Blog Maya Dot Com

Go Retro

Ni cerita hujung bulan 8 hari tu, to be exact, 28 Ogos 2015.
Annual dinner B**. Di Hotel 1 World.
Temanya Go Retro.
Tapi tidakklah saya bertema bagai.

WP_20150821_11_53_11_Pro : : 2,3 hari sebelum dinner semua staff dapat doorgift. Boleh pilih nak external hard disk atau beg. Saya pilih beg : :

IMG-20150821-WA0001 : : Encik Z pun ambik beg jugak. Senang nak travel nanti nahh bawak beg memasing sendiri hehe : :

WP_20150822_18_15_38_Pro : : Kad jemputan : :

WP_20150822_18_55_46_Pro : : Kain dress tu Kak As bagi, dari Ho Chi Minh. Instant shawl tu pun saya beli dari Kak As. Kawan kawan office yang nak beli instant shawl boleh beli dengan Kak As k. Bulu bulu saya pegang tu konon props la. Pun Kak As punya hehe : :

Taken with Lumia Selfie : : Abang sado saya heee : :

Taken with Lumia Selfie : : Nak tayang bunga besar tu, pinjam Tuty punya : :

Saya dengan Encik Z sampai lewat sikit.
Sebab sesiap berwuduk nanti sampai hotel boleh terus solat Maghrib.
So takde la bergambar sangat or tengok performance apa kat luar tu.
Sokayy.
Pegi ni pun sebab nak makan je, dan kot kot sangkut nama untuk lucky draw.

Duduk setable dengan Kak As, Kak Gee, Khairy dan Abang Mohd Noor.
Bersebelahan pulak dengan table Kak Lin.
Sebelum majlis mula, bergambar lah dulu sekadar apa adanya.

IMG-20150822-WA0009 : : Kak Gee, Mya, Kak Lin, Abang Rashid : :

WP_20150822_19_53_59_Pro : : Ni bebudak HR semua ni. Yang bertungkus lumus belakang tabir : :

IMG-20150823-WA0001

IMG-20150823-WA0002 : : Rakan setable. Khairy, Emma, Kak As, Abang Nuar, Abang Man, Kak Gee, Mya, Encik Z : :

IMG-20150823-WA0003 : : Panorama view : :

WP_20150822_22_10_36_Pro : : Chinese Set Menu di hari kejadian : :

: : Pengacara majlis, AC Mizal. Sorry, saya memang tak gemarkan dia. Lawak lawak basi bodoh dan mengaibkan orang memang saya tak boleh terima.  Tolonglah hentikan lawak BCG tu. Tak kelakar ok : :

: : Artis jemputan, Elizabeth Tan. Simple sungguh mekap ia. Macam tak mekap pun ada : :

DSCN1375 : : Artis jemputan, pelawak Douglas Lim. Memang kelakar dia ni. Lawak lawak tersirat : :

Sesambil makan sesambil ada announcement pemenang lucky draw.
Depa flash kat skrin je. Tetengok eh eh macam ku kenal nombor staff ID itu.
Rupanya nombor staff ID sendiri. Yahooo naik jugak nama saya hari tu. Syukur syukur.

: : Lupakan kejap tentang lucky draw sebab nya Abang Nasir dah keluar nak buat persembahan. Best best : :

WP_20150822_22_06_54_Pro : : Abang Mohd Noor buat performance, so lambat la join kami kami ini. Tu kelihatan AC sedang bercakap dengan staff. Baju kemain berbunga bunga  : :

WP_20150822_23_16_50_Pro

IMG-20150823-WA0005 : : Dah dah, jom balik : :

WP_20150825_10_28_32_Pro : : Saya menang juice maker. Memang dok berangan angan nak beli, tetiba menang ni, alhamdulillah sangat. Betul kan saya penah cakap, Allah tak pernah berhenti memberi. Kita manusia je sering terlupa nak berterima kasih dan bersyukur : :

Saya akhiri entry ni dengan pantun dari sebahagian ucapan Gabenor.
Yang mana isinya sangat terkesan di hati saya, terutamanya dengan macam macam kejadian yang terjadi pada negara kita sekarang.

Apa guna pokok kiambang
Sehari-hari gugur daunnya
Apa guna menaruh bimbang
Menahan sabar banyak gunanya

Anak teruna bermain kecapi
Iramanya merdu hingga seberang
Bila memegang bara api
Biarlah sampai menjadi arang

Sayang tekukur digulai lemak
Sayang selasih buahnya masak
Sudah kutempuh jalan yang semak
Terima kasih banyak-banyak

Semoga semangat saya untuk terus berkhidmat di B** membara bara seperti semangat Gabenor.
I love u Gabenor!

    6 thoughts on “Go Retro

    1. Ida Puanstoberi

      fuiyooo..dapat juicer lah.. pasni kena rajin juicing tau.. sangat best bila buat juice sendiri. beli je buah2 kat cokit.. berbaloi baloi 🙂

      1. Mya Post author

        kann.. selalu tengok awak je berjuicing hehe.
        hari tu kat jasmine ada dah buat 4,5 kali.
        ni dah pindah rumah tak sempat lagi bawak keluar dari kotak.
        tapi, pastikan jaya! 😀

      1. Mya Post author

        takde maknanya belen.
        taktau lagi nak bawak beg ni ke idok. sebab ni hand luggage.
        i macam nak check in beg je. maklum la nak bawak winter coat kihkih

      1. Mya Post author

        tak menang pun i tatap lap u gabenor laa hehe.
        akak memula ambik merah gak, tapi ada org minta tukar, sokayy je lah..