Blog Maya Dot Com

RSA Teambuilding – Part I

23 – 25 Oktober hari tu ada RSA Teambuilding.
Memang wajib kena pegi lah. So pegi.
Kejadian bertempat di A Famosa Resort Hotel di Melaka sana.

Bertolak hari Jumaat pukul 2.30 petang, naik bas B**.
Punya la laju adik driver bus tu bawak. Urut dada kakak hostajah tau tak.

IMG-20151023-WA0007 : : Sebelum bertolak : :

IMG-20151023-WA0008 : : Dalam bas : :

Pukul 4 petang dah selamat sampai.
Check in, solat apa semua, terus diarahkan berkumpul.
Oh, saya stay dengan Kak Wan. Ni kali ke 3 dah kitorang stay sebilik waktu teambuilding.

DSC_2350

DSC_2351

WP_20151023_16_47_57_Pro : : Bilik : :

WP_20151024_07_13_47_Pro : : View dari bilik : :

Dari bilik hotel ke tempat teambuilding ni kena menapak dalam 10 minit jugaklah sebab ia di bangunan berlainan.
Boleh tahan terponggeh jugak laa.

Teambuilding kali ni lain dari yang biasa.
More to luahan hati dan perasaan.
Sebab pasal kerja, rasanya semua pun dah terror, dah expert dah nak buat kerja.
Pejam mata pun boleh buat dah rasanya diorang ni.
So kali ni nak fokus pada attitude dan apa apa yang terpendam di hati sanubari gitulah.

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Saya satu kumpulan dengan Kak As, Liyana, Kak Sham, Kak Wan, Jayn, Khairy, Balbir dan Emli.
Hari pertama tu aktiviti sampai malam.
Lain lain biasalah makan makan dan makan sesaja.
Oh, kali ni RSA masih mengekalkan fasilitator yang sama iaitu Mustak.

: : Tema kali ni ialah Bonding : :

IMG-20151028-WA0014 : : Bertempat di Bilik Hang Li Poh : :

WP_20151024_17_33_42_Pro : : Voucher makan yang berwarna warni : :

DSC_2334 : : Di hari pertama : :

Aktiviti pertama adalah menulis nama di buku.
Dan tuliskan apakah leadership quality kita.
Lalu saya tulis Good Listener. Tah yer tah tidak good listener tu hehe.
Yer la selalu kalau kawan kawan luahkan apa apa saya tadah telinga dengar je laaa.
Nasihat sikit lebih kurang.
Nak nasihat bebanyak, kehidupan sendiri pun ke laut, ada hati nak nasihat lelebih pulak kannn.

Yang My Speciality tu Mustak suruh supervisor kita yang tulis.
Supervisor saya of courselah Kak As kan.
Kak As pun tulis Good Listener. Maknanya betul la saya Good Listener. Kan kan kannn..

Yang Influential Leader tu siapa yang kita rasa rasa macam ketua yang jadi idola kita la.
Macam Perdana Menteri ke, pakar motivasi ke, boss kita ke, gitulah.
Saya tulis nama Encik Z. Sebab bagi saya memang dialah sebaik baik pemimpin di dalam hidup saya.
Gituuuu..

WP_20151023_17_45_48_Pro

Kemudian ada aktiviti melukis rakan sebelah.
Dulu dah penah buat dah masa kat Langkawi.
Kali ni saya kena lukis gambar Kak Sham.
Dan Kak As kena lukis gambar saya.

WP_20151023_17_45_41_Pro : : Gambar saya yang Kak As lukis. Tahi lalat tu penting tu. Aset tu : :

WP_20151024_07_27_48_Pro : : Di hari kedua : :

C360_2015-10-24-09-12-09-645 : : Liyana dan hobi selfie nya : :

wp_ss_20151028_0001 : : Seorang ketua dan setiausahanya. Dedua pun sama merepek. Kadang tah hapa hapa benda kitorang bersembang, pastu dedua tergelak mengilai ngilai dalam bilik Kak As. Hiks : :

WP_20151024_15_07_00_Pro : : Sehati sejiwa tak boss dengan secretary pakai botol air sama? Hehe : :

DSC_2355

DSC_2356

Taken with Lumia Selfie

Ada aktiviti luar. Tapi haram sorang pun tak teringat nak snap gambar.
Ala aktivitinya macam spider web gitulah. Mustak bagi masa sekian sekian, semorang kena lepas kat spider web tu.Ye ke spider web. Eh ntah lah. Tapi macam ada kena lalu kat tali tali laaa.
Ergh lupakan saja.

WP_20151024_11_06_55_Pro : : Lepas je aktiviti luar tu tetengok haaa tapak kasut dah tercabut dahhh. I need new sport shoes please… Walaupun pakainya setahun 2,3 kali je hehe : :

    3 thoughts on “RSA Teambuilding – Part I