Blog Maya Dot Com

Happy 33rd Birthday Payiet!

15 Disember 2015 hari tu birthday Payiet yang ke 33 tahun.
Tengah hari semua pun free, so ayuhlah ke Sunway Putra Mall untuk sesi makan makan.
Kang sat g tunda tunda, semua busy, langsung plan ke laut dalam.

IMG-20151215-WA0004

Makan kat Absolute Thai.
Segala jenis makanan yang diorder adalah seperti dibawah.
Saya makan Vietnam Soup tu. Nama sebenar tak ingat dah.
Macam biasa, resit dah dicampak entah ke mana.
Payiet makan laksa. KakTin makan kerabu mangga.
Share pulut mangga bersama sama.

IMG-20151215-WA0005

IMG-20151215-WA0009

IMG-20151215-WA0006

IMG-20151215-WA0008

Sebelum balik singgah Kaison sebab nak beli hadiah untuk majlis 2015 K’RISMA Year End Celebration.
Hadiah yang dapat kat Sham tu, haa inilah yang saya beli.
Suka sebab comel dan moden dan urban dan lawa.

IMG-2 0151215-WA0010

Saya dengan KakTin taktau nak beli hadiah apa untuk Payiet.
So bagi cash RM100 dan suruh Payiet beli lah apa apa yang dia mau.
Tapi awasssss.. lepas beli kena snap gambar dan whatsapp pada kami.
Sebab kami takmau dia guna duit tu untuk benda tah apa apa.
Gitu pemberian hadiah di alaf baru. Hiks.

Oleh kerana takut diawaskan oleh kami kakak kakak tirinya, lalu selepas membeli barang diingini, terus Payiet whatsapp pada saya dan KakTin.
Dia beli set pen untuk mendoodle. OK approved.
Selain gembar bergundam (bukan gurindam ok) dan berakuarium, beliau juga gemar mendoodle (bukan mendodoi yer).
Jadi kita supportlah minat kengkawan.
That’s what friends are for. Tak gitu?

IMG-20151215-WA0012

Selamat Hari Lahir Yang ke 33 Farikh Manzora aka Payiet.
Aku doakan yang baik baik untuk kau 🙂

    2 thoughts on “Happy 33rd Birthday Payiet!

      1. Mya Post author

        Ada rasa sikit jugak la.. Tapi ni more to sup.
        Yang kat Boat Noodle tu macam kering sikit kan