Blog Maya Dot Com

Happy Birthday to Me

19 Januari hari tu hari jadi saya.
37 tahun dah umur saya. Lagi 3 tahun dah 40.
Tapi perangai tu rasanya macam umur 17 tahun pun ada huhu.

Konon konon di hari jadi nak pakai shawl lilit lilit.
Punya la lama melilit konon nak style yang kepuk kepuk terbang terbang tu.
Ntah apa punya fesyen sudahnya taktau laaa.
Tapi bila sampai office terus tukar jadi style lain.

Pagi pegi Kupang sebab nak ambik condiments nasi lemak yang diorder.
Lepak kejap dengan Kak Gee, Kak Lin & Abang Rashid.Kak Lin tu sokmo laΒ  happy go lucky.
Kemain ceria haa ketawa.

Pakat pakat dengan Kak Mar nak belanja RSA.
Birthday Kak Mar pun sama dengan saya, 19 Januari jugak.
Kak Mar masak nasi lemak dengan sambal.
Saya supply timun, kacang, ikan bilis dan telur mata.

Kak Mar sponsor air botol. Air botol dari Mekah kot.
Azman tolong bancuh air teh dan nescafe.
Saya order kuih cucur udang & cekodok dari FZ Cafe.
Dah 3 kali saya order food dari diorang. Memang terbaik.
Korang boleh search kat instagram FZ Cafe.
Dan tak lupa kek dari Secret Recipe.

img_2877.jpeg

Baju baru Kurung Bella dari Ruccimodisch.
Shawl dari HijabsByHanami.

Kak Mar sambut hari lahir yang ke 56 tahun.
Ikut ikutkan dah pencen lah kan. Tapi Kak Mar sambung lagi perkhidmatan ke 60 tahun.
Kalau panjang umur ada rezeki esok, lagi 19 tahun saya pun berada di tempat Kak Mar lah.
Tapi saya tak pilih 60 tahun. Pencen wajib saya sampai 56 tahun saja.

img_2879.jpeg

img_2866.jpeg

Mintak tolong Kak As potong kan kek ni kecik kecik sebab saya tak reti.
Baik tak boss saya? Boss awak baik macam boss saya tak? Hehe..


Lepak dengan Faizal & Muhammad makan.

Depa dua ni dah batch batch akhir dah haaa makan.
Dah dedua masuk pukul 9.30 pagi.Β  Lambat ler makannya.
Yang lain awal awal lagi dah ngap.

 

Bawak GoPro datang office sebab nak try test bergambo.
OK ikutkan saya dah mahir dalam 60% jugaklah.
Tapi sebenarnya banyak lagi function yang boleh diexplore.
Especially masuk dalam air.
Perlukah saya merancang percutian ke pulau dan pantai pula? Hiks.

Kak Gee, Kak Lin, Kak As, Kak Wan, Kak Aida dan Abang Mohd Noor.
Punya karekter yang berbeza. Tapi semua pun saya sayang πŸ™‚

img_2881.jpeg

Muhammad, memang budak sangat perangainya.
Kadang kadang bermanja manja. Kadang kadang asyik kena marah je dengan saya hehe.

Kak Noni bagi cash dengan biskut red velvet.
Sesusah je. Biskut red velvet ni sedap sungguhnya.


Sanah Helwah Normaya Mukhtar!
Semoga menjadi manusia yang lebih baik dari segala segi.
Amin…

    10 thoughts on “Happy Birthday to Me

    1. Ida Puanstoberi

      Happy beday jiran!
      Hihi.
      Try je go pro tu dlm kolam.. eh, tp skrg tgh renovate plak kolam kita tu πŸ˜›

      1. Mya Post author

        tq jiran!

        aah ek tak terpikir pulak nak try dalam kolam tu.
        ok yaya datang kl nanti saya try gopro dalam kolam hehe