Macau oh Macau

Cerita 2 minggu lepas.
Sabtu, 21 November 2015.
Keluar dating dengan Masy.
Tujuan utama ialah untuk bincang tentang trip kami ke Macau bulan depan.
Sesambil diselitkan dengan aktiviti makan makan, nonton movie, mengopi dan cari langsir.

Encik Z takde hari tu so saya terpaksalah bergerak sendirian.
Memula ingat nak naik cab sampai Komuter Sentul.
Tapi lepas tu cam ahhh malas ahhh. Tahan cab terus pegi Midvalley je lah.
Tambang kena RM19.25. Pengsan.

WP_20151121_10_22_11_Pro : : Kami breakfast di Belanga. Masy makan Nasi Tumpang Ikan RM9.00. Saya makan Nasi Berlauk Ikan RM4.50: :

WP_20151121_10_26_04_Pro : : Kopi O RM3.90 dan Bandrex RM6.80. Tiap kali pegi Belanga mesti nak minum Bandrex. Gabungan halia, kulit kayu manis, daun mint, teh. Fuuuuu. Burpp burpp keluar angin : :

Lepas tu pegi nonton filem momok.
Tapi punyalah membosan cerita nya.
Kisah berlaku satu malam. Dalam satu rumah.
Ada part saya mengantuknya la haiiii sampai tersengguk sengguk.
Rasanya macam ada terlena jugak kot.
Tajuk cerita ni usah ditanya, lupa sudah.
Cerita Perancis rasanya.

Lepas tu pegi AEON sebab dak Masy sibuk nak cari langsir.
Tapi kawannya yang kerja kat situ belum masuk lagi, so kami pun sepakat mau mengopi di Starbucks dulu untuk dan agenda utama iaitu membincangkan tentang trip Macau kami.

Taken with Lumia Selfie : : Rupa paras selepas habis perbincangan : :

Lepas tu patah balik semula ke AEON dan berjayalah Masy mendapatkan langsir idaman.
Saya sebenarnya nak cari bantal besar tapi semua pun memahal lalu tak jadi.
Tapi setakat entry ini ditulis, saya telah berjaya membeli 2 bantal besar di Sogo.

Ni kenalkan, kakak ostajah. Kak Mya.

Betul ke kakak tu ustazah?

Heheh hahah hihihi. Tak lah, aku saja je panggil kak Mya tu kakak ostajah

Akak, kawan saya tu tanya betul ke akak ustazah hehe

Ni saya nak explain lagi buat kali ke lapan puluh ratus, yang dok panggil saya kakak ostajah bagai ni, ni adalah perbualan dan gurauan saya dengan Masy dan dengan orang orang yang rapat dengan saya.
Takde istilah saya ni berangan ustazah ke, ustazah jadian ke, ustazah celup ke, ustazah keliru ke.
Sebab tu ejaan pun jadi ostajah.

Saya ni suka je nasihat nasihat orang yang dedekat dengan saya.
Kalau bukan kita sebagai kawan, sebagai kakak, siapa lagi nak tegur?
Bila saya tegur, tidak bermaksud saya lebih baik atau saya perasan baik ke apa.
Faham? So tak perlu nak camlek camlek saya kata gitu gini.
Bersangka baik, hati pun tenang.
Ok sekian tazkirah.

Oleh sebab makan pukul 10.30 pagi tadi je, so haruslah melapau.
Lalu kami ke Sushi King untuk makan.
Saya cuba menu baru.

WP_20151121_16_52_52_Pro : : Iaitu Sukiyaki Set. Memang suka suki sebab ada daging! : :

WP_20151121_16_58_48_Pro : : Dapat free Green Tea : :

WP_20151121_16_59_10_Pro : : Sharing is caring : :

WP_20151121_17_04_07_Pro : : Sushi King Mid Valley dah pakai ipad untuk order. Hari tu saya pegi Sushi King Quill Mall & Sunway Putra Mall masih ambik order secara manual : :

WP_20151121_17_07_34_Pro : : Ayuh makan : :

WP_20151121_17_11_00_Pro : : Rebuskan daging : :

WP_20151121_17_12_02_Pro : : Dan cicah bersama telur separuh masak.  Tak tau nak cakap cemana, sedapppnyerrr. Siapa pencinta sushi, silalah mencuba ya : :

Ada keterjadian terjadi masa naik escalator.
Lancang kuning pulak mulut saya ni dok sebut dengan Masy, eh teringatlah kes yang orang jatuh kat escalator ni.
Setiba tiba saya rasa kain saya macam tersepit.
Terus saya rentap. Dan tetengok haa koyak seperti dibawah.

WP_20151121_19_38_58_Pro : : Sib baik saya rentap, kalau kata saya tak sedar, agaknya kain koyak rabak, saya pulak jatuh tergolek huhu. Terima kasih Allah sebab selamatkan saya : :

Rasanya 70% selesai dah kot Macau ni.
Nak touch touch up sesikit je lah.
Tapi jalan dengan Masy ni senang, tak banyak hal.
Insya Allah, semoga dipermudahkan 🙂

6 thoughts on “Macau oh Macau

  1. seronoknya jalan jalan.
    Bila mau jumpa di KSU ni?
    Eh. pergi hongkong skali tak dah alang2 ke MACAU tu?
    Byknya soalan. Hihi 😀

    • tu la bila nak jumpa ni. tunggu awak buat kacang pool hehe..
      tak pegi hong kong. fokus kat macau je la kononnya :-p

Comments are closed.