Hidangan Lalapan

Dah tak tersusun cerita saya semua ni.
Ada yang dalam handphone lama, ada yang saya upload terus dari handphone.
Ada yang tahun 2015, ada yang tahun 2016.
Takpelah yer?
Asalkan berupdate. Asalkan semua pun dapat saya tulis buat kenang kenangan di hari muka.

Ni cerita 1 hari sebelum saya terbang ke Mesir.
Isnin saya kerja half day pagi.
Selesaikan segala kerja sebelum cuti panjang.
Tengah hari tu Encik Z dengan Yaya datang ambik saya kat office.
Terus ke AEON AU2.
Nak beli milo dengan soda bikarbonat Ernie kirim.

Lepas tu pegi AEON Wangsa Maju pulak.
Encik Z nak tengok boot kat Camel.
Tapi tak beli pun sebab katanya mahal nau nau.
Dia nak cari yang memurah je sebab dia pun bukan jenis pakai boot ni sangat pun.
Pastu makan kat Johnnys.

img_0271.jpeg
img_0268.jpeg

Malam tu hantar Yaya ke rumah Adil, sebab 2 hari lepas saya pergi Mesir, Adil nak balik Taiping.
So mintak tumpangkan Yaya sekali lah.

Kebetulan Kaklong off, so ajak lah sekalian semua dinner dulu.
Encik Z nak belanja.
Asalnya nak pergi restoran Hafiz AF tu tapi sampai sampai tengok gelap gelita.
Taktau la memang tutup hari tu ke atau dah tutup terus huhu.

Dah hilang arah, teringat Abang Long selalu check in Facebook makan kat Restoran Hidangan Lalapan.
Ajak diorang ke sana lah.
Sebab saya pun lamanyaaaaa tak makan nasi lalapan.
Alaaa makan sekali pun lama dulu masa pegi Miri dulu.
4 ke 5 tahun lepas ntah.
Restoran Hidangan Lalapan ni letaknya di Equine Park, Seri Kembangan.

img_0308.jpeg

img_0282.jpeg

3 layer Capuccino ada, 3 layer mochachino ada, 3 layer wheatgrass pun ada.
Tapi kenapa 3 layer tea takde? Why why why?

img_0284.jpeg

Ada lalapan udang, tenggiri, empal, bawal, ayam, tongkol, kambing, keli.
Hahh pilih je lah mana satu idaman hati.
Saya ambik lalapan udang.
Rasanya ok ok la. Boleh la mengubat kerinduan pada nasi lalapan asli.
Saya suka je makan kering kering ceni. Ada setengah orang tak lalu kan?
Nak yang berkuah jugak.
Kalau kat Miri tu dia akan bagi sup kosong.

img_0283.jpeg

img_0289.jpeg

Up dengan sotong goreng tepung.
Yang ok ok jugak lah rasanya. Saya tak berapa suka sangat lauk lauk salut tepung ni.

img_0290.jpeg

Rindu dan geram sangat kat budak comel ni.
Masa sampai tu menyombong taknak tegur.
Tapi lelama dah ok dah.Saya suka dengar dia panggil Abang Long.
‘Babah…..’
Lembut mengada je suara.
Tapi bila dengan Encik Z, ‘Ayah!!!!’
Gitu memekik.

img_0285.jpeg

img_0288.jpeg

Maamar steady ajer. Walaupun jarang jumpa tapi bila jumpa dia ok jer.
Takde la nangis takut ke apa.

img_0291.jpeg

Kelakar masa ni sebab diorang dok kira 1 2 3 tapi 2 tu Ocah buat 3 jari.
Pastu Maamar marah ‘Aisyaaa.. uwa (dua) lahh.. uwaaa’
Tunjuk jari 2. Tapi Ocah tetaplahhh buat jari tiga tu.
Letih Maamar nak ngajornya haaa..
Whateverlah Aisya. Maamar, sabar yaa..

img_0298.jpeg

Yang ni ntah kenapa tetiba je dia buat suara serak pastu cakap ‘Rockkkk’
Dah tergelak gelak la semua ha.

TQ Encik Z belanja family saya.
Nanti ada rezeki belanja lagi ek… 😀

4 thoughts on “Hidangan Lalapan

  1. saye pon ok je makan takde kuah. kadang tu telan lagi laju bile takde kuah hahaha i like.

    aaa macam stail nasik ayam penyet la eh lalapan ni. mungkinkah makan sampai terlalap (terlelap)?

  2. Seronok kan tgok telatah anak- anak…perasan x Mya yang kita berdua ada anak dara yang sama usia?sama2 panggilan Yaya..hehehehee…dah rasa tua dah ha….

Comments are closed.