bagi fair and square haruslah amaun sebanyak itu jua dioffer kepada Kaklong.

Tapi pagi tu dapat call dari Qis kata kalau ada duit lebih beli water heater tu, dia mintak belikan basikal.
Basikalnya dah rosak.
Saya pun ok kan je lah.
Tak lama lepas tu dapat whatsapp dari Kaklong kata Caca merajuk.
Dia pun nak basikal baru jugak sebab basikal dia dah berkarat.

Kaklong kata takyah la beli water heater tu.
Belikan basikal je untuk anak anak dia.
Gitu kasih seorang Ibu kan.
Keperluan anak anak didahulukan, keperluan sendiri dikemudiankan.
Masalahnya basikal ni keperluan ke kehendak ni?
*jegilmatapadaCacadanQis

Kalau nak beli basikal diorang kena turun KL lah kan.
Sebab saya fikir kedai basikal kat Chow Kit tu je.
Yang beli kasut beroda Caca dulu tu.
So janji nak jumpa petang petang sikit.

Tengah hari saya dengan Encik Z keluar dulu gi Midvalley.
Nak tukar balik duit MOP dengan HKD yang berlebih masa saya pegi Macau tu.
Pastu nonton movie The Forest.
OK lah seram jugak ceritanya.
Shooting 80% dalam hutan je haa.

Pukul 5.30 petang camtu terus jumpa Kaklong sefamily kat Chow Kit.
Caca & Qis dah siap siap pilih basikal idaman.
Ocah yang baru bangun tidur pun dah pose pose atas basikal.



img_2818.jpeg

  

Panjanglah tazkirah saya pada budak budak ni.
Saya kata ni hadiah birthday advanced.
Birthday Caca bulan 8. Birthday Qis bulan 3.
So tahun ni tak boleh mintak apa apa hadiah dah dari Mommy.

Jangan gaduh gaduh. Belajar pandai pandai.
Pot pet pot pet bla bla bla.. Hidup.. Mengada.. Bersyukur.. Pot pet pot pet..
Pasrah je la depa dengar mak saudara membebel.
Bebel bebel pun ni la mak saudara paling kesayangan kann.

Elok nak gerak balik, tetiba Ocah menghampiri Abang Long dan bersuara
“Mana basikal Aisya?”
Aiyooo ingat lah pulak dia ni. Tak sangka la pulak.
Ingat kot dia saja posing maut je atas basikal atas tu.
Rupanya punya  keinginan nak memiliki jua.
Kepala otak tu sungguh boleh bikin batu cincin.

Basikal Caca yang warna biru tu, harga asal RM700 (mahal bukankah???)
Nego nego dapat RM380.
Basikal Qis tu harga asal RM400. Dapat RM160.
Basikal Ocah tu RM100.
Cer kira berapa Mommy kopak?
Tapi demi anak anak sedara yang ku sayangi, ku redhooookan juaaaa.

Settled membeli belah, terus pergi birthday dinner.
Memula plan kan nak mengopi ngopi makan kek je di petang hari, tapi dah gitu gini nya membawak ke malam.
So dinner je lah terus.
Tapi tak derlah kek nya. Takde kedai kek berdekatan.
Sorry yer Kaklong huhu.

Kami makan di Restoran Rumah Thai.
Dah pernah makan kat sini dah, tapi saya pegi dulu yang dekat MRR2.
Situ dah tutup, sekarang bukak kat Taman Melawati.
Takyah pening pening, ambik set terus senang.
Saya ambik Set Menu Superior untuk 6 pax.
Food sedap dan harga jua berpatutan.
Search je Restoran Rumah Thai, Taman Melawti kat google.
Jumpa la tu nanti 😀





img_2832.jpeg
img_2833.jpeg



Selamat Hari Lahir Yang ke 39 Tahun Kaklong aka Ibu aka Zuraihan Mukhtar aka Zura aka Nani (masa kekecik dulu family saudara semua panggil Kaklong, Nani)
Semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.
Yang penting sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah SWT.

Water heater Ibu tu, insya Allah nanti kendian kendian Mommy beli, k?
Love u!

6 thoughts on “Sanah Helwah Zuraihan Mukhtar!

  1. selalu lalu tgk kedai2 mainan ni.. geram je rasa..
    takpe..masa nya akan tiba jua nati
    nak beli keta, nak beli moto.. heheee..

  2. Happy belated birthday buat kakak Maya!
    Sebaya ngan I ropanya… adushh… tetiba rasa ‘dewasa’…

Comments are closed.