Yaya turns 11 : Taman Tasik Taiping

Layan anak anak main game kat luar kejap.
Yaya tu dah darjah 5 pun perangai macam budak budak lagi.
Mommy dulu darjah 5 dah feel feel kakak kawasan sangat ok hehe.

 

Lepas tu pegi jalan jalan kat Taman Tasik Taiping.
Suka tengok anak anak lari lari.
Kesian Yaya & Caca pakai selipar je, tapi seronok diorang lari laju laju.
Tapi risau jugaklah takut kang tersadung terjelepuk.
Takpe, nanti Mommy belikan korang kasut sukan, kita jogging kat taman, k?

WP_20151017_17_20_03_Pro

WP_20151017_17_22_44_Pro : : Yaya try exercise : :

WP_20151017_17_24_12_Pro : : Caca jua tak mau ketinggalan. Tapi digelakkan oleh Ayah : :

WP_20151017_17_24_55_Pro : : Ayah mencuba skill. Ocah terlopong melihatnya : :

WP_20151017_17_35_58_Pro : : Ayahhhh nak kongggg : :

cats : : T____T : :

WP_20151018_20_51_09_Pro : : Saya belikan perfume Rozita Che Wan. Semoga awak berwangi wangi. Ayah pulak bagi hadiah hair dryer, untuk budak rambut panjang : :

WP_20151017_10_42_24_Pro : : Ocah dan cocobi nya : :

Aktiviti lain adalah melepak lepak di dalam bilik.
Depa suka lepak bilik Ayah Chu ni sebab bilik ni aircond nya yang paling kuat.
Bilik Opah dengan bilik tengah aircond dah sesuam kuku.

WP_20151017_12_13_55_Selfie : : Masa ni Ocah takde. Tengok kitorang bergambar, terus muncul baring kat sebelah : :

Taken with Lumia Selfie : : Mata pandang ipad, tapi sebuk nak peace jugak : :

Esoknya bawak Yaya & Caca nonton movie Goosebumps kat AEON Taiping.
Bestlah cerita ni. Bebudak pun suka. Heroine nya comel sangat.
Dah habis kot kat wayang. Sebulan lebih dah pun kan.

WP_20151018_18_47_07_Pro : : Tapau Starbucks sebab nak balik rumah makan nasi. Dan eh Opah buat laksa jugak. So jom makan kat rumah je lahh : :

OK, end of story Yaya turns 11.
Once again, Selamat Hari Jadi Sayang.
Mommy doakan yang baik baik untuk awak 🙂