Blog Maya Dot Com

RSA Teambuilding – Part II

Ni hari kedua sebelah petang.
Liyana dengan Sham dah bertukar baju.
Saya pun bertukar baju dan seluar. Cuma tudung je tak tukar.

Satu lagi topik yang dibincangkan adalah personaliti.
Alah korang yang biasa pegi course pun mesti dah tau kot yang personaliti Dove, Peacock, Owl, Eagle.
Haii dalam ramai ramai wanita kat RSA ni, saya sorang je ke pun yang personaliti Peacock?
Ni primary.

WP_20151024_20_04_48_Pro

Untuk secondary, personaliti saya Owl.
Diringkaskan kisah, saya ni jenis happy go lucky, suka buat lawak dan berani berkongsi idea.
Tapi dalam masa yang sama seorang perancang yang baik, dan kadangkala berfikir tentang sesuatu isu dengan terlalu mendalam.
Senang kata personaliti saya ni berubah mengikut keadaan dan mengikut orang yang saya sedang berurusan.

Kalau saya tak kenal orang, memang saya lebih banyak diam je.
Tapi kalau dah kenal memang pot pet pot pet. Pandai pandai sesuaikan dirilah, gitu..

WP_20151024_20_04_59_Pro

Boleh pulak Mustak dok buat kajian dan kesimpulan tentang personaliti saya ni.
Katanya kita manusia ni akan tertarik pada personaliti bertentangan.
Macam Maya ni, mesti husband dia jenis pendiam kan?
Yang lain pun jawab Yerrr..
Haa Maya ni pulak jenis bising bising happy go lucky.

Awal awal nak berkenalan dulu mesti Maya tertarik dengan husband dia sebab husband dia jenis pendiam.
Husband dia pulak tertarik dengan Maya sebab Maya jenis bising bising.
Tapi… haa ada sambungannya.
Masa bercinta ok lah, tapi lepas kahwin akan jadi isu sebab personaliti berbeza.

Bila Maya bercerita itu ini, husband dia diam je.
Maya pun cakap Awak dengar tak ni??
Yang husband dia pulak, Awak ni bising laa bebel je. Cer diam sekejap.

Gituuu kata Mustak.
Tapi memang betul pun. Saya tersuka tanpa sengaja dengan Encik Z sebab ia jenis diam.
Lelaki yang diam dan senyum je ni macam misteri, Macam cool, macam hensem, macam baik, macam best dan macam macam lah hehehe.
Dah kawin ni tak boleh buat apa la kan.  Awasss kalau berniat nak buat apa apa hehe.
No turning back gitu yer Encik Z. Awak layan la saya bising bebel bebel ni sampai ke tua. Hiks.

Malam pertama tu tidur aduh aduh sayang panasnyaaa.
Aircond jenis yang lama, bebetul tepi katil saya tu, tapi tinggi ke atas.
So anginnya tak kena kat saya, panas bak hang.
So malam kedua tu saya tolak tilam ke tengah tengah, sebab katil ni besar dari tilam.
Tersangkutlah kat tengah tengah. Sib baik tak lolos ke bawah hehe.

WP_20151025_06_43_54_Pro

Ni gambar reramai masa pagi hari kedua tu.
Sebelum buat aktiviti outdoor.
Tahun lepas warna tshirt biru tua, kali ni warna maroon pula.

DSC_2363

DSC_2372

DSC_2373

DSC_2376

Untitled-1

Untitled-2 : : Inilah dia team RSA yang saya sayangggggg angat angat angat : :

Semua dah buat luahan perasaan kan?
Dah tulis semua dalam surat dan letak dalam kotak kan?
Harap harap lepas ni semua more transparent dan lebih berterus terang lah.
Jangan asyik fikir diri sendiri je betul.
Kita manusia semua buat salah silap. Takde yang sempurna.

WP_20151025_13_21_44_Pro

WP_20151025_12_03_13_Pro : : Sebelum balik lunch dulu kat hotel. Saya ratah ketam masak lemak. Sedapnyerr : :

Singgah kat tepi jalan sebab nak menyopping.
Saya beli yang sotong cucuk cucuk tu.
Dengan tudung saji. Mak mak sangat kan beli tudung saji hehe.

IMG-20151028-WA0006

IMG-20151028-WA0012

Gitulah berakhirnya RSA Bonding Teambuilding di Melaka.
Sekian terima kasih 😀

    One thought on “RSA Teambuilding – Part II