Yaya turns 11 – KRR

16 Oktober hari tu genap umur Yaya 11 tahun.
Ada saya ceritakan DI SINI.

Malam tu jugak saya balik Taiping.
Ada 2 tujuanlah. Nak celebrate birthday Yaya.
Dan nak melawat Mama. Mama dimasukkan ke Hospital Besar Taiping sebab batu karang.

Kaklong sefamily dah balik hari Khamis malam tu lagi.
Saya lepas kerja Jumaat tu baru gerak dari KL.

12108894_1211592225534587_8810219992525550309_n : : Siang tu Abang Long up gambar ni kat Facebook. Lepas habis sekolah diorang gi makan makan kat Mcdonalds : :

Mama masuk hospital hari Jumaat pagi.
Ni gambar kat hospital.
Besar besar dah semua haihh. Nanti 4,5 tahun tengok gambar ni balik mesti rindu masa diorang kecik.

12141747_1211626852197791_5818866254402777975_n

IMG-20151016-WA0002

IMG-20151016-WA0004 : : Yaya zoom gambar ni dari kejauhan : :

IMG-20151016-WA0006 : : Patut budak tak boleh masuk, tapi somehow depa dua lolos pulak. Actually ada nurse yang baik hati bagi masuk tapi sekejap je lah : :

Saya ingat nak pegi tengok Mama kat hospital Sabtu pagi tu lah, tapi semua proses berjalan lancar.
Batu karang tu pecah lepas Mama makan ubat, dan keluar dengan air kencing.
So tak perlu nak laser atau operation. Alhamdulillah.
Pagi Sabtu tu Abang Long dengan Encik Z je yang pegi jemput Mama kat hospital.

Petang tu keluar ramai ramai celebrate birthday Yaya.
Birthday girl request nak makan kat Kenny Rogers.
So ayuh ke Kenny Rogers lah kita, kat Taiping Mall.
Order set ayam yang 2 ekor tu. Ada side dish air apa semua.

: : Ocah ada keletah terbaru sekarang. Ajuk Qu Puteh macam macam versi. Ala Ala parodi gitu. Nanti ada masa saya rakam video ia : :

: : Bulu mata tu tak boleh lentik lagi ke : :

Lepas order saya menyusup keluar sembunyi sembunyi pegi cari kek.
Memula tu memang ingat nak beli aiskrim kek Baskin Robbins, tapi bila kirai kirai duit dalam wallet, terus tsktsktsktsk.
Sorry yer Yaya, Mommy memang pokai betul bulan ni.
So kita settle dengan kek Secret Recipe 2 slices je.
Tau Abang Long & Encik Z bukan pencinta kek.
Kadang beli yang besar pun bercinta nak habiskan. Gitu alasannn. Boleh..

DSCN1871 : : Happy 11th Birthday Yasmin : :

WP_20151017_15_56_35_Pro

WP_20151017_15_56_56_Pro

DSCN1876

WP_20151017_16_00_06_Pro

WP_20151017_16_00_59_Pro

: : Huru hara nak bergambar gegara Ocah tak nak duduk diam. Pfftt.. : :

: : Terimalah hadiah dari Mommy & Ayah : :

One thought on “Yaya turns 11 – KRR

Comments are closed.