Al Zahrah & Cloverush

Jumaat, 18 Disember 2015 saya cuti sehari.
Plannya nak bawak Yaya pegi salon.
Apa lagi, nak buat relaxing rambut dia yang dah macam hantu Kak Limah balik rumah tu lah.
Kami ke Salon Muslimah Siti Salon AlZahrah kat Setapak.
Alah, berdepan je dengan rumah lama saya, Jasmine Apartment tu.
Memang sebelum pindah pun dah lama nampak salon ni cuma nak cuba tu tak cuba cuba.
Kena call buat appointment dulu tau.

img_0165.jpeg

img_0158.jpeg

img_0162.jpeg
: : Ada macam macam perkhidmatan kat sini. Urut, spa, rambut semua lah : :

Oh memula tu saya memang request buat relaxing.
Tapi budak kedai tu cadangkan buat half rebonding.
Kiranya takde la kejung keras macam rebonding, tapi teknik rebonding.
So still lembut dan beralun gitulah. Saya setuju je la.

img_0150.jpeg
: : Sementara Yaya buat rambut, saya urut satu badan. Masa ni tengah urut kaki. Tapi urutannya so so je lah. Jenis urut urut manja ala aromatherapy. Tak sempat nak rasa sakit ke apa. So saya tak berapa rekemen lah : :

img_0157.jpeg
: : Dihidangkan dengan air teh, asam dan kacang : :

img_0149.jpeg
: : Rambut Kak Limah : :

img_0151.jpeg
: : Sampai 2 orang haa buat rambut Yaya : :

img_0155.jpeg
: : Macam biasa lah berkali kali punya proses. Bertabah jelah menunggu. 3 jam lebih kot : :

img_0159.jpeg
: : Proses ni je kena repeat 2 kali : :

img_0156.jpeg

: : Ni baru halfway ni : :

img_0160.jpeg
: : Hasilnya : :

img_0161.jpeg
: : Suka tulisan kat baju Yaya tu. And though she be but little she is fierce. Garang ke awok, Yasmin? : :

img_0163.jpeg
: : Suka lettew rambut baru. Mengikut rekod, ni dah tiga kali Yaya buat rebonding/relaxing. Rindu rambut kerinting dia masa dia kekecik dulu. Memang tak dapat dah la kan rambut camtu : :

Urut RM85.  Half rebonding RM230.
Nah alamat : Siti Salon Al-Zahrah (Sri Rampai/Wangsa Maju branch).
No 15-1, Rampai Business Park South, Jalan Rampai Maju,
Taman Sri Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur
Tel : 03-41316386

Terus ke Wangsa Walk Mall nak lunch.
Kami lunch di Octopus Sushi & Thai.
Nama food dan harga semua tak ingat dah.
Resit taktau campak mana.

img_0171.jpeg
: : Tetiba rasa seiras nau nau pulak kami 2 beranak dalam gambar ni : :

img_0168.jpeg

img_0169.jpeg

img_0166.jpeg

img_0167.jpeg

Pastu singgah butik Cloverush.
Nak top up collection tudung.
Tapi Lily Chin saiz L banyak dah takde.
Pegi kat bahagian reject. Ada la a few tapi Lily biasa, bukan yang Chin.
Boleh la beli je sebab murah murah jugak.

img_0176.jpeg

img_0172.jpeg

Keluar pukul 9 pagi. Balik pukul 5 petang.
Macam pegi office

2 thoughts on “Al Zahrah & Cloverush

  1. hehehe.. selalu macam tu kan kak maya. kalau amik cuti.. keluar rumah pagi, balik kul 6.. sama mcm pergi kerja. paling penat, balik redah jem sama2 org balik kerja http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif

Comments are closed.