28 November 2015, Sabtu.
Saya keluar pegi Kok Kong Winter Wear sebab konon nak cari winter coat dengan long john.
Saya tau pasal Kok Kong ni pun dari Dee lama dulu masa dia nak pegi Beijing kot.
Dia ada tulis kat blog pasal Kok Kong ni.
Memula dengar nama Kok Kong macam lawak je.
Nak naik kok kong. Dulu kekecik saya sebut kok kong lah.
Yang naik belakang bahu tu. Taktau la korang panggil apa.
Banyak la pilihan kat sini. Tapi tu la, harga boleh tahan mahal jugak.
Belek punya belek, telek punya telek, last last saya cuma beli sweater untuk saya dan Encik Z.
Long john sepasang sorang. Dan wool socks untuk saya sorang.
Saya kan ada 4 trip mendatang.
Mesir, Macau, Lombok dan ehem ehem.
So sekalian lah katanya nak cari winter coat untuk Mesir, Macau dan ehem ehem tu.
Tapi bukan la snowy snowy pun, cuma sejuk lah.
Lepas tu terus ke Bangi sebab nak jumpa Dee, Amy & Lynn untuk bincang pasal trip ehem ehem kitorang tu lah.
Mengada ehem ehem sangat kan.
Bukan apa, macam saya pernah bagitau before this lah, diorang takde pun pecah lubang kat memana, so macam kurang manis pulak saya nak warwarkan awal awal ni.
Sebabnya trip ni bulan Mei 2016.
Lambat lagi kan, macam macam boleh happen.
: : Kami berkumpul di Mekz Cafe & Restaurant : :
: : Terus order makan sebab lapau. Amy suggest set ini : :
: : Fuuuu sedapp begini! : :
: : Memula order air mata kucing : :
: : Lepas tu tengah bincang bincang pasal trip, order pulak 3 Layer Tea : :
Bincang dari pukul 3.30 petang.
Santak membawa ke pukul 7.15 malam.
Rasanya 60% dah setel kot.
Kereta sewa, done. Hotel, done. Itinerary, done.
Tempat tempat lawatan, done.
Tinggal nanti nak beli luggage dengan urusan visa jelah.
: : Muka semangat di awal perbincangan : :
: : Muka lemau di ujung ujung perbincangan : :
Korang yang tinggal kat area Bangi Kajang, sila lah try test makan kat Mekz Cafe ya.
Amy & husbandnya yang run business ini.
TQ Amy belanja makan hari tu. Segan iolls tahu nggak.
Nah alamat Mekz Cafe
6, Jalan Seri Putra 1/2
Bandar Seri Putra, 43000
Kajang, Selangor, Malaysia
Esoknya keluar pegi Sunway Putra Mall.
Cadangnya nak survey winter coat kat Uniqlo.
Sekalian mau nonton The Hunger Games : Mockingjay Part 2.
2 jam 20 minit kau ceritanya. Kali ni banyak cakap, tapi still best lah bagi saya.
Ending yang macam tak disangka jugak la.
Ujung ujung Presiden Coin yang jahat. Acaner tu.
Tapi puas hati la Snow akhirnya mati jugak.
Katniss end up dengan Peeta. Dapat 2 orang anak comel.
Encik Z tanya kat saya, macam mana pulak Katniss boleh dengan Peeta?
Dia kan bercinta dengan Gale.
Saya kata, dia tak bercinta dengan Gale. Dia cuma suka dengan Gale, tapi tak cinta.
Encik Z geleng geleng. Pelik orang perempuan ni katanya.
Well, ada beza kan suka dengan cinta.
Tapi respek kat Gale, macam tenang je terima.
Takde pun saiko nak bunuh Katniss ke hapa ke.
Yer la zaman sekarang ni asal cinta tak berbalas atau dipermainkan je, terus stok stok tikam bunuh kan?
Pegi tak Uniqlo?
Pegi. Ada berkenan winter coat tu.
Tapi dok pegang letak pegang letak petang letak.
Eh tunggu gaji lah 18hb ni baru beli.
Dan harap harap ada bonus jugak 🙂
Happy travelling normaya.. 🙂
Saya tahun 2017 lah kot baru plan utk travelling. Tp kalau dpt further study, tahun 2018 lah agaknya baru ke oversea.. if not.. dalam Msia saja lah. Nasib la jugak dah puas jalan merata walau tidak lah cover seluruh asia.. hihi.
Oh, by d way.. sy tak tgk hunger games.. urmm… simptom malas nak keluar rumah.. entah bila la dpt tgk. HBO pun dah tak langgan skrg
macehh awak.
nanti ada rezeki kita plan pi travel sesama ek..
aah uniqlo tu harga murah skek..ni year end sale mesti ada diskaun lagi..
Lombok tu bln bape kak? ada kekosongan x
bulan 3. akak pi berdua je dgn abg mi. kalau nak join jom ah
eh u dah nak beli jacket yg kita tgk kat uniqlo tuh ker??
nnti dah beli show2 tau.. ingat nak beli gak tuk trip ke ehem2 tuh..
nak beli tapi tak beli2 lagi.. huhu
sedapnya… ayam tu
Ai tau..ai tau…nak pi mana yang ehem2 tuh…ok zip mulut…hahahaha….nanti nak terjah kedai Amy la…
x sabar heh tunggu kamu normaya mukhtar & Encik z…..
sini sejuk2 jer… blm snoowyyyyyyyy…. 🙂
aku pun tak sabar. tapi nervous oiii…