Itinerari di Mesir

Assalammualaikum semua..

Saya selamat sampai ke KLIA pukul 9.30 malam tadi.
Alhamdulillah semua pun berjalan lancar. Syukur syukur.
Tak sabar nak update blog tapi tahap kemalasan masih lah menguasai diri.
Buat permulaan, nak share itinerari saya sepanjang berada di Mesir.

Hari Pertama (Selasa, 22 Disember 2015. Tiba di Kaherah jam 3 pagi, Rabu, 23 Disember 2015)

1.  Pengalaman shopping groceries di Kaherah
2.  Nile Maxim Dinner Cruise (Makan malam di atas cruise, merentasi Sungai Nil)

Hari Kedua (Khamis, 24 Disember 2015)

1.  The Great Pyramid of Giza
2.  The Hanging Church
3.  Masjid Amr ibn al-As (Masjid pertama yang dibuka oleh sahabat Rasulullah SAW)
4.  Shopping di Khan el-Khalili (Pasar berusia 650 tahun)

Hari Ketiga (Jumaat, 25 Disember 2015)

1.  Hilton’s Dreamland Golf Resort (Pengalaman Encik Z di driving range, Kaherah)
2.  Shopping di Mall of Arabia (Pusat membeli belah terbesar di Mesir dan kedua terbesar di Timur Tengah)
3.  Dinner di Steak Out – Mohandeseen (antara kedai steak terbaik di Kaherah)

Hari Keempat (Sabtu, 26 Disember 2015)

Keluar dari Kaherah. Menuju ke Alexandria, 3 jam setengah perjalanan)
(Bandaraya kedua terbesar di Mesir, selepas Kaherah. Terkenal dengan sejarah Alexandria The Great)

1.  Pejabat MARA, Mesir (Embassy of Malaysia)
2.  Alexandria Coliseum, Roman Amphitheatre
3.  Makam Nabi Danial & Makam Lukman al-Hakim
4.  Citadel of Qaitbey
5.  Istana Raja Farouk
6.  Taman Mumtazah

Hari Kelima (Ahad, 27 Disember 2015)

1.  The Egyptian Museum (letaknya mumia yang diawet beribu tahun lamanya)
2. Citadel of Salah El Din Al Ayouby
3. Berjalan kaki menyusuri Kota Kaherah dan melihat suasana malam
4. Encik Z merasai pengalaman bershisha di Oscar Lounge & Restaurant

Hari Keenam (Isnin, 28 Disember 2015)

1.  Makam Imam Asy-Syafi’i
2.  The Pharaonic Village
3.  Shopping jubah cotton di Kerdasa

Hari Ketujuh (Selasa, 29 Disember 2015. Flight balik pukul 3.40 pagi)

Tiba di Kuala Lumpur pukul 9.30 malam

Ada rancangan nak ke Bukit Sinai tapi Ernie kata tak dapat pelepasan/kelulusan dari pihak tertentu.
Lepas balik dari Mesir ni saya baru terbaca tentang Faiyum. Ernie, kenapakah Faiyum tak termasuk dalam rancangan kita ek?
Adakah kau terlepas pandang atau pun tak boleh pergi jua?

Actually segala urusan itinerari dan perjalanan ke Mesir ni saya serahkan bulat bulat pada Ernie.
Dia dah 2 tahun setengah kat sana, haruslah dia lebih memahami dan mengetahui tempat tempat yang patut dilawati.
Gitulah kekiranya.

Nantikan update saya yang taktau bila tu ek hehe.
Anyway, saya nak settlekan cerita Jogjakarta dulu.
Dan cerita cerita lain yang tertunggak huhu..

6 thoughts on “Itinerari di Mesir

  1. menariknya mya… best kan ada kawan duk di oversea. saya ni entah bila nak melawat che sue kat taiwan nun.

    • tu la alhamdulillah.. dah 3 kali menumpang rumah kawan kat oversea ni.
      pegi lah melawat che sue tu. taiwan best.. pegi musim sejuk

Comments are closed.