6 Tahun – IKEA

Tahun lepas siap buat kronologi puitis bagai sempena 5th years anniversary.
Tahun ni tengok… Dah nak dekat sebulan lepas 5 Disember, baru lah ada mood nak update blog ha..
Pffttt..

So 5 Disember 2015 hari tu genap 6 tahun dah saya kahwin dengan Encik Z.
Awal tahun hari tu konon plan nak jenjalan ke Makassar, Indonesia.
Tapi sebab banyak sangat problem. Cuti lah, kewangan lah, urusan mahkamah syariah la.
So terpaksa la tunda ke depan depan.

Kesian jugak pada Yaya sebab dah janji dengan dia.
Dah la tak bawak pegi Mesir kan. Tapi nasib lah dia memang anak yang baik.
Memahami keadaan mommy ayah dia ni.Tapi saya dah janji nanti memang nak bawak dia jalan jalan jauh sikit, insya Allah.

So saya atur je lah rancangan untuk sehari ini.
Pagi pagi keluar ke IKEA Cheras. Tak la pagi sangat, dalam pukul 10 pagi camtu.
Ramai yang dah pegi ke IKEA ni kan, tengok kat blog korang pun, kemain meriahnya.Lalu ayuhlah pergi.

WP_20151205_10_25_40_Pro : : Breakfast : :

: : Tema merah hitam kita yer di hari kejadian : :

Usai breakfast, apa lagi ukur jalan lah tawaf IKEA ini.
Geram je tengok semua pun perabot comel comel.

IMG-20151208-WA0005 : : Cantiknya awak dalam gambar ni Yasmin : :

: : Saya suka tempat TV yang simple dan bertutup ceni : :

: : Ini pun simple dan cantik juga : :

: : Sofa idaman hati yang berupa ceni. 3 seater tapi dibuat ala 2 seater : :

: : Memang aim nak warna kelabu tahi hanjeng : :

: : Suka suka suka : :

DSCN1950

: : Katil putih cadar putih. Suka lah : :

: : Ni pun lawa jugak. Tapi besi ceni tak berkriok kriok ke bunyinya? : :

DSCN1952 : : Berangan nak bilik sendiri hias ceni letteww. Kalau nak, kena duduk dengan Mommy kat KL lah. Mau? : :

IMG-20151208-WA0003

: : Sorok atau cari. Terpulang pada anda. Saya nak yang sorok. Senang nak tolak segala kesepahan ke dalam hiks : :

Tak sabarnya nak duduk rumah sendiri. Nak hias cecantik warna putih.
Sabar Normaya, sabar… #usapbahusendiri

Dari IKEA terus gerak gerak khas nak pegi lunch.
Konon konon anniversary lunch lah. Konon…