2015 K’RISMA Year End Celebration

2015 K’RISMA Year End Celebration 2015.
Sambut 4th Quarter Birthday, Recognition, Gift Exchange dan Welcome New Staff.

Tema di hari kejadian ialah Men in Black, Women in Red.
Kemain tema macam ke tema annual dinner. Hiks.
Deko deko ni semua macam biasalah, otai yang buat, Abang Mohd Noor.
Kolaborasi dengan Azman.


Makan order dari Kak Sal MyClear.
Semua diuruskan oleh Kak Aida.
Ada ikan masin nenas masak lemak, sambal udang, paprik campur.
Ulam ulaman, sambal belacan, buah tembikai.

Siap ada pulut mangga.
Ciskek leleh tu saya order dari KakTin.
Kawan kawan office, sesiapa nak order untuk makan makan, sila lah roger KakTin yer.

  

K’RISMA bagi towel kat setiap orang as a token of appreciation sebab support K’RISMA selama ni.
Saya awal awal dah cop warna biru. Sebab yang lain warna pink terang, oren terang, kuning terang nau nau.
Walaupun towel je, tetap la nak kiasu kannn.

Ni la staf baru tu, Muhammad namanya.
Muda nau nau budaknya. Baik pulak tu, sangat menghormati saya warga emas ini.
Gambar gambar ni semua dia la yang tolong snap kan.

Group RSA Quiz Coordinator menang kategori Group Teamwork.
Memang kitorang patut menang pun tau.
Pecah kepala otak nak fikir soalan soalan quiz ni segala.
Eh 2 tahun lepas menang jugak kategori ni masa saya jadi committee Family Day AGJC.
Adakah ini bermakna saya memang seorang ahli kumpulan yang mempunyai komitmen tinggi?
Gitu perasaan berbangga diri menguasai diri. Hiks.

Hakim, saya dan Faizal. Kak Ju cuti pulak di hari kejadian.
Dulu Kak Gee pun committee jugak, tapi lepas dia meninggalkan RSA, tinggallah kami 4 kepala sahaja yang memerah idea mencari soalan dan info info berkaitan.

Exchange Gifts pulak kocak punya kocak saya dapat hadiah dari Kak Bib.
Memula taktau siapa yang bagi, tapi saya jerit tanya sini sini baru la Kak Bib mengaku hehe.

Hadiah saya pulak dapat kat Sham.
Saya beli kat Kaison, Sunway Putra Mall.
Baru teringat ada entry kat situ tak up lagi.
Penting tu kena up. Tapi gambar kat handphone lama.
Nanti kena godek. Baru saya letak hadiah apa saya bagi ek.

Sebahagian dari warga RSA yang saya sayangi.
Biasalah mesti ada sorang dua yang kurang disenangi, tapi kita ni pun belum tentu orang senangi, so terima je la apa adanya.
Semua orang ada kekurangan tapi setiap orang ada kelebihan jua.
Ingat tuuuu….


  
Bye 2015!!

2 thoughts on “2015 K’RISMA Year End Celebration

Comments are closed.