Blog Maya Dot Com

10 years ++

Fuhh.. 2 minggu tak update blog.
Ini adalah satu keluarbiasaan.
Tak pernah lagi saya tak update blog selama 2 minggu.
Ke pernah? Rasa macam tak.

Ini memang kesibukan dan kemalasan yang tidak dapat dibantu lagi ni.
Menangislah nak update bertalu talu tahun depan huhu.

OK la selingan.
Minggu lepas dapat email dari HR.
Dapat Sijil dan Cenderahati Perkhidmatan Lama 10 tahun.
Actually lagi 2 bulan dah masuk 11 tahun.
Dapat Sijl dengan Cenderahati ni lambat sikit.
Cenderahati berupa syiling Kijang Emas.

Tunjuk pada Mama. Mama kata haaa Dah 10 tahun Kakngah keje B**?
SubhanaAllah.. cepatnya masa berlalu.

Saya pun macam tak percaya. Pejam celik pejam celik nak masuk 11 tahun dah.
Terima kasih Allah di atas nikmat ini.
Banyak kenangan pahit manis suka duka saya kat B** ni.

img_0251.jpeg

img_0252.jpeg

img_0253.jpeg

P/S : Insya Allah saya takkan lupa jasa mereka mereka yang bertanggungjawab bawa saya masuk ke B** ni.
Walaupun anda semua cuma proxy, Allah SWT jua yang menentukan segala galanya, tapi saya percaya kita hidup di dunia ini perlu memberi penghargaan dan berbaik sangka pada setiap manusia.
Walau kita dah jauh, anda tetap dalam doa saya 🙂

    One thought on “10 years ++

    1. shaizhar

      tahniah!! utk 10 tahun ++ perkhidmatan. Rasanya Pn. Maya tak perlu taruk kerja b** lagi kot! seluruh alam maya ni dah tahu awak kerja mana. sekadar pendapat apa pun. semoga terus setia.Saya dulu 12thn++ je kesetian. Cuma nama anugerah tue mcm x kena.Mungkin anugerah perkhidmatan setia lebih molek. sekadar pandangan. teruskan berblog.saya antara silent readers blog ini.