Iphone 6s Plus & GoPro Hero4 Silver

Saya memang dah tekad nekad bila dapat je duit hasil jual Jasmine tu nanti, 2 benda yang wajibulghunnah saya nak beli ialah handphone dan GoPro.

Tapi masa tu tak decide lagi nak beli handphone apa.
Sebabnya saya ni selalu tak bernasib baik bab bab gajet ni.
Kalau beli mesti kejap je menjahanamnya.
Walhal saya ni bukannya heavy user sangat pon.

Hari yang sama dapat duit jual rumah tu, terus heret Encik Z, Yaya & Caca pegi The Gardens.
Sebelum tu dah mintak consultation dari pakar gajet iaitu KakTin dan Payiet.
Diorang macam memberi sokongan untuk saya beli iPhone.
Dan selepas perbincangan jitu dibuat dengan Encik Z, Yaya & Caca (kelass tak bincang dengan budak umur 9 tahun nak beli iPhone kihkih), so saya kunci keputusan ini.

img_1533.jpeg

img_1530.jpeg

iPhone, come to mommy!
Saya memang nak yang besau.
So kena belilah yang Plus.
Compare compare harga iPhone 5s dengan 6s, pejam mata, pekakkan telinga, ya udah jangan berkata kata lagi.
Teruslah up iPhone 6s.
Pastu tak agak agak, terus ambik yang 128GB! Haha!

Harga iPhone 6 Plus 128GB + Screen Protector + Housing = RM RM4882

img_1529.jpeg

img_2770.jpeg

Gambar pertama disnap menggunakan iPhone 6s Plus.
Ni kat Pavilion sebab tukar Micro SD Card Celcom kat sini.
Tak buat kat The Gardens tu sebabnya masa tu tak sure whatsapp hilang ke tak dalam handphone lama.
Rupanya tak hilang pun. Ceh..

img_0002.jpeg

GoPro Hero4 Silver ni pulak beli kat kedai kamera kat Midvalley.
Beli hari lain, di hari shopping sedunia.
Entry shopping later yer.

Saya nak jugak GoPro ni bukan apa, saya kan rajin travel.
Macam susah nak guna kompak kamera letak kat monopod sebab takde front camera kan.
Saya memang tak guna handphone kat monopod tu, sebab dulu penah jatuh.
Macam tak kuat gripnya.

Memang tak fikir panjang lah nak beli GoPro ni.
Walaupun both saya dengan Encik Z tak pasti sangat cara penggunaannya cemana.
Tapi lepas diexplain gitu gini oleh budak penjual, rasanya ok, boleh ni pepelan explore.

img_0248.jpeg

GoPro Hero4 Silver + Aksesori (Pole, USB) + Bateri tambahan + Micro SD Card = RM2137

Gambar pertama menggunakan GoPro.
Abaikan stokin dan vakum yang bersepah itu.
Masa ni rumah memang macam tongkang pecah.
Baju tak berlipat, dengan beg baju bergelimpangan, tengah dok packing nak ke Mesir.
Tu dalam rumah sewa KSU. Saya tak share lagi cerita pasal rumah sewa saya kat KSU ek?

img_0279.jpeg

So far memang puas hati sesangat lah dengan both iPhone 6s Plus dan GoPro Hero4 Silver ni.
Highly recommended.
Pegi Mesir dengan Macau memang saya bawak ni jer untuk bergambar.
No more kamera kompak dan sesilap DSLR saya tu pun berkulat gamaknya nanti.
Saya ingat nak jual je lah DSLR tu. Hmmmm…

10 thoughts on “Iphone 6s Plus & GoPro Hero4 Silver

  1. amboii kak….ni mmg syiokkk…

    sy pon tukar ke iphone…alang2 nk hp baru ambikkk….tp rugi sbb beli gig sikit je…wawawa…..asyik la full storage

Comments are closed.